Khamis, 9 Februari 2017

Pemuda islam

Sesungguhnya terdapat 2 perkara yang menyebabkan tengkuk-tengkuk para lelaki tertunduk hina, lemah dan tewas di hadapan kuasa-kuasa jabarut; sifat takut dan tamak. Sesiapa yang telah menutup lubang-lubang ketakutan di dalam jiwa mereka, mereka tidak akan takut kecuali kepada Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, serta hari kiamat, di mana hati-hati dan juga pandangan akan terbeliak bergementaran.

Demikian juga mereka menutup pintu ketamakan di dalam diri mereka, maka tiada lagi yang tinggal melainkan tamak di dalam mendapatkan keampunan daripada Tuhan mereka, serta syurga yang lebarnya sahaja seluas langit dan bumi. Mereka tidak takut kepada ajal, kerana ia adalah perkara yang sudah ditentukan lagi pula pasti akan berlaku. Mereka tidak risaukan rezeki kerana ianya adalah telah ditetapkan dan dibahagi-bahagikan.

(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Pemuda Islam Yang Dijanjikan)

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post