Memang terbit perasaan malu nak promote takaful direct pada rakan-rakan. Malu kerana ego pada diri sendiri.. apa kelas ada master degree, pernah kerja jawatan besar last2 jadi agent takaful..
Namun hakikatnya, kenapa harus malu kerana skim takaful bukan skim cepat kaya? Sistem insurans yang telah wujud ribuan tahun dan di Malaysia, sistem takaful telah bermula pada awal tahun 1980an lagi.
Skim takaful bukan sekadar simpanan biasa, menyimpan bukan kerana inginkan cash value berkepuk-kepuk, namun untuk cipta dana risiko yang sedikit sebanyak membantu menggantikan pendapatan yang bakal hilang setelah ketiadaan ketua keluarga.
Sekiranya semua tahu risiko yang bakal berlaku pada kita, pasti tak ada orang akan menaiki pesawat MH370 yang masih misteri kehilangannya sehingga hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan