Alhamdulillah, 10:50 malam Rabu 29 Julai 2026, habis baca Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dikaitkan dengan Skandal Tabung Haji.
Terus terang, sebagai rakyat biasa dan pendeposit, awalnya saya rasa sedih. Skandal yang saya cuba dinafikan rupanya ada kebenaran yang lebih perit. Sedih sebab ia adalah Tabung Haji.
Ringkasnya begini
(nak lebih ringkas, just baca #hashtag)
Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan. Ia tempat jutaan umat Islam menyimpan wang dengan harapan suatu hari nanti dapat menunaikan haji. Saya salah seorangnya.
Kalau ikut kronologi, RCI menjelaskan masalah Tabung Haji (tempoh 2014 hingga 2020) berpunca daripada gabungan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan yang kurang berhemat, pengurusan kewangan yang lemah dan kegagalan mematuhi peraturan.
#satu Dakwaan DS Anwar Ibrahim tentang tentang angka RM10 bilion adalah BETUL
Bacalah keseluruhan laporan, anda akan jumpa kenapa wujud angka 10 biliyun
Laporan menyatakan kerugian dan jurang kewangan itu berpunca daripada pelanggaran peraturan, pelaburan bermasalah serta kelemahan pengurusan yang berlaku sejak 2014.
Pada penghujung tahun 2017, aset Tabung Haji bernilai sekitar RM70.3 bilion, tetapi liabilitinya mencecah RM74.4 bilion. Maksudnya, aset tidak lagi mencukupi untuk menampung tanggungannya.
Lebih membimbangkan, Tabung Haji masih mengisytiharkan hibah yang tinggi antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun kedudukan kewangannya tidak benar-benar mampu.
#dua Dakwaan bahawa hibah dibayar menggunakan rizab Tabung Haji sehingga ada yang kata macam skim Pak Man Telo adalah BETUL
Apabila hibah dibayar melebihi kemampuan sebenar, rizab semakin berkurangan. Pada masa yang sama, pendeposit mula mengharapkan pulangan yang tinggi setiap tahun. Untuk memenuhi jangkaan itu, risiko pelaburan juga semakin meningkat.
#tiga Dakwaan bahawa Tabung Haji ambil risiko dan main saham sampai rugi adalah BETUL
Penemuan RCI membuktikan ada pelaburan Tabung Haji terlalu tertumpu kepada ekuiti dan aset yang berisiko. Apabila pasaran jatuh, kesannya kepada kedudukan kewangan juga menjadi lebih besar.
#empat Dakwaan Laporan Kewangan Tabung Haji adalah "creative accounting" adalah BETUL.
Menurut laporan, amalan perakaunan menyebabkan gambaran sebenar kedudukan kewangan Tabung Haji tidak ditunjukkan dengan jelas.
Dalam part ni RCI macam marah jugalah kepada Jabatan Audit Negara kenapa masih memberikan Sijil Audit Bersih bagi penyata kewangan antara 2014 hingga 2017 walaupun terdapat isu-isu penting yang sepatutnya diberi perhatian.
Bagi tahun kewangan 2017 sahaja, Tabung Haji mengumumkan hibah keseluruhan sebanyak 6.25% melibatkan pembayaran kira-kira RM2.75 bilion, sedangkan kedudukan kewangannya ketika itu tidak menyokong pembayaran sebesar itu.
Ini mengesahkan kenapa Bank Negara Malaysia telah memberi amaran mengenai kelemahan kewangan dan beberapa pelanggaran sejak tahun 2014. Sedih kan? Tindakan yang sewajarnya tetap tidak diambil.
#lima Dakwaan laporan RCI terpaksa ditangguhkan untuk selamatkan Tabung Haji adalah BETUL
Apabila kadar hibah diturunkan kepada 1.25% pada tahun 2019, jumlah simpanan pendeposit turut berkurangan daripada sekitar RM73 bilion kepada RM69 bilion. Ini menunjukkan betapa sensitifnya keyakinan pendeposit terhadap prestasi Tabung Haji.
Oleh itu, RCI ini membenarkan dakwaan bahawa boleh berlaku bank run kalau imej Tabung Haji rosak. Bank run merujuk kepada situasi pendeposit keluarkan wang simpanan mereka beramai-ramai sampai bank kehabisan tunai
RCI turut mengaitkan krisis ini dengan beberapa faktor lain seperti cita-cita menjadikan Tabung Haji sebagai Tonggak Ekonomi Ummah, beban subsidi haji, kelemahan kawalan pelaburan, ketidakjelasan akauntabiliti dan kegagalan bertindak lebih awal.
#enam Usaha bekas Menteri Kewangan DAP-Lim Guan Eng nak selamatkan Tabung Haji melalui Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) adalah BETUL
Pada penghujung tahun 2018, aset-aset bermasalah dipindahkan kepada UJSB dan pelan pemulihan dilaksanakan melalui penerbitan sukuk bernilai kira-kira RM19.6 bilion serta suntikan tunai RM300 juta.
RCI turut mengemukakan 25 syor penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, kawalan pelaburan, pengurusan risiko, ketelusan pelaporan kewangan, pengukuhan audit serta perlindungan kepentingan pendeposit.
Kerajaan memaklumkan bahawa sekitar 75% daripada syor tersebut telah dilaksanakan.
#tujuh Tabung Haji dilaporkan semakin pulih dan usaha pemulihan perlu diteruskan.
Ini dapat dilihat apabila Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan 3.5% bagi tahun kewangan 2025, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
Namun begitu, pemulihan ini tidak bermaksud kita boleh melupakan apa yang telah berlaku. Semua syor RCI perlu diselesaikan supaya kesilapan yang sama tidak berulang.
#lapan dakwaan ada ahli politik terlibat dalam Tabung Haji adalah BETUL
Zaman sekarang bagitau yang betul juga berisiko disaman. Nak tahu siapa nama yang disebutkan, bolehlah baca laporan tersebut. Dalam laporan RCI ada nama siap parti politik dan jawatan mereka.
Terima kasih kepada DYMM Sultan Abdullah yang menjadi payung kepada penubuhan RCI. Please Kerajaan Madani-PMX(DS Anwar) atau mana mana kerajaan akan datang untuk teruskan siasatan lanjut oleh PDRM, SPRM, Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan. 1MDB dah dibongkar skandal nya, Tabung Haji juga patut diheret pesalahnya. Jika ada pihak yang benar-benar melakukan kesalahan, biarlah proses undang-undang menentukan tanggungjawab mereka.
Kesimpulan
Bagi saya, masih terduduk dan cuba menelan kebenaran. Moving forward dan yang lebih penting tentulah memastikan Tabung Haji kembali menjadi institusi yang dihormati, dipercayai dan diurus dengan penuh amanah.
Tabung Haji bukan milik mana-mana individu untuk dijadikan harta ghanimah. Ia milik jutaan pendeposit yang menyimpan wang hasil titik peluh demi Labbaik (Panggilan dari Allah)
#sembilan Dakwaan Rafizi adalah BETUL. Bab ni, terima kasih YB Rafizi. BETUL apa yang YB luahkan.
'Jadikan laporan RCI Tabung Haji ini sebagai pengajaran'
Perbaiki apa yang rosak. Tegakkan akauntabiliti. Lindungi wang pendeposit. Dan pastikan generasi akan datang terus yakin bahawa Tabung Haji adalah institusi yang boleh dibanggakan.
Jika ada ulasan yang saya tersilap faham atau terlepas pandang, i stand corrected, saya terbuka untuk diperbetulkan dengan fakta dan rujukan yang lebih baik.
https://online.fliphtml5.com/kaxni/WJD22-0447-Laporan-Suruhanjaya-RCI-1f93/?fbclid=IwdGRjcATZBWRjbGNrBNkFXmV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHvLmfEgonN4bVWb3gvt1xyRrtg96xhKnCto2JTJIEH0mSkiij03Ax-qKQRdh_aem_3MTAvielOh-C2T_PDPNsiQ#p=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan