
Bagaimana menyemak waktu?
1. Kaedah FalakDisebutkan dalam Takwim Az-Zainiyyah* tahun 1925 Miladi (1343-1344 Hijriah) - tentang kaedah membetulkan jam, seperti berikut:- ( Perhatikan gambarajah diatas )
- Dirikanlah satu pancang yang lurus pada sekeping papan yang telah bergores betul (bergaris lurus) di tengahnya.
- Kemudian letakkan papan itu di tanah yang rata dan betulkan gores (garis lurus) itu dengan pedoman (kompas) menuju arah utara selatan.
- Maka apabila tergelincir hujung bayang-bayang pancang daripada goresan (garis lurus) itu ke pihak timur (ke sebelah timur) betulkanlah jam dengan waktu Zohor yang tersebut di dalam jadual pada hari itu.
- Diterjemahkan kepada rajah;
- Kaedah: Garis lurus diselarikan dengan arah utara yang ditunjukkan oleh kompas. Tunggu sehingga bayang pancang selari dengan garis lurus tersebut. Apabila selari atau mula gelincir, betulkan jam anda dengan waktu zohor yang tertera dalam jadual/takwim tempatan anda.
2. Kaedah Lain
- Menghubungi talian 1051 menggunakan sebarang telefon – talian tetap atau bersel – dan anda akan dimaklumkan waktu terkini.
- Merujuk laman web The Malaysian Standard Time (SIRIM BERHAD) di alamat http://mst.sirim.my/
- Menggunakan pelarasan waktu komputer berinternet dengan mana-mana time server.
Waktu jam yang betul mengurangkan tekanan. Malah memberikan keselesaan dalam apa jua urusan, terutama urusan ibadat. Seorang ahli falak, atau baru berjinak dengan falak, waktu yang tepat adalah antara faktor keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
*Nota: Takwim Az-Zainiyyah tahun 1925M (1343-1344H) adalah terbitan Al-Maktabah Az-Zainiyyah, Pitt Street, Pulau Pinang
(daripada Koleksi Balai Cerap)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan