KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk
menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang,
kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.
Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (gambar)
berkata, berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling
teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping
kewangan awamnya yang lemah.
Beliau menjangka, harga komoditi
Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan
kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian
Insider.
Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.
“Ekonomi
Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana
berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam
sidang media hari ini.
Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia
Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia
untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan
kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia
akan berjaya dipertahankan.
Subbaraman juga berkata, Malaysia
berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada
tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.
Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.
Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.
Antara
komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini
menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai
rakyat negara ini.
Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.
Jika
harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan
Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.
Sebelum
ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak
ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran
dunia.
Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Feature Post
al Rahman
Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan