Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda.
Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai.
Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.
Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version.
Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak.
Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!
Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal.
Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal.
Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!
Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada.
Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.
Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.
Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Feature Post
al Rahman
Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan