Jumaat, 8 November 2024

Pemandu EV tidak akan kembali memandu kereta ICE - Geely

Di zaman kereta kuda menguasai jalan di London, rata rata masyarakat ketawakan aja usaha penyelidik nak guna kereta berkuasa stim.

Mana mungkin akan ganti kereta kuda yang dah beribu tahun digunakan oleh manusia.

Mereka pun ketawakan dan memperlekehkan usaha individu yang cuba berfikir di luar kotak.

Fast forward, 100 tahun kemudian, kuda jadi hobi orang kaya aja, special breed untuk acara sukan.

Begitulah ....adaptation kepada perubahan teknologi adalah resilience paling utama kalau kita nak maju ke depan.

Saya tidak memiliki ev atau hybrid, malah salah satu kereta saya paling mencemarkan alam sekitar dari segi pelepasan karbon dan juga bunyi yang bising jika RPM melebihi 6k...kalau ia mencecah 9k ...ibarat bunyi supersonik memecah kelajuan bunyi.

Tapi, generasi baharu kenalah adapt teknologi baharu. Logiknya, nak jadi researcher EV, kenalah pakai EV. Buatnya sistem perisian tu Open Source atau boleh terima plug in.

Contohnya saya write satu perisian untuk bunyikan beeep jika lampu bertukar dari merah ke hijau , atau saya buat perisian route balik kampung dengan suasana tepi pantai ( self driving ) dan siap singgah untuk recharge battery.

Banyak potensi untuk software developer untuk EV. Saya anggap EV tu macam Android OS aja, 3rd party developers boleh write custom softwares

Zaman sekarang, EV macam Blackberry, masih lagi propietary ( perisian dilindungi )

Manalah tahu di masa hadapan, open pulak ..sesiaap sahaja boleh write software.

Mekanik masa hadapan akan write software khas untuk suspension dan extend battery life

Contohnya, masuk aja highway Pasir Gudang, sistem suspension terus load software khas untuk suspension meredah hiway Pasir Gudang yang berlubang dan gelap.

Credit to
https://www.facebook.com/AzrilNazliAlias?mibextid=ZbWKwL

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post