Khamis, 16 Julai 2015

Penghujung Ramadan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

((TAZKIRAH RAMADHAN)) KHAMIS, 29 RAMADHAN 1436 H : RAMADHAN KINI DI PENGHUJUNGNYA...!!!

Perjalanan Ramadhan pada tahun ini 1436 H, kini telah sampai ke penghujungnya. Di mana apabila matahari  tenggelam pada petang ini, 29 Ramadhan, langit senja pun akan beransur-ansur menjadi gelap lalu Takbir mulai menggema, tanda Azan Maghrib telah berkumandang dan Syawal telah menjelang tiba.!!!

PENJELASAN :
Ramadhan, kemunculanmu baru sahaja dirasai. Shalat Terawih hanya seperti baru sahaja dihadapi. Pejam celik, pejam celik, engkau sudah berada di akhir penghujungnya. Begitu cepat masa berlalu. Rasanya, Amalan tidak banyak yang dapat dilakukan. Kelebihan-kelebihan Ramadhan,
masih terlalu banyak
yang ketinggalan.

Wahai Sahabat, bagaimana Puasa mu? Bagaimana Terawih mu? Bagaimana Sedekah mu di bulan ini? Bagaimana Qiamullail mu? Bagaiman Al-Qur'an mu?

Kalau ada perubahan ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah.!!! Bererti Ramadhan yang dilalui tidak sia-sia. Tetapi kalau perubahannya sedikit, bermakna masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau langsung dirasai tidak ada perubahan, jawabnya ada masalah besar yang sedang melanda anda wahai Sahabat. Carilah di mana silapnya. Silap makankah, silap minumkah, silap mulutkah, silap hatikah?

Kini Masjid dan Surau yang selama ini meriah, akan mulai kembali sepi dan tiada lagi riuh lantunan Al-Qur’an dari Para Jamaah. Sehinggakan kita perlu menggantikannya dengan alunan pita rakaman. Teringat dengan Do'a yang dibaca oleh Imam Al-Sudais, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

"Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang."

Belum ditinjau lagi aktiviti membeli-belah di waktu malam. Malam Syawal malam ini, malam terakhir di mana Nabi memutuskan hubungan duniawi Baginda semata-mata untuk fokus bersama Allah. Bagaimana pula dengan kita Ummat akhir zaman ini? Mengapa tidak rasa terpanggil untuk melakukan aktiviti-aktiviti membeli-belah pada waktu yang lebih sesuai, supaya malam akhir Ramadhan adalah malam kita bersama Tuhan? Masuk Masjid atau Surau semula, kita di perintah memperbanyakkan Takbir dan berdo'a supaya dibuka pintu rahmat-Nya.

Ingat pesan Imam Syafi'e Rahimullahu anhu, bahawa ada lima malam yang sangat mustajab untuk berdo'a, iaitu;
1. Malam Jumaat
2. Malam 1 Rejab
3. Malam Nisfu Sya'ban
4. Malam I'dul Fitri
5. Malam 'Idul Adha

Ramadhan akan pergi. Pergi bersama segala keutamaannya. Pergi bersama segala keistimewaannya. Pergi bersama segala keberkatannya. Kecintaan kita padanya akan terbukti saat kita menjadi lebih baik setelah kepergiannya.

Namun ujiannya memang cukup kuat. Moodnya bukan lagi mood Ramadhan, tetapi mood Hari Raya. Nasyidnya bukan lagi tentang Ramadhan tetapi lagu Hari Raya. Persiapannya bukan untuk Lailatul-Qadar tetapi untuk satu Syawal. Namun, bagi seorang Mukmin yang telah melalui proses Tarbiyah pembersihan dan penyucian jiwa, ia tahu yang mana patut di dahulukan. Ia insaf yang mana mesti dibesarkan.

KESIMPULANNYA :
Ramadhan, engkau sudah sampai ke penghujungNya. Namun Amalanku masih banyak yang tergantung. Kalau tidak dengan Belas dan Rahmat-Mu, tentu aku beramal dalam jemu... Mujurlah hati ini Engkau sayangi. Kau bersihkannya dari daki. Mujurlah lidah ini Kau basahi. Dengan Kalam-Mu Yang Maha Suci... Mujurlah Kau gerakkan anggota badan ini. Untuk Rukuk, Sujud dan meletak kan dahi. Menjadi Hamba dan Khalifah di bumi ini... Kembali kepada Fitrah di 'Idul Fitri. Selamat  menyambut 'Idul Fitri'
1436 Hijrah.!!!

تقبل الله منا ومنكم

"Taqobbalallahu minna wa minkum".
(Mudah-mudahan Allah S.W.T. menerima Ibadah kami dan Ibadah kamu semua)...
In Shaa Allah...!!!
Aamiin Ya Robbal
'Aalamiin...!!!

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post