Isnin, 2 November 2009

Musang berbulu ayam


Cuba bayangkan seekor musang. Tetapi musang itu memakai baju kot. Baju kot itu dibuat dari bulu ayam. Musang tersebut pula belajar berkokok seperti ayam, mengais tanah mencari cacing, mengurat ayam betina. Sekali imbas memang nampak seperti ayam. Cumanya bila pandang 2 kali, dah boleh tahu sebenarnya itu bukan lah ayam. Tetapi cuma musang yang berbulu ayam.

Tetapi musang yang bijak dia akan membela ayam dari kecil sehingga ayam tersebut gemuk. Bukan seekor, tapi berpuluh-puluh ekor.

Ayam-ayam gemuk ini pula sudah dilatih untuk bercakap dengan ayam-ayam lain. Ayam-ayam ini akan bagitahu musang berbulu ayam itu baik. Suka tolong bangsa ayam. Makanan tetiap hari dapat. Musang ini akan berikan latihan yang paling tip top. Best woo… Yelah, kalau ayam kurus nampak ada ayam gemuk, mesti si ayam kurus tu bertanya jugak:

“Kau ni dapat makan sedap kat mana? Aku pun nak jadi gemuk jugak”

Sampai masanya, musang tersebut akan tanggalkan baju kot berbulu ayamnya dan membaham semua ayam yang dibela dari kecil tersebut.

Dibuat lah ayam masak kicap. Ayam kari. Ayam panggang. Ayam masak merah. Ayam madu. Ayam goreng kentaki …

Iyelah. Dah namanya musang. Sekuat-kuat iman musang pun, nampak ayam akan dibahamnya juga. Lagi-lagi kalau sudah dirancang sebegitu rupa untuk membaham ayam-ayam gemuk yang dipelihara sejak kecil.

Orang yang tahu perbezaan antara musang dan ayam, boleh tahu yang mana satu musang yang berbulu ayam. Itu pun kadang-kadang susah. Tapi bila perhatikan 2,3 kali, dah boleh tahu itu adalah musang.

Masalahnya, tak ramai orang tahu perbezaan antara seekor ayam dan seekor musang. Pelik tapi benar ada manusia buta yang tidak tahu membezakan seekor ayam dan seekor musang.

Tuan puan yang membaca blog ini, cepat-cepatlah belajar, binatang yang bernama ayam itu yang mana. Binatang yang bernama musang itu pula yang mana.

Musang-musang sekarang ini bijak. Ada pasang peguam. Ada keluar surat perjanjian.

Tetapi kalau dah namanya musang …

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

musang mmg suke berbulukan ayam....
kenape ayam xnk berbulukan musang...
jarang jer ada musang yg berbulukn musang....
semuanya berbulukan ayam...

Tanpa Nama berkata...

musang double track macam mana pula ???

perompak pejabat cawangan ke ...


1malaysia dah ni

makan masalah nampaknya aku ini

boleh tolong saya ke ???

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post