HUJAN API
Kaedah Hujan Api. Amalan Ulama dan Tobib Nusantara terdahulu untuk kediaman atau tempat yang menghadapi masalah gangguan jin yang berlarutan.
Kaedah ini untuk kediaman atau tempat yang berbumbung.
Kaedah ini juga amat menjadi 'pantang besar' untuk golongan jin kafir dari kalangan ifrit.
Apabila dikenakan kaedah ini ke atas kediaman atau tempat yang bermasalah. Makhluk yang tidak kita redha untuk berada di situ seumpama dihujani dengan hujan api. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
Lazimnya sebelum kaedah ini dilakukan, perlu dibuat peringatan dahulu. Arahkan keluar dengan baik. Pulang ke tempat asal.
"Eh, tapi 'dia' tak tahu mana nak pergi, kena siapkan tempat untuk dia pindah, kan ustaz?" Soalan yang sering muncul jika berkaitan dengan mengarahkan supaya gangguan keluar dari rumah.
Jawab sang faqir, " itu semua auta. Jin tahu mana dia hendak pergi, alam malakut luas. Ada 9 tingkatan semua, satu tingkatan sahaja dah seluas-luasnya. Jadi, jika ada jin kononnya tidak tahu mana dia nak pergi, itu bohong semata-mata. Jangan pula ada yang hendak guna bas pindah jin masuk hutan (fitnah ke atas ALLAHyarham Tuan Guru Dato' Haron Din)."
Kaedah peringatan atau dipanggil GEDUK adalah ketuk setiap pintu yang ada di rumah (kecuali pintu tandas), sambil baca surah Al Ikhlas sebanyak 3kali, jika rumah tersebut mempunyai 30 buah bilik bermaksud 30x 3 bersamaan dengan 90 kali surah Al Ikhlas perlu dibaca. Selesai semua, nyatakan arahan anda supaya sekalian makhluk yang mengganggu supaya keluar ( dengan nada suara yang jelas). Jika gangguan itu sekadar dari golongan Al-'Awamir (lazimnya jenis ini), tidak mengambil masa yang lama untuk 'mereka' keluar dan tidak perlu menggunakan kaedah Hujan Api.
Jika melibatkan jenis yang Ifrit dan Al Marid, lazimnya mengambil masa, kerana jenis yang degil, kadangkala, sehingga terpaksa berlarutan perlu menggunakan kaedah Hujan Api ini.
Adapun kaedah Hujan Api ini adalah seperti berikut :
1) Sediakan kira-kira sebekas besar 'pasir hidup'. Pasir hidup merujuk kepada pasir pantai atau pasir sungai yang terkena(lalu) air mutlak(sungai atau laut) padanya.
2) Sewaktu mengambil (menggenggam) pasir, 'matikan diri' iaitu tahan nafas.
3) Sewaktu meletak pasir ke dalam bekas, lepaskan nafas, tanpa dilepaskan genggaman (pasir masih dalam genggaman) kemudian dibacakan dengan aturan berikut setiap satu genggaman :
(GENGGAMAN PERTAMA) Yaasin : ayat 12.
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang NYATA. "
Kemudian, Al Faatihah - 7kali
---------------
(GENGGAMAN KEDUA) Yaasin : ayat 17.
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
"Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah ALLAH) dengan NYATA.”
Kemudian, Ayatul Kursi - 7kali
(MOHON DOA)
---------------
(GENGGAMAN KETIGA) Yaasin : ayat 24.
إنِّي إِذًا لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
"Jika sampai demikian, sungguh aku berada dalam kesesatan yang NYATA. "
Kemudian, Asy Syura : 19 - 7kali
(MOHON DOA)
---------------
(GENGGAMAN KEEMPAT) Yaasin : 47.
وإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آَمَنُوا أَنُطْعِمُ مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
"Jika dikatakan kepada mereka: berinfaklah dari (harta) yang ALLAH rezekikan kepada kalian, orang-orang kafir itu berkata kepada orang-orang beriman: Apakah kami akan memberi makan orang yang jika ALLAH kehendaki, ALLAH akan memberi makan kepadanya? Tidaklah kalian kecuali berada dalam kesesatan yang NYATA."
Kemudian, Al Hasyr : 21-24 (7kali)
(MOHON DOA)
---------------
(GENGGAMAN KELIMA) Yaasin : ayat 60.
ألَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Bukankah AKU telah mengambil perjanjian dengan kalian wahai Anak Adam agar kalian tidak menyembah syaitan?! Sesungguhnya dia adalah musuh nyata bagi kalian. "
Kemudian, Al Insyirah - 7 kali
(MOHON DOA)
---------------
(GENGGAMAN KEENAM) Yaasin : ayat 69.
ومَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآَنٌ مُبِينٌ
"Dan tidaklah Kami mengajarkan kepadanya (Nabi Muhammad) syair, dan hal itu tidak mungkin baginya. Tidaklah itu melainkan peringatan dan bacaan yang NYATA."
Kemudian, Al Kautsar - 7kali
(MOHON DOA)
---------------
(GENGGAMAN KETUJUH) Yaasin : ayat 77.
أَوَلَمْ يَرَ الإنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ
"Dan tidakkah manusiamemperhatikan bahawa KAMI menciptakannya dari setetes mani, ternyata dia menjadi musuh yang NYATA!"
Kemudian, Al Ikhlas - 11kali
(MOHON DOA)
---------------
4) Kesemua pasir digaulkan dengan isyarat qasad ( Bukan aku menggaul pasir, tetapi aku menggaul sekalian kebatilan sehingga hancur dan binasa).
5) Setelah selesai melakukan kaedah GEDUK selama 3 hari berturut-turut, namun gangguan masih berlarutan, maka bolehlah dilakukan kaedah HUJAN API ini.
6) Berdiri di halaman luar rumah, ambil segenggam Pasir yang telah disediakan dari awal, genggam dan Bacakan Surah Al Fil.
Apabila sampai pada ayat :
تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤)
فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥)
"Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu DIA menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)"
Lemparkan pasir ke bumbung rumah dengan isyarat merejam.
Ulangi sebanyak 7 kali. Selama 7 hari.
InsyaALLAH, akan ada perubahan.
Peringatan awal. Kaedah ini agak ringkas, namun kesannya amat ketara dan pengamal perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemarahan makhluk tersebut. Pun begitu, usah bimbang, ALLAH bersama mereka yang benar.
Diingatkan juga, tidak disalahguna akan kaedah ini kerana tidak diredhai sang faqir dan sang faqir berlepas diri dari salah guna kalian.
Diijazah izin amal kepada sekalian sahabat.
- AFIWAAK-
PERSATUAN TERAPI ISLAM AL FATAH MALAYSIA #PTIAFM
Akademi Terapi Islam Al Fattah #ATIAF
4 Syawal 1439H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan