Sabtu, 29 Ogos 2015

Rumah kita

R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.
Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah,
kembali ke kampung halaman.

Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali kerumah kita.

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan,
serta rasa rindu padaNya
yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabatyang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik              dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Kembalilah ke rumah kita...

Jumaat, 28 Ogos 2015

Hukum emas.. emas putih dan platinum

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

“halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

“Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html

Juga disebut bahawa :-

“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nombor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Kefarduan solat jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – (H.R Muslim)

Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang
Wajib dipelihara demi kesucian agama islam.

Isnin, 24 Ogos 2015

Pelaburan tidak boleh dijamin keuntungan

Mengapa  Pelaburan Tidak Boleh
Menjamin Keuntungan?

SOALAN

Saya ada terdengar cermaah Dr di radio dan Dr ada mengatakan sebuah pelaburan Islam tidak boleh dijamin keuntungan dan juga modalnya, oleh pihak pengusaha. Bolehkah Dr memberikan sedikit penjelasan khususnya dari segi fatwa badan ulama Islam dan dalilnya jika boleh. Jutaan terima kasih diucapkan.

JAWAPAN

Memang benar, hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur sukakan sebuah pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pulangannya, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam. Islam amat mementingkan kesaksamaan di antara pelabur dan pengusaha dan walaupun jaminan keuntungan itu dianggap sebagai suatu yang sangat disukai, ia sebenarnya mengakibatkan ketidakadilan kepada pengusaha, lantaran terpaksa membayar sesuatu kepada pelabur di ketika mengalami kerugian. Ketidakadilan pula kepada pelabur lantaran akan hanya mendapat peratusan terhad yang dijanij di waktu keuntungan melepasi peratusan yang dijanjikan.

Perlu difahami, rasa tidak adil dan rasa ditindas BUKAN penentu ('illah) halal haram dalam bab riba, justeru jika sekiranya pihak penguasaha secara SUKARELA menawarkan jaminan keuntungan sekalipun, ia tetap haram kerana wujudnya illah pengharaman iaitu, 'hutang wang dengan pulangan lebih yang dijanjikan', tidak kira sama ada kedua-dua pihak suka sama suka atau tidak.

Menyentuh bab jaminan modal dan keuntungan ini, pelbagai resolusi persidangan cendiakawan Fiqh telah dikeluarkan, antara yang paling berpengaruh adalah seperti berikut:-

1.       Badan Perakauanan dan Kewangan Islam Antarabangsa (AAOIFI)

Majlis Sharīʾah AAOIFI memutuskan seperti berikut:-

يد الشركاء على مال الشركة يد أمانة فلا ضمان على الشريك إلا بالتعدي أو التقصير. ولا يجوز أن يشترط ضمان أي شريك لرأس مال شريك آخر.

Ertinya: “Tanggungan para rakan kongsi terhadap modal perkongsian adalah tanggungan jenis amanah, maka tiada jaminan boleh diberikan kepada rakan kongsi kecuali apabila wujud pencerobohan atau kecuaian. Tidak juga harus disyaratkan jaminan (walau) diberikan oleh mana-mana rakan kongsi kepada modal rakan kongsi yang lain.”  (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 164)

Selain itu, dalam resolusi berkaitan Ad-Ḍamānāt, AAOIFI memutuskan sebagai berikut:-

لا يجوز اشتراط الكفالة أو الرهن في عقود الأمانة ..لمنافاتهما لمقتضاها ما لم يكن اشتراطهما مقتصرا على حالة التعدي أو التقصير أو المخالفة وبخاصة عقود المشاركات والمضاربة..ولا يجوز تسويق عملياتها على أنها استثمار مضمون.

Ertinya: “Tidak harus disyaratkan kafālah atau rahn dalam kontrak-kontrak amanah…disebabkan bercanggah keduanya dengan kandungan kontrak amanah, kecuali jika syarat itu hanya terhad kepada ketika wujdunya kecuaian dan pencerobohan atau percanggahan, khususnya dalam kontrak mushārakah dan muḍārabah..dan tidak harus juga dipromosi seolah produk pelaburan ini adalah sebuah pelaburan yang dijamin”

2.         Majallah al-Ahkām Al-ʾAdliyyah

Dicatat di dalam klausa nombor 768:-

الأمانة غير مضمونة، فإذا هلكت أو ضاعت بلا صنع الأمين ولا تقصير منه لا يلزمه الضمان.

Ertinya: “(Kontrak) amanah tidak boleh dijamin, justeru apabila musnah atau hilang bukan disebabkan perbuatan yang pemegang amanah dan buka asbab kecuaian darinya, tidak boleh dimestikan baginya jaminan (gantian)” (Syarh Al-Majallah, Salim Rustam Baz, hlm 426)

Perlu difahami, kontrak pelaburan Islam dikategorikan sebagai kontrak amanah yang mana kedua-dua pihak dalam kontrak amanah seperti mushārakah adalah rakan kongsi yang perlu saling bantu membantu atas dasar keduanya pemegang amanah (amīn) terhadap wang modal masing-masing. Mereka bersepakat menggunakan modal tadi bagi menghasilkan keuntungan yang boleh dinikmati bersama, bukannya satu pihak terpaksa menjamin keuntungan atau keselamatan modal rakan kongsi yang lain. Jika itu dilakukan, ia mencarikkan asas utama kontrak amānah. Tiada alasan munasabah dan boleh diterima hukum Islam boleh menjustifikasikan tindakan terbabit, kecuali apabila terdapatnya pecah amanah dan kecuaian yang jelas. (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 67)

Seterusnya apabila pemberian duit atas nama pelaburan, kemudian dijanjikan pulangan tertentu dan jaminan modal maka ia akan berubah sifatnya menjadi riba, tetapi nafsu manusia yang sukakan keuntungan pastinya akan merasa tidak selesa dengan hukum ini.

Inilah punca utama pelaburan dengan jaminan keuntungan menjadi batal, berikut Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI berikut teks fatwanya :-

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة

Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)

Ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adaah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuah pelaburan.  Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :

"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"

"Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

Malah Ijma ( persepakatan ulama ) dalam hal ini juga telah ada, ia di catat di dalam Keputusan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia apabila disebutkan:

وقد أجمع الأئمة الأعلام: على أن من شروط صحة المضاربة، أن يكون الربح مشاعاً بين رب المال والمضارب، دون تحديد قدر معين لأحد منهما،

Ertinya : "Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan "mudarabah" itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka "

Maka jika ditentukan 2.5 % dari modal akan diberi sebagai untung atau 250 % dari modal sebagai untung atau RM 150 setiap bulan, maka ia adalah sama bercanggah dengan nas fatwa di atas, kerana ia sudah ditetapkan, berbanding cara yang sah di sisi Islam iaitu meletakkan peratusan 30 % dari keuntungan ( jika ada)..maka jumlah hanya akan diketahui apabila perusaha itu sampai tempoh matangnya , kiraan untung akan dibuat tatkala itu, dan barulah boleh diketahui berapa jumlah 30 % dari untung itu. Malah jika tiada untung, maka tiadalah guna lagi 30 % itu.

BEBERAPA DALIL

Selain dalil hadis yang telah disebutkan banyak kali sebelum ini dan juga dalil Al-Quran yang melarang sesama manusia memakan harta yang lain secara bathil. Antara dalil tambahan yang menunjukkan jaminan sebegitu tidak dibenarkan adalah dari kata Sayyidina Ali :-

لا ضمان على من شورك في الربح

Ertinya : “Tiada jaminan ke atas sesiapa yang dikongsi keuntungan dengannya.” (Al-Mughni, Ibn Qudāmah, 5/32)

Jika terdapatnya jaminan keuntungan atau jaminan modal, ia juga akan mencanggahi prinisp asal pelaburan Islam yang meletakkan konsep :-

الغنم بالغرم

Ertinya: Keuntungan adalah melalui penanggungan risiko. (Al-Qawāʾid Al-Fiqhiyyah, Al-Nadwi Ahmad.A, Dār Al-Qalam, Syria, 2000), p. 411; Durar al-Ahkām Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 87, 9/90)

Dalam keterangan kaedah ini disebutkan:

من ينال نفع شيء، يجب أن يتحمل ضرره

Ertinya: Sesiapa yang berkehendak mendapatkan manfaat dari sesuatu, mestilah baginya menanggung kemudaratannya. (Durar al-Ahkam Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 85, 9/90)

Bermakna, pihak yang boleh menerima keuntungan adalah pihak yang sama-sama bersusah payah menanggung risko kerugian, sejurus mereka cuba menghilangkan risiko terbabit, bahagian keuntungan tidak lagi wajar diserahkan kepada mereka yang terjamin.

Hasilnya, dalam kontrak pelaburan Islam, kesemua pihak pelabur dan rakan kongsi  akan sama-sama menanggung kebolehrugian, atas dasar tersebut kesemua mereka berhak menerima keuntungan. Manakala keuntungan (jika ada) boleh dikongsikan sama ada berdasarkan peratusan modal yang disuntik atau apa-apa nisbah yang disepakati. Demikian menurut athar dari sayyidina ‘Ali kw :

الربح على ما يصطلحا عليه الشركاء والخسارة على قدر المال

Ertinya : Pembahagian keuntungan adalah diatas apa yang dipersetujui manakala kerugian mestilah di atas nilai modal masing-masing. (Musannad Ibn Abi Shaybah, matba’ah al-Rushd, Riyadh, jil 4, hlm 268)

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post