
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39
Riba bukan sahaja melibatkan pinjaman dan hutang, tetapi ada juga riba berkaitan jual beli. Riba berkaitan pinjaman dan hutang adalah riba yang sangat jelas dan begitu difahami oleh manusia, sejak zaman Jahiliyyah, zaman Aristotle sampailah zaman Facebook.
Manakala riba jual beli ini adalah sesuatu yang baru. Hanya selepas Islam datang, barulah ada larangan ini.
Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang menambah atau minta tambah maka ia telah melakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.
Maksudnya, nak beli emas dengan emas, perlu sama kuantiti dan dibuat secara tunai. Begitu juga beli perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan juga kurma dengan kurma. Manakala, beli emas dengan perak pula boleh berbeza kuantiti tetapi mesti dibuat secara tunai. Begitu juga beli gandum dengan barli, barli dengan garam dan seterusnya, kuantiti boleh berbeza tetapi mesti secara tunai.
Sekiranya kita bawa sekeping nota RM 10 ke bank dengan sistem matawang hari ini, cuba minta tebus emas atau perak atau sebarang komoditi dengan wang tersebut ? Sepatutnya setiap matawang mempunyai sandaran emas, perak mahupun komoditi tertentu yang ada disebutkan dalam hadis mengenai 6 barangan ribawi tersebut. Tetapi hari ini ?
Hari ini, bila duit tidak lagi disandarkan dengan apa-apa aset, keadaan kewangan kita menjadi susah secara tiba-tiba. Apabila kita tidak tahu bagaimana duit pada hari ini dicipta, kita tidak tahu bagaimana untuk bertindak dengan lebih baik. Apabila kita sudah faham bagaimana duit hari ini dicipta, maka kita akan faham kenapa kita mesti berniaga, mencipta atau membeli aset sendiri secepat mungkin.
Sekarang secara teorinya, apabila wang sudah banyak dalam pasaran, pengguna senang mendapat pinjaman / pembiayaan, maka itu tandanya kadar faedah (baca: riba) yang dikawal BNM perlu dinaikkan. Secara teorinya memang nampak cantik. Wang banyak dalam pasaran, interest rate dinaikkan. Wang sikit, interest rate diturunkan. Tetapi tahukah anda, apabila kita membenarkan ia berlaku maka manipulasi boleh berlaku dengan mudah dan supply dan demand ini bukan lagi berlaku secara semulajadi sebaliknya dari tangan-tangan manusia tertentu ?
Sedangkan hadis riba yang menyuruh setiap matawang disandarkan dengan aset juga untuk membolehkan supply dan demand ini berlaku secara semulajadi. Allah swt lebih mengetahui bila sepatutnya Dia menyuburkan tanaman gandum misalnya untuk membolehkan semua manusia makan mi, roti secukupnya. Jadi, Dia juga yang lebih tahu untuk membolehkan manusia menjumpai lombong emas yang baru misalnya.
Sesungguhnya dengan memahami tentang kewujudan riba berkaitan jual beli (riba buyu’) selain riba berkaitan hutang (riba duyun), maka kita akan memahami riba itu bukan dalam hutang sahaja, tetapi juga betapa kompleksnya framework riba yang wujud dalam dunia hari ini. Peperangan terhadap riba bukanlah kerja bank-bank Islam sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua orang.
Pastikan anda menukarkan sebahagian duit kertas yang ada sekarang menjadi aset yang sebenar. Anda perlu tahu akaun-akaun yang anda ada pada hari ini disimpan dan dilaburkan oleh institusi kewangan dalam pasaran apa. Pasaran money market ? Pasaran saham ? Pasaran sukuk (bon Islam)? Pasaran tukaran matawang? Pasaran emas? anda juga perlu mula membina aset sendiri. Buat bisnes. Walaupun bukan satu alternatif, tetapi adalah “wajib” dari sudut hukum perancangan kewangan. Apa guna marah-marah bos yang tak naikkan gaji, sedangkan buat bisnes part-time adalah lebih baik. Kita semua tahu hari ini makan roti canai nak kenyang mesti makan dua keping, walaupun harga sekeping masih sama. Kena rajin membaca untuk mengetahui macam mana sistem kewangan hari ini dibina. Understand the rules.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan