Isnin, 20 Januari 2020

wanita

Pada saya.... Siapapun wanita itu sama ada asal sabah, semenanjung, sarawak atau di mana2 sekalipun.... 
Usah di junjung kecantikannya kerana cantik itu hanya sementara... Cantik bagaikan debu.... Di tiup angin hilang la ia.... 
Kecantikan hanya sementara....

Pada saya, cantik itu terletak pada akhlaknya.....
Wanita hodoh jika akhlaknya baik insyaaAllah, segalanya kelihatan cantik.... Bagaimana berakhlak baik....?? 

Wanita itu sering sahaja digambarkan dengan pelbagai objek, atau apa sahaja di muka bumi ini.... Contohnya, wanita ibarat mawar berduri, cantik dilihat tak mudah untuk memiliki, kerana ada durinya yang menghalangi.... Ada juga yang mengatakan wanita itu umpama pelangi, cantik tapi tak dapat disentuh..... Dan ada juga mengaitkan wanita seperti mutiara yang sgt sukar di miliki kerana berada di dasar lautan....

Mawar cantik....
Pelangi indah....
Mutiara berharga...

Tapi saya tak nak jadi ketiganya....

Cukup la saya jadi seperti semalu.... Kenapa...? Tempat semalu kan di tanah.... Hanya di pijak2....

Kata Rasulullah, wanita itu patut mencontohi pokok semalu dari empat aspek....

1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.... Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)....

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.... Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.....

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.... Ini bermakna wanita solehah hendak la mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin....

4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.... Oleh itu, para wanita sekalian, kembali la ke rumahmu apabila menjelang waktu semakin senja....

Wanita....

Tidak kira la kau memilih untuk diumpamakan sebagai apapun, asal kau masih ingin menjadi wanita solehah.....
Itu sudah cukup membuatkan kau begitu indah dan tidak ternilai harganya.... Yang pastinya kau bukan sahaja cantik pada pandangan manusia….. Tapi kau mulia pada pandanganNya....

Jika kamu wanita sahabatku, kamu memilih untuk menjadi apa...?


Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post