Jumaat, 24 Julai 2009

From Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Rabu, 22 Julai 2009

Broken English



seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya... .:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya. .. Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Sokong


Saya daftarkan blog ini pada pihak Nuffnang untuk membolehkan iklan-iklan dipaparkan di sini.

Duit yang saya dapat, saya gunakan untuk beli buku, majalah dan berbagai bahan bacaan, semuanya untuk tujuan mencari ilmu. Selain motivasi, saya banyak membaca berkaitan komputer, perisian, kejuruteraan dan ekonomi. Apa yang saya baca, suka untuk saya kongsikannya dengan Anda.

klik saja pada iklan-iklan yang dipaparkan di blog ini


Sewa atau Beli rumah ?


Ramai duk tanya bila lagi nak beli rumah sendiri?... asyik menyewa jer.. sampai bila?..

so apa pendapat anda?

HeeHeeHee

Ok.

Anda ada simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan sebuah rumah sekitar harga RM 200,000.

Kemudian anda berkira-kira untuk terus menyewa rumah selepas berkahwin atau beli sahaja sebuah rumah untuk diduduki. Pening dah tu fikir. ( memang pun ) hehe.

Maklumlah, pembelian rumah adalah perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan orang.

Ini adalah panduan mudah untuk anda yang masih berkira-kira untuk

  • Menyewa, atau
  • Membeli rumah.

Ingat Law of Investing

Don’t fall in love with any of your investmet.

Jangan ada emotional attachment dengan sebarang pelaburan anda.

Kalau sampai masa kena cut loss. Do it. Kalau sampai masa kena take profit. Do it.

No.Emotion.No.Sentimental.

Hm… Mari kita lihat pilihan yang pertama.

Beli rumah.

Ini yang perlu anda buat. Tanya 3 soalan ini.

  1. Adakah anda boleh mendapat cashflow positive dari rumah tersebut sekiranya ia disewakan sekarang ?
  2. Adakah keadaan (sewa rumah positive cashflow) tersebut boleh berkekalan untuk 5-10 malah sehingga 20 tahun akan datang ?
  3. Adakah anda boleh jual kembali rumah tersebut selepas 5-10 tahun dengan keuntungan ?

Anda barangkali telah mempunyai beberapa lokasi pilihan, dan jawapan anda agak berbeza bagi setiap lokasi.

Selalunya ia disebabkan rumah-rumah tersebut bersatus

  • Freehold; atau
  • Leasehold.

Sekiranya ia berstatus leasehold. Lupakan sahaja untuk membelinya.

Time is not your friend.

Dan sekiranya jawapan anda bagi 3 soalan tersebut kesemuanya adalah

YA!

Maka anda telah berjumpa kawasan perumahan yang sesuai untuk anda.

Yuhuu…!

Hubungi ejen. Atau hubungi tuan rumah. Sediakan deposit. Kumpul dokumen. Cari peguam. Cari bank.

Beli!

Tetapi sekiranya ada satu jawapan yang

Tidak

Cukuplah dengan menyewa sahaja sehinggalah anda berjumpa dengan lokasi yang betul.

Habis cerita.

Kenapa?

Wah. Perlu ke saya beritahu ?

Anda memang nak tahu juga ?

Ok. Ini sebab-sebabnya.

  • Harga rumah leasehold tidak boleh naik setinggi harga rumah freehold di kawasan yang sama.
  • Anda masih muda dan bekerjaya. Sekiranya anda telah cukup wang untuk membeli rumah pada usia yang muda ia menunjukkan anda mempunyai kerjaya dan pendapatan yang baik.
  • Memandangkan anda masih muda, selalunya anda akan ditawarkan dengan pekerjaan lain, kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih tinggi.
  • Bila gaji sudah lebih besar, anda akan mula mencari rumah yang lebih besar dan selesa untuk diduduki sesuai dengan status anda ketika itu.
  • Mungkin untuk suasana kerjiranan yang lebih baik untuk keluarga anda.
  • Oh, mungkin anda perlu berpindah tempat kerja di tempat lain.
  • Hmm, mungkin anda nak balik kampung bila dah tua nanti.
  • Jadi, bila keadaan itu berlaku 5-10 tahun lagi, anda boleh memilih untuk menjual rumah tersebut dengan keuntungan.
  • Jika anda tidak mahu menjualnya, anda boleh menyewakannya kepada orang lain dengan keuntungan.
  • Money is made when you buy, not sell.
  • You must have more than 1 exit strategy.

Wow!

Nanti.

Tiada siapa tahu masa depan. Walaupun sekarang potensi rumah itu bagus, tetapi pada masa depan belum tentu.

Tetapi kalau anda merancang dengan baik, potensi kerugian anda boleh dikurangkan.

Perancangan yang baik.

Ikut perancangan tersebut.

Itulah yang anda perlukan.

Selasa, 21 Julai 2009

Saham amanah... ejen...

Ramai yang minat untuk menjadi ejen saham amanah dapat komisyen setinggi 3% sedangkan para pelanggan belum tentu dapat untung.

bagi saya sebagai ejen...

Ya, ia sangat baik. Tetapi tidak baik untuk anda, pelanggan.

Saya fikir sesuatu yang sekiranya saya membuat “projection” keuntungan 10%, maka selepas anda, pelanggan mendapat 10% baru lah saya mendapat upah saya.

Dan sudah tentu, keadaan industri sekarang tidak membenarkan ejen to be paid based on investment performance.

Jadi, anda perlu tahu perbezaan salespeople dan so-called-consultant atau advisor atau planner.

Baca: Some Dirty Tricks By (Unscrupulous) Financial Planners

Kini kita berada bulan Rejab. Didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. "Shayyabatni Huud" (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.
Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajar an darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

Dipetik dari blog Ustaz Halim

Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di
Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh,
pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan,
lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di
pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin
negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post