Selasa, 9 Oktober 2018

kisah manusia

KISAH MANU-SIA DAN KOD KISAH KEJADIANNYA

Lama sebelum munculnya agama Islam, kitab Hindu kuno berbahasa Sanskrit, Brahma Puraan, ada menceritakan tentang MANU dan SHATARUPA sebagai makhluk pertama diciptakan.

MANU ini kemudiannya diceritakan “dicampakkan” ke BHU-MI atau EAR-TH. Selepas dicampakkan ke BHU-MI maka berkembang biaklah keturunan MANU hingga bergelar MANU-SYIA.

Dalam bahasa Sanskrit MANU bermaksud : Mahluk Pertama. Manakala perkataan SYIA bermaksud “melontar atau campak” Makanya perkataan MANU-SYIA adalah merujuk kepada MAKHLUK PERTAMA YANG DICAMPAKKAN. Si Manu itu dikatakan diciptakan Tuhan Brahma di Swarga (syurga) makanya, MANU-SYIA dari perspektif Hindu adalah merujuk kepada MAKHLUK CIPTAAN PERTAMA YANG DICAMPAKKAN DARI SYURGA.

Agama Abrahamic (Ibrahimiyah) iaitu Yahudi, Kristian dan Islam ada menceritakan hal ADAMA DAN HAWWAH sebagai makhluk pertama diciptakan.

Bahasa Inggeris menggelarkan makhluk pertama ini sebagai MAN. Sebelum adanya Islam, kitab Pantateuch (Kitab Taurat vesri Hebrew) dan kitab Bible ada menceritakan tentang kisah “FALLEN” atau makhluk yang dicampakkan ke EAR-TH selepas makan buah dari syurga.

Daripada MAN (human) atau MANU (Manu-sia) inilah kemudianya bangsa HUE-MAN (Hue : Sinaran warna dari Cahaya) beranak pinak hingga sekarang.

Selepas si MANU, pasangannya bernama SHATARUPA pula diciptakan. Dalam bahasa Sanskrit Shatarupa bermaksud ‘SESUATU YANG MENGIKUT BENTUK” (banyak bentuk). Begitu juga dengan kisah ADAMA. Selepas Adama, pasangannya bernama Hawwah pula diciptakan. Hawwah adalah perkataan Hebrew (Ibrani) yang bermaksud HIDUP.

SAINS

Dalam kajian Sains Exobiology, saintis mengatakan bahawa :

KE-HIDUP-AN (Hawwah) bermula dari TENAGA METAFIZIK YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAIKAN ( Pure Energy). TENAGA ini sudah sedia ada sebelum segala sesuatu yang lain (alam AHDAH). Menurut sains, TENAGA tidak boleh dicipta dan TENAGA juga tidak boleh dimusnahkan, sebaliknya TENAGA hanya boleh ditukarkan sifatnya. Tenaga ini ada frekuensinya tersendiri (E=mc2). Frekuensi ini berkembang biak dalam sistem alam TRI-NITY atau sistem BERPASANGAN tersendiri sehingga mencetuskan gelombang tenaga besar yang digelar BIG BANG atau Letusan cahaya. Letusan cahaya ini bermula dalam dimensinya tersendiri dan kemudian terus berevolusi hingga lama kelamaan cahaya-cahaya ini menghasilkan dimensi-dimensi lain (alam WAHDAH) sehinggalah DEBU-DEBU CAHAYA (Hue) ini membentuk planet-planet dan seluruh sistem cakerawala (alam WAHIDIYAH).

Debu bercahaya (Adama) ini terbina dari ATOM yang ada NUKLEUS. Nukleus ini dikelilingi Tenaga PROTON (+ve) dan Tenaga ELEKTRON (-ve). Atom ini berevolusi hingga membentuk SEL TUNGGAL. Sel yang tunggal ini kemudiaanya bermitosis (beranak pinak) menjadi SEL-SEL YANG BANYAK. Sel ini kemudiannya digelarkan sebagai "DNA" oleh saintis. DNA ini kemudianya MEMUNCULKAN SESUATU (Bhu-Mi) berupa makhluk (being) hidup yang MENGIKUT BENTUK (Shatarupa) dan makhluk (matter) yang BANYAK BENTUK (Shatarupa).

KEMUNCULAN (Bhu-Mi) segala makluk hidup (being) dan segala makhluk mati (matter) ini adalah bermula dari PERMULAAN YANG TIADA (Mi) /Tidak dapat dirungkaikan) kepada PERMULAAN YANG ADA (Fizik) dan kembali semula kepada PERMULAAN ASAL YANG TIADA - permulaan METAFIZIK.

KISAH TERSIRAT ADAM DAN HAWA ?

Adam dan Hawa adalah dikatakan ‘Bapa’ dan ‘Ibu’ yang menjadi asal permulaan kepada seluruh kejadian makhluk manusia di muka bumi ini. Kisah penciptaan DUA makhluk manusia terawal ini, ada dikisahkan di dalam kitab al-quran (2:30-38, dan 7:11-25)

Selain dari kitab al-quran, kisah seumpama Adam dan Hawa dengan buah khuldi ini juga ada tercatat di dalam pelbagai kitab-kitab kuno. Selain daripada nama Adam dan Hawa versi Arab, terdapat beberapa nama-nama lain di dalam pelbagai versi mengikut sesebuah masyarakat.

Kitab Hebrew Bible (Torah/Taurat) Yahudi mengatakan bahawa, Yahweh (nama Tuhan Yahudi) menjadikan ha’Adham (dalam bahasa Hebrew yang bermakna laki-laki) dari ‘adamah’ (debu) dan menjadikan ‘Ishshah’ (perempuan), dari secebis ‘tsela ha’Adam ‘(tulang rusuk laki-laki).

Bila ha’Adam melanggar perintah Yahweh, dia kemudiannya diturunkan ke dunia (fallen) dan terus dipanggil ‘Adham’. ‘Adham’ kemudiannya menamakan Ishshah (perempuan) itu sebagai ‘Haw-wah’ (mother of all living/ibu segala manusia).

Kristian mengenali Adam dan Hawa sebagai ‘Adam’ dan ‘Eve’ seperti yang disebutkan di dalam Genesis 1:26-30

Di negara-negara Scandinavia (pada era Viking), ada kisah ‘Ask’ dan ‘Embla’ diceritakan dalam kitab “Prose Edda : Gylfaginning” yang juga mirip kisah Adam dan Hawa.

Di dalam agama Zoroaster (agama Parsi), kitab ‘Bundahishn’ ada menceritakan tentang ‘Mashya’ dan ‘Mashyana’, cerita mirip Adam dan Hawa versi Parsi.

Kitab Veda agama Hindu ada menceritakan kisah Jiva dan Atman dan kisah Manu dan Shatarupa yang juga mirip cerita Adam Hawa dengan buah buah Khuldi.

Mitos Mangaia di kepulauan Cook Islands, ada menceritakan kisah Vatea dan Papa.
Di dalam mitos masyarakat Mouri, ada kisah Tiki dan Marikoriko.
Agama Kikuyu di Afrika ada kisah Gikuyu dan Mumbi.
Di dalam mitos Greek, ada kisah Epimethius dan Pandora .
dan... banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya.

MAKSUD

Di dalam bahasa Hebrew, Adam itu bermaksud ‘laki-laki’ (ada juga mentafsirkannya sebagai ‘merah’yang merujuk kepada sifat ‘tanah’ atau ‘darah, simbol kejadian laki-laki itu).

Di dalam bahasa Arab dan Bahasa Melayu, perkataan Adam itu ‘TIDAK ADA MAKSUD YANG KHUSUS’ dan merujukkan maksud itu kembali kepada ‘Nabi Adam’ seperti yang tertulis di dalam Al quran, Bible dan Torah (Taurat).

Daripada pelbagai versi cerita dan pengkisahan yang di atas, ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Di dalam kebanyakan cerita, didapati ada TUJUH persamaan ketara , iaitu :

1. ada PENCIPTA Manusia

2. ada Kehidupan awal di SYURGA/Eden/Nirvana. (Hindu menggelarnya Swarga)

3. ada NERAKA/Hell, (Hindu dan Buddha menggelarnya Narakha). Dilambangkan dengan kisah ‘diturunkan’/fallen ke Dunia

4. ada LAKI-LAKI

5. ada PEREMPUAN

6. ada BUAH/pokok (Tree of knowlegde)/ILMU

7. ada Kehendak (NAFSU/Desire) dilambangkan dengan syaitan, serpent (ular)

Para cerdik pandai dalam semua disiplin ilmu termasuk Theology (kajian Ketuhanan), Religion (agama), Sains, Sastera, Falsafah dan sebagainya telah mengkaji cerita-cerita ini dengan menggunakan pelbagai bukti saintifik dan bukti empirik (bukti dari data-data pengetahuan dan pengalaman).

1. PENCIPTA

Setiap kejadian makhluk itu bermula dengan diciptakan oleh PENCIPTA manakala PENCIPTA itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Dari Dialah punca segala sesuatu bermula dan berakhir. PENCIPTA itu ‘diumpamakan’ sebagai KUASA NEUTRAL yang telah sedia WUJUD sebelum adanya tenaga POSITIF dan tenaga NEGATIF (Cina menggelarnya Yin & Yang)

2. SYURGA

Kisah penciptaan makhluk ini bermula di suatu ‘alam’ yang paling hebat. Alam ‘batin’ atau alam spiritual yang penuh dengan ‘keajaiban’. Alam yang tiada sempadan dan tiada dimensi. Alam ini hanya dapat diterokai dengan ‘diri batin’ atau ‘spiritual’ (Roh) yang dibekalkan di dalam jasad makhluk yang dicipta oleh PENCIPTA . Alam ini bersifat POSITIF. Perlakuan BAIK (+) diperlukan bagi mereka yang yang ingin menerokainya. Syurga itu lambang alam BAIK dan KEBAHAGIAAN.

3. NERAKA

Selepas bermulanya episod kehidupan di Syurga, maka bermulalah juga episod kehidupan alam neraka. PENCIPTA yang Neutral itu menciptakan segalanya mengikut KESEIMBANGAN. Bila ada POSITIF, akan wujud pula NEGATIF. Ini perlu bagi meneruskan sistem KESEIMBANGAN alam itu, tidak kira samada alam batin mahupun alam zahir. Sesuatu itu TIDAK BOLEH wujud tanpa ada Positif dan Negatif ini. Hanya PENCIPTA itu sahaja yang boleh wujud tanpa sistem keseimbangan ini.

Seperti Syurga, Neraka juga adalah ‘alam batin’ atau spiritual yang hebat dan penuh keajaiban. Neraka juga merupakan ‘alam’ yang tiada sempadan dan dimensi. Perbezaannya dengan syurga adalah, ia bersifat NEGATIF (-). Perlakuan BURUK diperlukan untuk meneroka alam ini. Neraka itu adalalah lambang alam BURUK dan KEMUSNAHAN.

Kitab agama Abrahamic/Ibrahimiyah (Islam, Kristian dan Yahudi) ada menceritakan perihal ‘FALLEN’ atau kisah ‘diturunkan’, ‘dicampakkan’ ke dunia. Kitab-kitab agama lain seperti yang disebutkan di atas, juga ada menyebutkan kisah yang hampir sama.

Persamaannya ialah : BILA ADA POSITIF, NEGATIF AKAN MENYUSUL dan BILA ADA NEGATIF, POSITIF AKAN MENYUSUL ! Sentiasa berpasangan ! Inilah Sunatullah (Undang-undang kejadian yang dicipta Allah/Pencipta). Ini diceritakan melalui watak dan perwatakan yang berbeza di dalam kitab-kitab, tetapi dengan cerita yang sama.

4. LAKI-LAKI

Adam itu disimbolkan sebagai Laki-Laki. Laki-laki itu perlambangan POSITIF, lambang BAIK, lambang kuasa, lambang kekuatan, lambang pemberi, lambang permulaan dan lambang kelahiran. Tanpa positif tiada negatif. Tanpa laki-laki tiada kelahiran!

5. PEREMPUAN

Hawa itu disimbolkan sebagai Perempuan. Perempuan itu perlambangan yang berlawanan dengan laki-laki. Lambang NEGATIF, lambang kelembutan, lambang penerima, lambang kesempurnaan.

Tiada perempuan, hidup tiada kesempurnaan. Jika laki-laki itu punca kelahiran, perempuan itu pula menyempurnakan kelahiran. Tiada perempuan, tiada juga kelahiran !

Kelahiran itu bukti PENCIPTA menzahirkan WujudNya DIA. Kelahiran itu Tanda Dia Ada! Tanda Dia Nyata! Laki-laki dan perempuan saling memerlukan untuk melahirkan. Baik dan Buruk saling memerlukan untuk menunjukkan KESEMPURNAAN. Positif dan Negatif perlu untuk mendapatkan NEUTRAL. Begitulah Sunatullah yang telah diciptakanNya.

6. BUAH/ILMU

Dalam kebanyakan kitab, BUAH yang dilambangkan adalah merujuk kepada ILMU.

Kitab Old Testament dan New Testament (nama lain bagi Taurat dan Injil) melambangkan buah ini dengan ‘TREE OF KNOWLEDGE’. Al-Quran ada menyatakan kisah buah Khuldi. Sebelum buah Khuldi itu dimakan Adam, PENCIPTA telah mengajarkan segala MAKLUMAT kepada Adam tetapi maklumat yang banyak ini belum diproses menjadi ilmu. Bila dimakan saja buah Khuldi itu, maka proses pemecahan maklumat itu pun berlaku.

Proses pemecahan maklumat itulah yang dikatakan ILMU. Bermaksud proses ‘KENAPA’ pun bermulalah. Proses mencari ‘KENAPA’ ini seterusnya berlanjutan hingga diri itu MENGENAL dan bila telah mengenal,MAKA diri itu tidak lagi bertanya mengapa. Bila KENAL, semuanya menjadi NEUTRAL semula !

Proses MENGENAL ini memerlukan pemecahan maklumat. Setiap anak ADAM itu telahpun dibekalkan dengan maklumat sewaktu awal kejadiannya. Mereka itu cuma perlu memecahkan maklumat dan jadikannya ILMU. Dengan ILMU barulah mereka dapat MENGENAL dan bila MENGENAL tiada apa lagi yang diingin kerana segalanya telah DIKENALI dan kembali menjadi NEUTRAL.

7. KEHENDAK (Nafsu)

Arab memanggil Kehendak itu sebagai Nafs. Malayu memanggil Nafsu. Inggeris memanggilnya Desire. Dalam Hindu ia dipanggil ‘Kama’. Buddha menggelarnya, ‘Tanha’. Walau apa pun jua panggilan NAMA kepada KEHENDAK ini, ia masih menceritakan hal KEHENDAK yang sama.

Kehendak ini diciptakan oleh PENCIPTA sebagai PENYEMPURNA kepada Sistem Keseimbangan (Kesempurnaan) alam diri manusia.

Tanpa kehendak, bagaimana untuk Baik dan Buruk itu dapat dirasakan?

Bayangkan jika kita tidak berkehendak kepada makan, bagaimana kebaikan dan keburukan makanan itu dapat kita rasakan? Bila ada kehendak makan, baru kita dapat merasai nikmat makanan dan KEBAIKAN nya terhadap tubuh zahir dan batin.

Bila kita ada kehendak makan yang berlebihan(buruk makan), baru kita dapat rasakan KEBURUKAN makanan terhadap tubuh, zahir dan batin. Bila kenal rasa baik dan rasa buruk perihal makan, maka sempurnalah rasa itu dalam diri. Bila sempurna rasa, apa lagi yang ingin dirasa? Tiada ! Segalanya kembali kepada NEUTRAL !

Maka, kehendak itu amat penting dalam menyempurnakan keseimbangan alam diri.
Makhluk manusialah satu-satunya makhluk yang dapat menikmati KESEMPURNAAN jika dia tahu bagaimana mengawal dan menggunakan KEHENDAK ini. Malaikat, hanya dibekalkan dengan hal KEBAIKAN (+). Syaitan hanya dibekalkan dengan hal KEBURUKAN (-). Makanya, mereka tidak dapat merasai nikmat KESEMPURNAAN yang ada pada manusia.

KESEMPURNAAN inilah NEUTRAL yang kembali kepada keadaan asalNya. Neutral yang tidak berkehendak kepada segala sesuatu. Tidak berkehendak kepada Syurga apatah lagi Neraka, kerana bila NEUTRAL, syurga dan neraka itu juga akan kembali NEUTRAL kepada PENCIPTANYA.

KESIMPULAN

Kisah Adam dan Hawa adalah kisah yang terselit seribu satu maklumat yang perlu dikupas dan diproses bagi menjadikannya ilmu. Hanya ilmu yang membolehkan kita MENGENAL !

Bila telah mengenal, apa lagi yang diingin dikenal? ADAM ! Tiada !

Adam itu maknanya Tiada !

Kelu? Tiada !
Tersenyum? Tiada !
Menangis? Tiada !
Duka? Tiada !
Bahagia? Tiada !
Baik? Tiada !
Buruk? Tiada !
Adam? Tiada !!!

Apa yang ada?

Yang ada hanya PENCIPTA yang menciptakan ADAM !

Tiada menyatakan Adam, Adam menyatakan Tiada. Kedua-duanya saling nyata menyatakan. Berpisah tidak, bersatu tiada !

Maka Mengenallah !!

AWAS !!

Jika tidak kenal, itu tanda TIDAK SEMPURNA !

Jika Tidak Sempurna, itu tanda BURUK.

Buruk itu hal NERAKA !

Maka, jika tidak Mengenal...

Tersiksalah di dalam NERAKA !!

Jika KENAL...

Nikmati saja.... segalanya kembali NEUTRAL !

Arab menggelar KENAL itu MAKRIFAH.

Maka.....

MAKRIFAH lah !

TAFSIRAN CODE MENGIKUT BAHASA

MANU-SIA (Sanskrit) : Makhluk ciptaan pertama yang dicampakkan dari syurga
SHATARUPA (Sanskrit) : Sesuatu yang mengikut bentuk/banyak bentuk
ADAMA (Hebrew) : sesuatu (debu) yang merah
ADAMU (Akkadian) : Menjadikan
ADAM (Arab) : Tiada
HAWWAH (Hebrew) : Hidup
BRAHMA (Sanskrit) : Hal suatu TENAGA atau KUASA atau TUHAN yang tidak dapat dirungkaikan/Metafizik
ATOM (Sains) : Tenaga yang darinya wujud sesuatu
NUKLEUS (Sains) : Sel yang boleh nampak (Jasad zahir)
PROTON (Sains) : Tenaga Positif (Baik)
ELECTRON (Sains) : Tenaga Negatif (Buruk)
FIZIK (Sains) : Sesuatu yang boleh difahamkan dengan teori sains
METAFIZIK : Sesuatu yang tak dapat dijelaskan secara logik

TRI-NITY (English) : Tri – Tiga. Nity : Unity – Menyatu (Tiga Dalam Satu atau Yang Banyak Menyatu dalam Satu)
Trinity perspektif Islam : Ahdah, Wahdah, Wahidiyah
Trinity perspektif Hindu : Brahma, Vishnu, Shiva
Trinity perspektif Kristian : Father, Son, Holy Spirit
Trinity perspektif Sains : Proton, Neutron, Electron

EAR-TH : Ear (English) : Telinga / alat pendengaran yang mendengar FREKUENSI.
Earth : Planet yang menghubungkan alam batin dan alam zahir dengan teknologi FREKUENSI

BHU-MI (sanskrit) :
1. Bhu – sesuatu yang muncul/menjadi
2. Mi atau Nii : Kosong/Tiada

KESIMPULANNYA

Jika sudah memahami akan apa yang diperkatakan, maka CODE di bawah ini akan DE-CODE dengan sendirinya :

Meraka yang KENAL Puncak Tertinggi (Sidratul Muntaha) dan menikmati RASA Buah ini akan dicampakkan ke BHU-MI dan kembali menjadi MANU-SIA !!

Wahai DIRI Yang Mengenal....

Sejahteralah Engkau

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post