Sabtu, 7 Februari 2015

Teman untuk berteman?

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Membaca kisah pelajar wanita berusia 19 tahun dikelar lehernya oleh lelaki di dalam kereta sangat menyedihkan. Takziah diucapkan kepada keluarga al-marhumah. Pelbagai versi cerita dapat dibaca. Ada yang menyatakan teman lelakinya, ada yang menyatakan dia diculik dan diganggu sejak 3 tahun lepas dan pelbagai lagi.

Apapun, sangkaan baik kita adalah pelajar wanita tersebut dianiaya oleh lelaki bukan teman lelakinya tetapi mengenalinya, lelaki zalim yang dikuasai Iblis. Berharap lelaki tersebut dijatuhkan hukuman setimpal. 

Bagi wanita di luar sana, ambillah pengajaran agar :

- TIDAK PERLU BERTEMAN LELAKI sebelum kahwin. Bertemanlah hanya dengan suami atau adik beradik terdekat sahaja.
- Jangan MUDAH JATUH HATI dengan ayat-ayat pujian lelaki asing. 
- Jangan keluar dengan lelaki berduaan. 
- Jangan bagi ruang lelaki menyangka kalian sedang menerimanya. Kelak nanti mungkin dia akan gila bayang dan mengekori kalian dimana-mana.
- Gunakan kuasa jeritan sekuat mungkin (jangan MALU) untuk meminta tolong jika diugut keluar berduaan khususnya dengan pisau.
- Jangan buka pintu bila dipanggil lelaki asing secara seorang diri atau suasana tidak selamat.
- Banyakkan sedikit 'sangka buruk' apabila berurusan dengan lelaki sebagai perlindungan diri dari terleka & lalai.
- Jangan fikir 'tak akan la dia nak buat gitu..' apabila bersama lelaki, kerana ia mungkin meleset sama sekali.
- Nasihat ini umum buat semua jenis lelaki termasuk yang tua, muda, pak lebai, imam masjid, ustaz, tok guru, bomoh ustaz, polis, penghantar gas, kontraktor rumah, pest kontrol dan lain-lain tentunya. Adakalanya lelaki ini berniat baik, namun suasana yang terlalu kondusif untuk kejahatan memanggil-manggil untuk mengambil kesempatan.
- Apabila tanpa sengaja 'TERBERDUAAN' dengan lelaki bukan mahram, segera keluar dari situasi tersebut secepat mungkin.

Nasihat ini mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kisah pelajar malang terbabit namun sekadar menasihati agar wanita MENUTUP RUANG MUSIBAH dianiaya lelaki dari berlaku. Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.,
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post