Khamis, 29 Januari 2015

Kecewa? Dan senyumlah

PERNAH KECEWA DI TEMPAT KERJA? Pernah tak kita tertanya-tanya tatkala menghadapi kekecewaan di tempat kerja:

1. Mengapa melakukan kerja ini?

2. Diri terasa tersepit dengan politik pejabat?

Jika kita merasa kecewa dan tidak gembira... kita sebenarnya bukan mencari penyelesaian, tapi mencari lebih banyak masalah. Penyelesaian amat mudahnya: kita cuma perlu SENYUM dan BERIKANLAH SEGALANYA YANG ANDA MAMPU. Manusia yang berusaha kuat dan rajin akan merasa yakin dan selesa pada dirinya sendiri. Mereka akan mengambil segala peluang untuk mengasah dan menambah kemahiran diri. Akhirnya, mereka mendapat membina reputasi sebagai orang rajin dan sanggup berkorban. Atas sebab itu, ada kala dan ada orang yang terlihat dan kagum dengan sikap mereka lalu memberikan mereka kerja yang lebih baik. Jika kita mengambil pendekatan mereka, satu hari nanti, kita juga akan berasa yakin untuk melakukan demi kepentingan diri sendiri. Di mana-mana sahaja, ingatlah asalkan kita memberikan segalanya yang terbaik, insha-Allah ia akan membantu membuka peluang yang lain. Kadang-kala ia memakan masa, tapi yang pasti ia akan datang. Sesungguhnya, mereka yang berusaha, rajin akan lebih berjaya daripada mereka yang sering mencari alasan.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post