Selasa, 12 Oktober 2010

Pelaburan yang Berjaya

Nasi lemak yang biasa hanya ada sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat dan dijual dengan harga RM 1 sebungkus. Pasti kita tidak tertarik dan tidak mahu beli nasi lemak biasa-biasa sebegitu.


Dan sekiranya sebungkus dijual sehingga RM 2 misalnya. Tetapi kita boleh dapat nasi lemak dengan telur goreng mata dan sedikit sambal paru dengan harga setinggi itu.


Manakala Azrol, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus.


Seorang penjual nasi lemak yang lain bernama Rasyidi memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.


SEBENARNYA dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti kita percaya harganya akan naik jadi RM 5.


Sebagai seorang pelabur, kita sepatutnya menjadi seperti Azrol, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%. Seperti peniaga Rasyidi.


Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.


“Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,” kata seorang kawan.


Ya, ini lah rahsia kekayaan pelabur paling kaya di dunia.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post