
- Jepun berdepan kerosakan loji nuklear di Fukushima kesan dari gempa bumi. Apa yang lebih membimbangkan ialah kesan bahan radioaktif yang terbebas apabila berlaku beberapa siri letupan di reaktor nuklear terbabit.
- Apabila berlaku gempa bumi, operasi reaktor akan terhenti (shut-down) secara automatik dan bekalan elektrik terputus. Bekalan elektrik kecemasan dijana oleh generator diesel tetapi setelah dilanda tsunami generator juga mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus sama sekali. Sementara menunggu bekalan elektrik bergerak (mobile electrical supply) tiba bahan api reaktor terus memanas kerana tidak disejukkan.
- Kegagalan penyejukan teras reaktor yang mengandungi bahanapi Uranium tersinar mengakibatkan peningkatan suhu yang berterusan sehingga berlaku pencairan separa (partial meltdown) dan peningkatan tekanan terus berlaku dalam reaktor.
-Apabila stim dilepaskan untuk menurunkan tekanan dari 800 kPa ke 400kPa gas hidrogen juga terbebas dan menyebabkan bumbung bangunan reaktor meletup.
- Nasib yang sama menimpa reaktor Daiichi 1, 2 dan 3. Kebakaran pada reaktor Daiichi 4 berlaku disebabkan oleh tempat simpanan bahanapi uranium tersinar / terpakai tidak disejukan dan berlaku pemanasan.
- Daiichi 4 masih belum berjaya disejukkan sepenuhnya kerana suhu kolam simpanan bahanapi terpakai masih tinggi iaitu 84’ C sedangkan dalam operasi biasa perlu dikekalkan pada suhu 25 'C.
- Siri Letupan tersebut menyebabkan perlepasan bahan radioaktif.
- Tahap Kecemasan ialah Tahap 4 berasaskan kepadaInternational Nuclear and Radiological Event Scale (INES).
- Tahap 4 bermakna berlaku pelepasan bahan radioaktif setempat dan ia tidak mengakibatkan pencemaran antara negara atau merebaknya ke kawasan yang luas.
- Jika berlaku pencairan menyeluruh (total meltdown) seperti tragedi Chernobyl (1986) itu lebih berbahaya.
-Tetapi situasi ini tidak berulang kerana rekabentuk Boiling Water reaktor Fukushima berbeza dan lebih baik berbanding reaktor Chernobyl.
- Insiden Three Mile Island (TMI) yang melibatkan masalah Pressurised Water Reactor (PWR) hanya mengakibatkan pencemaran radioaktif setempat. Insiden Fukushima boleh diibaratkan seperti ulangan peristiwa Three Mile Island.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan