Racun serangga punca Parkinson
Mereka yang mempunyai sisa racun serangga di dalam darah mungkin lebih berisiko mendapat penyakit Parkinson.
Penemuan itu adalah hasil kajian oleh ketua penyelidik dari Pusat Perubatan, Universiti Texas Southwestern, Dallas, Amerika Syarikat (AS), Profesor Dwight German.
KESAN jangka panjang penggunaan racun serangga begitu menakutkan. |
Ujar German, kajian ke atas 113 pesakit mendapati sebahagian daripada mereka mempunyai sejenis bahan kimia iaitu beta-HCH yang terdapat di dalam darah pesakit Parkinson.
Ia dibuktikan berasal daripada Organochlorines iaitu sejenis pembasmi serangga yang telah diketatkan penggunaannya di AS sejak tahun 1960.
Migrain
Wanita yang berhadapan masalah migrain kini mempunyai satu sebab untuk menyukainya - ia mengurangkan risiko kanser payu dara. Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson mendapati ia disebabkan kandungan hormon estrogen yang rendah di kalangan penghidap migrain.
Kondom kurangkan risiko penyakit kelamin
Risiko mendapat sejenis penyakit genital iaitu herpes simplex virus 2 dapat dikurangkan dengan pemakaian kondom.
Kajian oleh Pengarah Perkhidmatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit STD dari Jabatan Kesihatan Awam San Francisco, Dr. Jeffrey D. Klausner menjelaskan, kondom juga mampu menghalang hampir kebanyakan bakteria, kuman serta virus yang menjadi punca kepada penyakit kelamin.
KONDOM mampu mencegah jangkitan penyakit kelamin. |
Beliau berkata, sekiranya kondom mampu menampung udara dan air, ia sudah semestinya boleh menghalang penyebaran kuman yang molekulnya lebih besar daripada air dan udara
AIDS
Kajian oleh Persatuan Perubatan Semula Jadi Amerika Syarikat mendapati perkembangan tahap virus HIV dalam darah adalah lebih pantas pada wanita.
1 ulasan:
So attractive blog life! I like that style but what i indeed want to do is come here and let you give me permission to make friend with you worldwild. i need friends like you.Can you introduce me to s.o else of your friends?If it ok, I would be so pleased
www.adsese-earning-cash.blogspot.com
www.ddwweb.blogspot.com
www.aec-online.blogspot.com
You can make business with me well without spending evening a cent!!!
Catat Ulasan