Sabtu, 26 Januari 2013

Pengeluaran KWSP untuk menunaikan haji



Mulai 1 Januari 2013, KWSP memperkenalkan Pengeluaran Haji.
Skim ini untuk ahli beragama Islam yang memenuhi syarat tertentu.
Jumlah yang dibenarkan sehingga RM 3,000 dari akaun 2.
Syarat-syaratnya adalah:
1. Usia kurang 55 tahun.
2. Telah menerima surat tawaran menunaikan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH).
3. Pengeluaran sekali seumur hidup.
4. Tidak cukup simpanan di LTH untuk membiayai kos asas haji seperti yang ditentukan LTH.
Jadi, kalau memenuhi syarat di atas, tuan puan perlu:
i. Hadir ke cawangan KWSP terdekat.
ii. Bawa kad pengenalan
iii. Surat tawaran haji dari LTH
iv. Buku akaun simpanan TH yang baru dikemaskini.


Skim ini juga dikenali sebagai ‘Permohonan Mudah’ kerana ahli tidak perlu mengisi borang untuk memohon.
Permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti yang ditetapkan LTH bagi membolehkan proses dibuat dan duit dimasukkan di dalam akaun LTH.
Untuk maklumat lanjut, tuan puan dapat ke laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post