
Kalendar bagi tahun 2010 telah pun berakhir dan pelbagai kenangan dan sejarah dicatat dalam kehidupan kita semua. Ada yang manis ada yang pahit, ada yang suka, ada yang duka. Kini ianya semua tinggal kenangan sahaja.
Apa yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan pengajaran. Kita perlu terus hidup ke depan dan bukannya kebelakang. Usah dikenang kesedihan dan kegagalan lalu sebaliknya jadikan sebagai perangsang untuk kita berubah mencipta sesuatu yang lebih baik bagi tahun 2011.
Sempena tahun 2011 ini mari kita bersama berdoakan semoga tahun ini kita akan lebih berusaha, bersemangat, tabah dan konsisten dalam apa jua yang kita semua kerjakan.
Di kesempatan ini juga saya mohon maaf andaikata sepanjang tahun 2010 saya ada membuat sebarang kesilapan atau kesalahan tanpa disedari kepada semua.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang selama ini setia bersama saya memberi sokongan kepada saya.
InsyaAllah tahun 2011 ini saya akan cuba kongsikan lebih banyak manfaat kepada anda semua.
Bagaimana dengan azam tahun baru pula?
Saya harap kita semua dapat sediakan azam baru yang lebih mencabar keupayaan kita. Apa yang paling penting ianya realistik dan mampu untuk dicapai.
Tak kira sekecil mana sekalipun azam kita, ianya tetap sesuatu yang baik untuk kita. Bahkan ianya jauh lebih baik daripada membuat azam yang besar dan tinggi mengunung tetapi tak dilaksanakan.
Jadi buatlah azam yang kecil dahulu kemudian perbaharuinya sedikit demi sedikit dari bulan ke bulan, tahun ke tahun. Bermula dari tindakan yang kecil akhirnya kita berjaya mencapai azam yang lebih besar.
Kita ada 365 hari untuk melaksanakan azam kita. Berazam dan bertindaklah sekarang!
Selamat tahun baru 2011, semoga berjaya!
3 ulasan:
sebagai pembaca blog ini...sy sentiasa mendoakn yg terbaik bt ppenulisnya....
pelangi n hujan
Terima kasih
Selamat tahun baru! banyak yang saya pelajari dari blog ini. moga azam & apa yang dicita-citakan tercapai di tahun ini..Insyallah
TQVM my friend! ;p
TQ
Hammid
Catat Ulasan