Ahad, 12 Ogos 2018

haid dan nifas

DAN haram sebab nifas barang yang haram sebab haid kerana bahawasanya nifas itu darah haid yang berhimpun dahulu daripada di tiupkan roh kanak2 DAN kemudian daripada di tiupkan roh padanya adalah darah itu menjadi makanan kanak2.

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

perkara yang di haramkan ke atas prempuan yang nifas adalah seperti sembahyang, tawaf, sujud tilawah, sujud syukur, menyentuh masyhaf, berhenti di dalam masjid, membaca al quran dengan qosad niat quran, lalu di dalam masjid jk bimbang titik/menitis, mandi wajib atau tayammum kerana mengangkat hadas, puasa, menyentuh barang yang antara pusat dan lutut dengan tiada berlapik dan di talak oleh suami.
DARAH nifas adalah darah haid yang terkumpul iaitu 4bulan darah yang tidak keluar daripada prempuan mengandong yang sebelum di tiupkan roh. JIKA dalam satu bulan ada 30hari, di hukumkan tempoh sebayak2 haid 15hari dan sebanyak suci 15hari maka dalam 4 bulan tempoh sebanyak2 haid adalah 60hari. 60 hari itu lah ulamak guna pakai sebagai tempoh sebanyak2 nifas.
MANAKALA selepas roh di tiup darah haid itu di jadikan sebagai makanan kepada janin dalam kandongan.
=====================

tetapi PERBEZAAN nifas dan haid bahawasanya haid ta'luk dengan dia iddah dan istibra'. DAN tiada ta'luk keduanya degan nifas kerana hasil iddah dan istibra' dahulu daripada nifas dengan semata2 beranak.

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

perbezaan haid dan nifas ialah haid adalah tanda bagi prempuan itu sudah baligh, haid untuk bilang jumlah suci bagi iddah seorang istri yang di ceraikan, dan untuk di kira istibra' iaitu sekali haid bagi hamba yang baru di beli oleh tuannya, baru tuan nya boleh jimak hamba tersebut.
MANAKALA iddah bagi prempuan yang di ceraikan ketika mengandong adalah setelah melahirkan anak. NIFAS tiada kait untuk di kira tempoh iddah.
والله اعلم
كتاب سبيل المهتدين
MS43 rumi

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post