Sabtu, 28 Januari 2017

Membahagiakan hati sendiri

Antara cara membahagiakan hati sendiri, adalah membahagiakan orang di sekeliling kita.

Buat orang gembira. Buat orang selesa dan suka berada di sisi kita. Lakukannya seikhlas hati kita, bukan dibuat-buat. Apa lagi merencana yang buruk di sebaliknya.

Betul. Bukan mudah nak puaskan hati orang. Tapi, itu bukan alasannya. Matlamat kita harus jelas berbuat baik itu sebab apa. Kalau sengaja berbaik-baik kerana mahukan pujian dan sanjungan...ya, mungkin kita akan dapat. Mungkin juga tidak.

Makanya, betulkan semula niat kita. Santuni semua orang kerana Dia. Dia akan bahagiakan kita dengan ketenangan jiwa. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Feature Post

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran Pada tengah malam tadi, Israel telah melanc...

Popular Post