Ahad, 11 Mei 2025

Kebakaran Iron sulphide



 One Point lession. 


Kebakaran akibat tindak balas iron sulphide. 


Hari ini saya ingin kongsi satu OPL atau case study, Berdasarkan dari report US Chemical Safety Board. CSB


Pada tahun 2016, sebuah kilang telah menjalankan proses shutdown untuk tempoh yang agak panjang dalam sekitar satu bulan. Dalam masa henti tugas (SHUTDOWN), berlaku kebocoran peralatan di kawasan lain dalam proses yang membolehkan air masuk ke unit penyulingan ( column ), menyebabkan kakisan dalaman yang menghakis besi daripada column tray dan  dinding logam. Besi ini kemudiannya membentuk iron sulfide. Untuk pengetahuan, iron sulfide ini biasanya terdapat dalam peralatan proses akibat berlakunya kakisan (pengaratan dan bersifat pyrophoric).  Bahan in terkumpul dan membentuk awan iron sulfide. Apabila manway menara dibuka, oksigen (udara) dari memasuki menara, ini memberikan tindak balas (An instantaneous reaction) pengoksidaan iron sulfide adalah bersifat eksotermik. Haba daripada tindak balas pengoksidaan besi sulfida ini menyebabkan pemanasan sehingga (650 - 1000 degree celcius ). Suhu setinggi ini  telah merosakkan peralatan dalam column dan seterusnya  melemahkan column dan akhirnya menyebabkan menara itu runtuh. 



Selain itu, siasatan CSB mendapati bahawa sebelum insiden tersebut, pihak pengurusan telah telah mengetahui bahawa terdapat pengumpulan iron sulfide di dalam column tersebut tetapi maklumat ini tidak dimaklumkan kepada kakitangan yng terlibat menguruskan peraltan tersebut dan sekiranya kakitangan yang terlibat menyedaari terdapat pengumpulan iron sulfide dalam menara akibat dari kebocoran serta mereka dimaklumkan akan potensi bahaya,  mereka pastinya dapat mengelakkan insiden ini belaku.


---


Hidrogen sulfida sering hadir dalam peralatan dan paip minyak dan gas. Kehadiran Pyrophoric Iron Sulphide harus sentiasa dinilai sebelum membuka peralatan.


1. Pyrophoric Iron Sulphide
Adalah sebatian yang sangat reaktif yang terbentuk apabila besi bertindak balas dengan hidrogen sulfida (H₂S) dalam persekitaran seperti penapisan minyak, saluran paip, dan tangki penyimpanan. Ia diklasifikasikan sebagai PYROPHORIC kerana ia boleh terbakar secara spontan apabila terdedah kepada udara, menyebabkan risiko kebakaran yang serius.

2. Formation & Risk

  • Terbentuk dalam persekitaran yang mengandungi besi dan H₂S, yang sering terdapat dalam pemprosesan petroleum.
  • Apabila terdedah kepada oksigen, ia mengalami pengoksidaan pantas dan boleh terbakar tanpa sumber haba luaran.
  • Menjadi risiko keselamatan utama dalam industri yang berurusan dengan minyak mentah, penapisan, dan pemprosesan petrokimia.

3. Langkah Keselamatan & Pencegahan
  • Kawalan Kelembapan – Mengekalkan kelembapan dalam peralatan dan kawasan penyimpanan boleh mencegah pengoksidaan dan pembakaran spontan.
  • Penggunaan Gas Inert – Menggunakan nitrogen atau gas inert lain untuk menggantikan oksigen bagi mengurangkan risiko pembakaran.
  • Rawatan Kimia. – Menggunakan bahan pasivasi seperti cucian asid bagi meneutralkan sifat piroforik.
  • Pemeriksaan & Pembersihan Berkala – Penyelenggaraan rutin membantu mengelakkan pembentukan bahan berbahaya dalam peralatan pemprosesan.
  • Pengendalian & Pelupusan Yang Betul – Menyingkirkan dan melupuskan sisa dengan selamat bagi meminimumkan risiko kebakaran.


Pengurusan bahaya bagi Pyrophoric iron sulfide adalah sangat penting bagi mencegah bahaya kebakaran industri serta memastikan keselamatan pekerja terjamin.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post