Jumaat, 4 September 2015

Hiburan dalam islam

Tajuk Khutbah Jumaat
'HIBURAN DALAM ISLAM'
20 Zulkaedah 1436 - 04 Sep. 2015

Negeri Terengganu

Intipati Khutbah

Hiburan merupakan satu cara mencari ketenangan. Islam tidak menghalang mana-mana manusia mencari ketenangan dengan cara hiburan.

Namun Islam tidak mahu sebagai ummah Islam berlebih-lebihan dan membatasi garis panduan yang ditetapkan dalam syariatnya.

Oleh hal demikian, ikutilah ciri-ciri tersebut:-

1. Lagu dan senikatanya tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, tiada unsur maksiat seperti memuji kecantikan wanita, menganjurkan hubungan bebas dan perlanggaran syariat.

2. Tidak melalaikan dan berlebih-lebihan dalam hiburan sehingga abaikan perintah Allah Ta'ala.

3. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan yang anjabi dan juga meminum minuman haram.

4. Penyanyi dan penonton hendaklah menjaga penampilan diri.

Kini telah banyak hiburan berunsur agama telah ada di negara kita, bahkan hiburan ini mempunyai manfaat yang lebih baik dari hiburan yang sedia ada.

Majlis Agama Islam Dan Melayu Terengganu (MAIDAM) sedang berusaha dan menguatkuasakan garis panduan hiburan mengikut syariat Islam. Tujuannya :-

1. Sebagai panduan kepada aktiviti dan industri hiburan tanpa melepasi batas syarak.

2. Membantu penganjur dan penerbit dalam menyusun atau program yang mengandungi aspek hiburan.

3. Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program dalam bentuk tontonan berteraskan akidah, syariat dan nilai-nilai akhlak.

4. Memupuk kefahaman dikalangan masyarakat umum menangani bentuk hiburan yang dianjurkan bertentangan dalam Islam.

Semoga ianya membantu mana-mana pihak yang menganjurkan sebarang bentuk hiburan berlandaskan kepada syariat Islam. Amen.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post