INI ILUSI OPTIK, TAFSIRAN OTAK TERHADAP KEADAAN GAMBAR. BACA SAMPAI HABIS😊
Ok tak habis lagi pasal brain dominance malam semalam😅
Kan semalam kita tengok baju dress tu warna apa.. Sampai ke sudah saya tetap nampak biru hitam
Dulu kan pernah viral, terfikir yang dok kata white gold ni buat lawak ke apa.. Takkan la tak nampak, jelas kot biru hitam..
Rupanya betul memang orang nampak colour lain.
Saya pernah tengok orang share :
Kalau nampak biru hitam anda otak kanan
Kalau nampak putih gold, anda otak kiri
Dan memang ada yang boleh nampak kejap colour tu, kejap colour ni.. Otak dia boleh switch based on environment.
Dan gambar last tu sy letak dengan label warna sekali.. Ada yg terus berubah warna jadi biru hitam lepas tgk gambar tu.. Kiranya ada effect dgn tulisan tu..
Ni satu lagi test, cuba korang buat. Konsisten tak
Kalau korang genggam tangan, ibu jari mana kat atas?
Kalau yang kiri atas kanan, anda otak kanan.
Kalau yang kanan atas kiri, anda otak kiri.
Mungkin test gambar dress dapat result lain, test tangan dapat lain, atau mungkin sama keduanya. Setiap orang berbeza.😁
OTAK KIRI: cenderung kepada math, logikal dan bahasa (tak bermakna anda pandai math, cara berfikir je menjurus logikal, jadi jangan marah pula kalau anda otak kiri tapi tak cemerlang math😁)
OTAK KANAN: cenderung kepada emotional, imagonation dan creativity(tak bermakna tak pandai math tapi maybe cara dia nampak masalah tu berbeza dengan orang otak kiri)
Dua test ni menunjukkan saya otak kanan😁
Dan ada aktiviti untuk seimbangkan otak.. Korang jangan pula risau, kenapa saya lain? Kenapa saya kejap camni, kejap camtu.. Dan korang jangan stress tak sama macam orang lain.. Cuba google cara seimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan
Jom komen sy nak tengok result anda..
UPDATE : saya dah search, ada scientific explanation sebenarnya. Benda ni macam ilusi optik. Lain orang lain interpretasi. Yang nampak biru hitam tu sebab otak dia tafsir gambar tu overexposed, yang nampak gold white tu sebab otak dia tafsir gambar tu underexposed. Yang warna2 lain tu tak taulah otak dia tafsir macam mana. Tapi semua ni memang ada kena mengena dengan otak. Dah jangan gaduh2 kita make it fun je ya😂😂😂
Tiada ulasan:
Catat Ulasan