*MEMBURU LAILATUL QADAR*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Lailatul qadar ialah malam yg melebihi dari seribu bulan...malam yg sangat mulia kerana lailatul qadar,Al~Quran diturunkan.
Mereka yg beribadah pada malam itu melebih seribu bulan.
Hanya Umat Muhammad yg diberi keistimewaan beribadah semalam sahaja dapat menyamai seribu bulan.
Qadar bermaksud...
1)Ketetapan..malam yg diberi ketetapan pada mereka yg mencari malam itu.
2)Kemuliaan..
3)Malam kesempitan..dikatakan sempit kerana ramai malaikat turun
BOLEHKAH KITA BERSANGKA~SANGKA MALAM MANA LAILATUL QADAR?
Kita tak boleh nak sangka² malam mana malam lailatul qadar itu berlaku.
ANTARA TANDANYA:
Pada malam 10 terakhir.
Pada malam² ganjil.
Pada 7 malam terakhir.
Ibnu Abas kata lailatul qadar jatuh pada malam ke27.
Ada juga pendapat mengatakan lailatul qadar berpindah~pindah.
APA TANDA ATAU RASA LAILATUL QADAR DAN APAKAH LAILATUL QADAR?
Tidak ada tanda bila lailatul qadar.
Hanya ada hadis mengatakan pada keesokkan harinya matahari tak menyinar dan malam tak begitu sejuk.
Jika kita benar² nak jumpa lailatul qadar banyakkan beramal pada 10malam² terakhir.
LAILATUL QADAR ITU BILA BERMULA DAN BILA BERAKHIR?
Bermula selepas berbuka/maghrib dan berakhir sebelum subuh.
Malam di dunia berbeza~beza,jadi lailatul qadar mengikut malam dimana kita berada.
BOLEHKAH HANYA MENINGKATKAN AMALAN PADA HARI GANJIL SAHAJA DAN KURANG BERIBADAT PADA HARI GENAP?
Kita jangan jadi malas...
Kita kena memburu dan berusaha utk dapatkan sesuatu yg manfaat.
APAKAH AMALAN YG BOLEH DILAKUKAN PADA LAILATUL QADAR?
1)Nabi tidak menghampiri ahli keluarga.
2)Menghidupkan malam.
3)Membangunkan ahli keluarga utk sama² hidupkan malam itu.
Nabi banyak bermalam di masjid/surau(membaca Al~Quran dan berzikir)
JIKA TAK MAMPU KE MASJID/SURAU,BAGAIMANA USTAZ?
Bagi mereka yg mempunyai keuzuran tidak dapat beritikaf di masjid atau surau boleh buat ..
1)Solat isyak dan subuh berjemaah di rumah.
2)Solat sunat 2rakaat(boleh duduk)
3)Baca surah Al~Ikhlas 3kali.
4)Berdoa dgn doa yg sangat istimewa...Ya Allah Tuhan yg maha memaafkan Engkau suka memaafkan hambaMu..Tolong ampunkan aku.
5)Bersedekah setiap hari pada malam² akhir lailatul qadar walaupun rm1.
KEPADA WANITA JUGA DIBENARKAN UTK BERITIKAF DI MASJID.
APAKAH YG DICARI KETIKA LAILATUL QADAR?
Barangsiapa menghidupkan lailatul qadar...mereka akan diampunkan DOSA yg terdahulu.
Sebelum kita nak minta apa² dgn Allah,kita kena minta ampun terlebih dulu dgn Allah supaya mudah Allah perkenankan doa² kita yg lain.
BAGI WANITA YG SEDANG HAID,APA YG BOLEH DILAKUKAN PADA LAILATUL QADAR?
Wanita yg sedang haid boleh banyakkan berdoa,bersedekah dan berzikir.
BOLEHKAH KITA MINTA KAWAN KITA YG BERADA DI MEKAH MENDOAKAN KITA KETIKA LAILTUL QADAR?
Boleh tapi yg terbaik adalah kita sendiri yg menghidupkan lailatul qadar.
Kita yg kena minta ampun dgn Allah kerana hanya kita yg tahu dosa² kita.
SEKIRANYA DGN IZIN ALLAH MEREKA YG DAPAT LAILATUL QADAR,APAKAH KESANNYA?
TANDA² DOA DAN TAUBAT DITERIMA:
1)Hati tenang,tutur kata terjaga,jaga kelakuan(bersih seolah~olah kain putih kerana dosanya telah diampunkan)
2)Tidak berdengki dgn org lain dan melihat org lain semua baik.
3)Mereka suka pada benda² baik dan suka berkawan dgn org² yg baik dan suka bersama dgn org² soleh.
4)Mereka akan sentiasa bertaubat.
ADAKAH LAILATUL QADAR INI HANYA UTK WALI²/ORG YG BANYAK BUAT AMALAN SAHAJA?
Mereka yg mendirikan dgn penuh iman(percaya pada yg ghaib)In Shaa Allah akan dapat lailatul qadar.
TUNJUKKANLAH KESUNGGUHAN PADA ALLAH DGN BERSEDEKAHLAH YG TERBAIK.
ORG YG SAKIT DAN TIDAK SEMPURNA IBADATNYA,APAKAH ALLAH TERIMA AMALANNYA PADA MALAM ITU?
Allah mengetahui keadaan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan