Rabu, 1 April 2009

Banyak Kerja Betul laa...




Ada seorang pekerja ni. Dia seorang akauntain di sebuat syarikat. Tiap hari kerja dia mengira. Memang dia suka kerja tu, ngam dengan minat dia yang sukakan matematik. Tapi ada satu yang dia tak suka. Bos dia bagi dia kerja banyak betul sampai berlambak. Habis satu kerja, datang lagi satu kerja baru. Tengah siapkan kerja yang tu, datang lagi satu kerja baru.
Lama-lama kerja dia banyak betul. Nak buat cemana? Apa cara nak atasinya?
Cara pertama, pandanglah situasi tu dari aspek positif. Anggaplah bos bagi kerja banyak tul, sebab dia nampak potensi, bakat dan kesungguhan Anda. Orang lain dia tak nampak, cuma Anda sorang. Anda OK apa. Kena tepuk tangan pada diri sendiri sebab bos nampak potensi Anda!
Ketara sangat dia nak melatih Anda supaya makin cekap. Tak ada orang bekerja yang buat banyak kerja makin kurang cekap bekerja. Bahkan, dia jadi makin cekap buat kerja. Dah itu-itu yang dijumpanya, makin cekaplah dia time kerja.
Jangan berfikiran negatif melulu. Jangan anggap bos tu mendera Anda, tapi anggaplah dia nak melatih Anda.
Kedua, set matlamat kerja untuk diri sendiri. Anda tak boleh kawal tindakan bos Anda tapi Anda boleh kawal tindakan Anda, mood Anda, emosi Anda dan fikiran Anda.
Gunakan cara kreatif, cari idea cemana nak siapkan kerja dengan cepat, dengan penuh kualiti. Tanya diri sendiri apa cara yang boleh Anda gunakan untuk menyelenggara kerja yang banyak.
Usah semangat nak membuktikan yang Anda pekerja berguna kerana Anda akan lebih dipergunakan. Tapi, setlah matlamat untuk diri sendiri, cabar diri sendiri kemudian bekerja keras mencapai matlamat itu. Bila ada matlamat, Anda akan ada fokus.
Bila sudah ada fokus, kesibukan bertukar menjadi keseronokan. Mengantuk ilang, rasa boring pun ilang. Terasa benar thrillnya sibuk bekerja. Sedar tak sedar, sudah jam lima setengah. Masa untuk balik ke rumah!
Kerja yang Anda dah rasa seronok akan makin seronok bila Anda anggap yang kerja itu bukan kerja, tapi hobi. Kerja tu akan bertukar jadi macam hobi bila Anda dah jumpa ‘thrill’ tersendiri.
Usah cepat berburuk sangka jika bos Anda bagi kerja banyak betul. Jangan mengomplen atau mengomel sesuka hati. Jangan jatuh kepada mindset mangsa kerana orang yang banyak mengomplen dan mengomel, sebenarnya ada mangsa keadaan. Biarlah Anda menjadi penguasa keadaan.
“Betulkan yang biasa. Biasakan diri membetulkan lagi apa yang biasanya dah betul. Buat biar betul-betul.”




Tapi jika anda masih merasakan kerja anda terlalu sukar.... fikirkan lah gambar disini...



Be Positive Always

2 ulasan:

Bradpetehoops berkata...

I like it extraordinary tasks!

Tanpa Nama berkata...

lembek aku harini
-Nizam TM-

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post