Khamis, 10 Ogos 2017

Menyesal

MENYESAL

Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap.

Tiada api dan cahaya.

Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan.

Ada yang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian.

Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan.

Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu.

Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa.

Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong.

Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian.

Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal.

TIADA yang tidak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja? Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke ALAM AKHIRAT.

SEMUA menyesal.

Tiada yang terkecuali.

Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat.

Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan.

Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula tapi bila roh tiba di halqum sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal.

Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.

Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFIR lagilah menyesal. Ada amalan tapi sedikit, dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang PALING menyesal.

Terutama mereka yang dah sampai seru, faham Islam tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat, harta dan sebagainya.

Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal !!

Seperti mereka yang mula-mula kutip batu tapi lepaskan.

Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di Akhirat.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post