
Salam ceria, salam sayang, salam persahabatan buat Anda, Moga hari ni Anda sihat hendaknya.
Kita adalah manusia biasa, tak ada orang yang semua betul, mesti ada yang salah sikit-sikit, silap sikit-sikit. Jadi, dari kesilapan itulah kita belajar apa yang betul, lepas tu kita buat betul-betul.
Dalam keluarga, ada adik beradik kita yang perangainya betul dan ada yang perangainya kurang betul, maksudnya kurang bagus. Dalam diri kita sendiri ni pun, kekadang ada satu masa kita bagus, attitude kita bagus. Pada masa yang lain, attitude kita jadi kurang bagus, kita jadi kurang bagus.
Dari situlah kita kena memahami cemana nak kawal perasaan kita, emosi kita. Yang dinamakan betul, biasanya yang positif, yang mendatangkan hasil-hasil positif. Orang yang telah mencapai kejayaan pada mula dulu pun tak semua yang dia buat itu betul mesti ada saja perbuatannya yang salah, ada saja usahanya yang silap.
Tetapi apa yang membuatkan diri jadi orang berjaya adalah kerana dia belajar perkara yang betul lepas tu dia buat. Sesetengah orang, dia belajar perkara yang betul, dia faham tapi dia tak buat. Hasilnya berbeza. Walaupun dia tahu perkara yang betul tapi yang ruginya dia tak buat, maka tidak dapatlah hasil yang betul.
Begitu juga dengan perangai positif. Orang kita dah ramai tahu sikap positif tu cemana - perangai bagus, hati bagus, kata-katanya bagus, tapi sendiri tak buat, kekadang lupa. Bila kita bergaul dengan orang yang perangainya kurang positif, perangai kita pun akan jadi macam tu juga, berubah tanpa kita sedari. Kita cepat terbiasa dan pada pandangan kita, perubahan itu normal sedangkan pada hakikatnya tidak.
Mulai hari ni, kita kena berubah ke arah kebagusan, kebagusan dalam ibadah, dalam kekeluargaan dan dalam kejaya masing masing. Ingatkan diri sendiri supaya berperangai bagus, terus berubah ke arah kebagusan walaupun sendiri dah mencapai tahap yang sememangnya bagus.
Baguskan lagi tahap yang dah sememangnya bagus. Agama kita sendiri awal-awal dah mengajak kita supaya menuju kebagusan, ( dengan azan 5 kali sehari... MARILAH MENUJU KEJAYAAN ). Kerana kebagusan tersebut merupakan resepi utama sebuah kejayaan.
Usah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Usaha untuk bagi pencapaian lebih tinggi, selagi termampu.
Percayalah kita ada potensi untuk sampai ke tahap itu. Apa yang minda kita percaya kita boleh buat, tubuh badan kita akan mengikut. Set dalam minda Anda mahu jadi orang rajin, maka itulah yang akan jadi.
1 ulasan:
kadang2 bukan kerana berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada..tetapi rasa cukup dengan apa yang ada..dan kena dengan kemampuan diri..(eqa)
Catat Ulasan