Ahad, 15 Jun 2025

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Pada tengah malam tadi, Israel telah melancarkan serangan tepat ke atas Pusat Nuklear Natanz, memusnahkan salah satu fasiliti paling kritikal dalam program nuklear Iran. Namun, apakah yang menjadikan Natanz sasaran strategik? Dan bagaimana Mossad berjaya merancang serangan ini dengan begitu teliti?

Apa itu uranium dan pengayaan nuklear?
Tenaga nuklear bermula dengan uranium, yang mengandungi dua unsur utama:
- U-238 (99.3%) – Tidak boleh menghasilkan tenaga atom kerana tidak mampu menyerap neutron.
- U-235 (0.7%) – Unsur yang boleh menyerap neutron dan menghasilkan tenaga.

Walaupun U-235 hanya wujud dalam jumlah kecil, ia adalah bahan utama dalam pembentukan tenaga nuklear. Untuk menjadikannya lebih efektif, U-235 perlu menjalani proses pengayaan, di mana nisbahnya ditingkatkan dari 0.7% kepada 3%-5% untuk tenaga elektrik, atau sehingga 95% untuk kegunaan senjata.

Natanz: Jantung Pengayaan Uranium Iran
Natanz bukan sekadar sebuah pusat penyelidikan biasa. Ia adalah fasiliti centrifugation—proses awal dan paling penting dalam pemisahan U-235 daripada U-238. Tanpa Natanz, kemampuan Iran untuk meningkatkan uranium ke tahap senjata menjadi terhad.

Dalam industri nuklear, negara yang hanya mahu membangunkan tenaga elektrik tidak memerlukan reaktor nuklear sendiri; sebaliknya, mereka menjalankan pengayaan uranium di luar negara bagi memastikan ketelusan. Namun, apabila sebuah negara memiliki kemampuan pengayaan secara autonomi, ia membuka ruang kepada potensi pembangunan senjata nuklear.

Mossad dan strategi serangan tepat
Israel bukan sahaja menyasarkan fasiliti nuklear, tetapi juga pakar-pakar penting dalam bidang ini. Kejayaan Mossad dalam mengenal pasti sasaran kritikal membuktikan kecanggihan unit risikan mereka.

Persoalannya: Bagaimana mereka boleh menembusi perlindungan ketat Iran dan menyasarkan Natanz dengan begitu sempurna? Jawapannya hanya satu—KEUNGGULAN RISIKAN MOSSAD.



Ahad, 8 Jun 2025

2025 tahun suram bagi sektor Oil & Gas

Tahun 2025 bakal jadi tahun paling suram untuk sektor minyak & gas dalam sedekad. 

Sektor ini jatuh teruk disebabkan beberapa faktor besar:  

- Keuntungan suku pertama yang lemah  
- Harga minyak dunia yang menurun  
- Ancaman kenaikan tarif dari AS  
- Pemotongan belanja modal oleh Petronas  

Core earnings sektor ini telah jatuh 52.6% tahun ke tahun, dengan syarikat besar seperti Armada, Dayang, Dialog, Yinson semuanya menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.  

CIMB meramalkan keuntungan sektor akan susut 7.8%, manakala Maybank pula menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 dari USD70 ke USD67 setong.  

Beberapa syarikat besar seperti MISC dan Wasco telah dikategorikan sebagai "hold" akibat banyak projek tertangguh dan buku tempahan yang semakin mengecil.

Walaubagaimanapun dalam suasana kelam ni, ada juga sinar. Syarikat macam MISC, Dialog dan Bumi Armada masih dikira antara pilihan terbaik untuk pelabur jangka panjang sebab mereka ada aliran tunai yang stabil.

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post