Ahad, 7 Ogos 2016

Agama dan politik

Tazkirah Hari Ini

Golongan yang memisahkan Agama & Politik

Syeikh Muhammad al-Khidhr Husain - salah seorang syeikh al-Azhar menulis artikel panjang yang diterbitkan oleh majalah 'Nurul Islam' yang kemudian diletakkan dalam bukunya yang berjudul 'Rasa'il al-Islah.'

Di antara isi artikel ilmiah yang beliau tulis adalah:

"Kami mengetahui bahawa yang mempunyai keinginan memisahkan agama daripada politik berasal daripada dua golongan:

Pertama: Segolongan orang yang mengetahui betul bahawa dalam al-Quran terdapat hukum dan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengadilan dan politik, tetapi mereka menolak adanya kesesuaian ajaran-ajaran tersebut dengan maslahat yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan optimum.

Mereka tidak peduli ketika kaum Muslimin menuduh mereka telah melanggar hukum dan dasar agama, bahkan mereka rela disebut sebagai kafir atau orang yang menyimpang daripada agama.Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mempercayai al-Quran beserta ajaran-ajaran yang ada di dalamnya.

Kedua: Golongan kedua adalah mereka yang mengakui bahawa di antara ajaran agama ada yang mengandungi hukum mahupun politik, tetapi mereka menyatakan bahawa ajaran tersebut tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.Kerana itu, mereka berusaha memisahkan agama dari politik.Tetapi tujuan mereka itu tidak akan berhasil dan usaha mereka sia-sia belaka.

Mereka menggunakan cara yang dianggap lebih tepat iaitu menganggap Islam hanya mengandungi tauhid dan ibadah, mereka juga mengingkari hakikat adanya ajaran yang berkaitan dengan hukum dan politik.Mereka terus menghembuskan syubhat dengan harapan ada orang-orang bodoh yang terpengaruh dengan usaha mereka itu.

Inilah dua golongan yang berusaha memisahkan agama daripada politik, kemudian mereka mendekati kekuasaan agar dapat menciptakan hukum dan peraturan bagi kaum Muslimin yang bertentangan dengan syariat Islam.Mereka juga mengikuti aliran yang menggunakan ajaran yang tidak diredhai Allah - kerana ajaran tersebut tidak membawa kebaikan yang dikehendaki syariat.Langkah yang dilakukan oleh kedua golongan tersebut menjadi penyebab munculnya pelbagai fitnah kerana mengukuti politik hawa nafsu serta mencerminkan dangkalnya pemahaman terhadap ajaran hikmah yang ada dalam syariat Islam.

( Dr Yusuf al Qaradhawy - Ad-Din wa As-Siyasah)

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post