In an IPO, the issuer obtains the assistance of an underwriting firm, which helps it determine what type of security to issue (common or preferred), the best offering price and the time to bring it to market.
Also referred to as a "public offering".
Sebuah cerita...
Kak Yah memulakan perniagaan menjual nasi lemak di tempat dia bekerja. Sebagai peniaga kecil bermodalkan hanya RM 100. Dia membuat sejumlah nasi lemak dan menjualkannya kepada teman temannya di satu tempat kerja dan selebihnya dihantar ke kedai makan, sambil pekerjaan utamanya sebagai pencuci ( cleaner ). Itulah pekerjaan Kak Yah setiap hari.
Rezeki Kak Yah makin meningkat. Jualan nasi lemaknya semakin laris. Dia kini ingin membesar kan lagi perniagaannya dan ingin membuka sebuah restoran nasi lemak Kak Yah.Tetapi hasratnya agak terbantut kerana dia tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membesarkan perniagaannya. Lalu dia cuba mendapatkan pembiayaan perniagaan.
Nasib Kak Yah agak malang. Semua bank menolak permohonannya. Walaupun mukanya Melayu. Kulit hitam manis. Dan masih bergetah. Tetapi dia tak dapat rasa sedikit pun hak untuk orang Melayu yang kononnya disediakan untuk membantu usahawan Bumiputera. Sehinggalah pada satu hari dia menyatakan hasratnya kepada kawannya Kak Nor. ( yang mempunyai link dengan menteri besor ) Setelah perbincangan demi perbincangan, akhirnya Kak Nor bersetuju untuk membiayai perniagaannya sebagai pelabur persendirian.
Bagai pucuk dicinta ulam mendatang..dengan hati yang gembira Kak Yah lantas menubuhkan syarikat sendirian berhad untuk mengembangkan perniagaan barunya, Restoran Nasi Lemak Kak Yah. Rezekinya murah. Tidak dilanda tsunami.Jualan semakin meningkat. Pelanggang tidak pernah putus putus membeli nasi lemak Kak Yah.
Kini Kak Yah terfikir, sudah sampai masanya untuk berdiri setanding dengan Nasi lemak Antarabangsa. Sekali lagi pembiayaan modal menjadi masalah. Tetapi kali ini Kak Yah sudah semakin bijak. Dia melantik pelbagai golongan professional untuk menguruskan proses pembiayaan seperti akauntan, peguam dan bank pelaburan. Restoran Nasi lemak Kak Yah dinasihatkan untuk mendapatkan modal dari orang ramai untuk merealisasikan hasratnya.
Lalu proses penyenaraian awam ke Bursa Malaysia pun dilakukan. Kak yah dan Kak Nor perlu menjual sebahagian pemilikan saham mereka untuk membolehkan orang ramai membeli saham-saham syarikat tersebut seterusnya membolehkan Restoran nasi lemak kak Yah mendapat modal yang diperlukan.
Dalam proses ini, prospektus perlu diterbitkan. Orang ramai perlu tahu segala maklumat tentang syarikat tersebut. Maka mereka yang berminat untuk membeli initial public offering (IPO) ini akan membaca segala-galanya tentang syarikat berkenaan.
Setelah segalanya diluluskan mengikut prosedur yang ditetapkan, maka IPO Restoran nasi Lemak kak Yah dilancarkan. Sebanyak 10,000,000 unit saham telah berjaya dijual dengan nilai RM 1 seunit. Jumlah kekayaan Kak yah dan pelabur awalnya, Kak Nor telah melonjak berganda-ganda.
Kak Yah berjaya mencapai matlamat seterusnya dalam perniagaan, dan orang awam pun dapat menikmati kekayaan tersebut bersama melalui capital gain dan dividen yang ditawarkan. Everyone is happy. Smile all over the places.
Seperti yang banyak berlaku kepada syarikat lain, terdapat sebahagian pelabur yang sukakan keuntungan hit & run. Pada hari saham itu diurusniagakan sahaja, harga telah melonjak sebanyak RM 1.50 dan ramai telah menjual saham syarikat tersebut. Sebulan selepas diniagakan, harga saham Restoran Nasi Lemak Kak Yah telah jatuh menjadi RM 0.80.
Walaupun begitu, syarikat ini tetap tidak terjejas perniagaannya. Jualan nasi lemak terus mendapat sambutan sehingga ke seluruh Asia Pasifik. Tidak ada tanda-tanda syarikat itu menghadapi masalah walaupun dalam masa sebulan sahaja, harga sahamnya telah jatuh ke paras terendah RM 0.80 dari harga tertingginya RM 2.27 minggu lepas.
Melihatkan hal ini maka bertanyalah seorang penyelia pengemping dan juga merupakan seorang pelabur kepada kawanya, juga seorang shift incharge yang juga pelabur veteran di Bursa Malaysia:
Mazlan: Rasyidi, saya lihat harga saham Restoran nasi lemak Kak Yah telah jatuh . Adakah ini bermaksud syarikat itu bermasalah?
Rasyidi: Oh tidak. Fundamental syarikat itu masih kukuh. Apa yang berlaku adalah hanyalah spekulasi dan short term trader yang mengambil keuntungan singkat.
Mazlan: Maksudnya, perniagaan restoran nasi lemak Kak yah masih baik?
Rasyidi: Betul Lan. Sesebuah syarikat akan mendapat manfaat langsung dari penjualan sahamnya adalah pada hari pelancaran penyenaraian awamnya (IPO) sahaja. Selepas itu, harga saham itu hanyalah sebahagian daripada petunjuk kesihatan syarikat tersebut.
Mazlan: Tidak berapa paham mana la Rasyidi.
Rasyidi: Konsepnya sama sahaja seperti Lan yang baru sahaja membeli Proton Exora minggu lalu. Proton hanya mendapat duit dari Lan sekali sahaja, iaitu semasa Lan membelinya secara 1st hand. Selepas itu kalau Lan menjualnya kepada orang lain, 2nd hand, maka syarikat Proton tidak akan memperoleh satu sen keuntungan pun. Ada beribu-ribu kereta Proton Exora. Jual beli kereta 2nd hand Proton Exora tidak akan memberi manfaat pun kepada Proton.
Mazlan: Maksudnya, Restoran nasi lemak Kak Yah hanya dapat keuntungan waktu pertama saya membelinya tempoh hari, dan selepas saya menjualnya, saya lah yang akan mendapat keuntungan dari penjualan tersebut bukan? Dan unit-unit saham tersebut akan terus diniagakan dari masa ke masa di bursa macam pasaran kereta 2nd hand jugalah?
Rasyidi: Pandai mu Lan.
1 ulasan:
Bijak Rasyidi tu
Catat Ulasan