Ahad, 15 November 2009

Selamat pengantin baru Amir n Amira




Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…




Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..




Sabtu, 14 November 2009


Al-kisah..

Tersebutlah kisah seorang tukang masak yang sangat rajin memasak. Pada satu hari, dia telah menyediakan pelbagai masakan yang lazat-lazat & sedap-sedap & best-best utk tetamu yg bertandang ke rumahnya.

Sesudah menghidangkan makanan di meja makan, dia pergi menjenguk ruang tamu untuk menjemput tetamunya makan. Sekembalinya ke meja makan, alangkah terkejut besar si pemuda kerana kesemua masakannya yang best-best tu dah hilang. Tetamunya bertanya, "mana perginya semua hidangan tu?"

Ke mana perginya semua masakan-masakan tadi? dilarikan kucing barangkali
Kita boleh umpamakan masakan-masakan dalam cerita di atas sebagai amal-amal ibadat kita selama ni. Di hari Akhirat nanti, kita semua pastinya akan dibicarakan di hadapan Allah swt, atas segala perbuatan baik & buruk kita semasa hayat di dunia. Sekarang, mungkin kita rasa sudah banyak amal-amal baik yang best-best sudah terkumpul untuk dihidangkan kepada Allah di akhirat kelak.

Namun, apa yang berlaku adalah, ketika di hadapan Allah, alangkah terkejut besarnya kita bila tersedar bahawa TIADA SATUPUN AMAL KEBAIKAN yang ada untuk dipersembahkan kepada Allah. Kerana tanpa kita sedari, semua amalan baik yg kita kerjakan itu, telahpun hilang, terbatal & tidak dikira sejak di dunia lagi (kerana melakukan dosa-dosa kecil & besar, ataupun kerana tidak ikhlas dalam melakukan amal kebaikan kepada Allah swt).

Nauzubillah min zalik.

Renung-renungkanlan semoga kita sentiasa bermuhasabah terhadap perbuatan & amalan diri kita, dan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dengan sebenar-benar ikhlas kepada-Nya. Bagi yang ingin bertaubat,
percayalah bahawa pahala daripada amalan baik itu akan menghapuskan dosa daripada amalan buruk yang dilakukan.

Selasa, 10 November 2009

REZEKI


Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.

Kebagusan untuk Berjaya


Salam ceria, salam sayang, salam persahabatan buat Anda, Moga hari ni Anda sihat hendaknya.

Kita adalah manusia biasa, tak ada orang yang semua betul, mesti ada yang salah sikit-sikit, silap sikit-sikit. Jadi, dari kesilapan itulah kita belajar apa yang betul, lepas tu kita buat betul-betul.


Dalam keluarga, ada adik beradik kita yang perangainya betul dan ada yang perangainya kurang betul, maksudnya kurang bagus. Dalam diri kita sendiri ni pun, kekadang ada satu masa kita bagus, attitude kita bagus. Pada masa yang lain, attitude kita jadi kurang bagus, kita jadi kurang bagus.


Dari situlah kita kena memahami cemana nak kawal perasaan kita, emosi kita. Yang dinamakan betul, biasanya yang positif, yang mendatangkan hasil-hasil positif. Orang yang telah mencapai kejayaan pada mula dulu pun tak semua yang dia buat itu betul mesti ada saja perbuatannya yang salah, ada saja usahanya yang silap.


Tetapi apa yang membuatkan diri jadi orang berjaya adalah kerana dia belajar perkara yang betul lepas tu dia buat. Sesetengah orang, dia belajar perkara yang betul, dia faham tapi dia tak buat. Hasilnya berbeza. Walaupun dia tahu perkara yang betul tapi yang ruginya dia tak buat, maka tidak dapatlah hasil yang betul.


Begitu juga dengan perangai positif. Orang kita dah ramai tahu sikap positif tu cemana - perangai bagus, hati bagus, kata-katanya bagus, tapi sendiri tak buat, kekadang lupa. Bila kita bergaul dengan orang yang perangainya kurang positif, perangai kita pun akan jadi macam tu juga, berubah tanpa kita sedari. Kita cepat terbiasa dan pada pandangan kita, perubahan itu normal sedangkan pada hakikatnya tidak.


Mulai hari ni, kita kena berubah ke arah kebagusan, kebagusan dalam ibadah, dalam kekeluargaan dan dalam kejaya masing masing. Ingatkan diri sendiri supaya berperangai bagus, terus berubah ke arah kebagusan walaupun sendiri dah mencapai tahap yang sememangnya bagus.


Baguskan lagi tahap yang dah sememangnya bagus. Agama kita sendiri awal-awal dah mengajak kita supaya menuju kebagusan, ( dengan azan 5 kali sehari... MARILAH MENUJU KEJAYAAN ). Kerana kebagusan tersebut merupakan resepi utama sebuah kejayaan.


Usah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Usaha untuk bagi pencapaian lebih tinggi, selagi termampu.

Percayalah kita ada potensi untuk sampai ke tahap itu. Apa yang minda kita percaya kita boleh buat, tubuh badan kita akan mengikut. Set dalam minda Anda mahu jadi orang rajin, maka itulah yang akan jadi.

Isnin, 2 November 2009

Musang berbulu ayam


Cuba bayangkan seekor musang. Tetapi musang itu memakai baju kot. Baju kot itu dibuat dari bulu ayam. Musang tersebut pula belajar berkokok seperti ayam, mengais tanah mencari cacing, mengurat ayam betina. Sekali imbas memang nampak seperti ayam. Cumanya bila pandang 2 kali, dah boleh tahu sebenarnya itu bukan lah ayam. Tetapi cuma musang yang berbulu ayam.

Tetapi musang yang bijak dia akan membela ayam dari kecil sehingga ayam tersebut gemuk. Bukan seekor, tapi berpuluh-puluh ekor.

Ayam-ayam gemuk ini pula sudah dilatih untuk bercakap dengan ayam-ayam lain. Ayam-ayam ini akan bagitahu musang berbulu ayam itu baik. Suka tolong bangsa ayam. Makanan tetiap hari dapat. Musang ini akan berikan latihan yang paling tip top. Best woo… Yelah, kalau ayam kurus nampak ada ayam gemuk, mesti si ayam kurus tu bertanya jugak:

“Kau ni dapat makan sedap kat mana? Aku pun nak jadi gemuk jugak”

Sampai masanya, musang tersebut akan tanggalkan baju kot berbulu ayamnya dan membaham semua ayam yang dibela dari kecil tersebut.

Dibuat lah ayam masak kicap. Ayam kari. Ayam panggang. Ayam masak merah. Ayam madu. Ayam goreng kentaki …

Iyelah. Dah namanya musang. Sekuat-kuat iman musang pun, nampak ayam akan dibahamnya juga. Lagi-lagi kalau sudah dirancang sebegitu rupa untuk membaham ayam-ayam gemuk yang dipelihara sejak kecil.

Orang yang tahu perbezaan antara musang dan ayam, boleh tahu yang mana satu musang yang berbulu ayam. Itu pun kadang-kadang susah. Tapi bila perhatikan 2,3 kali, dah boleh tahu itu adalah musang.

Masalahnya, tak ramai orang tahu perbezaan antara seekor ayam dan seekor musang. Pelik tapi benar ada manusia buta yang tidak tahu membezakan seekor ayam dan seekor musang.

Tuan puan yang membaca blog ini, cepat-cepatlah belajar, binatang yang bernama ayam itu yang mana. Binatang yang bernama musang itu pula yang mana.

Musang-musang sekarang ini bijak. Ada pasang peguam. Ada keluar surat perjanjian.

Tetapi kalau dah namanya musang …

Zuhud


Terpandang satu majalah lama yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Majalah THE EDGE satu Temubual yang dibuat oleh Farish A Noor ini dibuat dalam bahasa Melayu Kelantan dan Kedah dan dibawah setiap perenggan soal-jawab itu ada terjemahan dalam bahasa Inggeris. Kalau selama ini anda ada salah faham atau skeptikal mengenai Tuan Guru Nik Aziz

Antara yang menarik dan sesuai untuk dikongsi dalam blog ini …

Soal: Jadi adakah kesederhanaan Ustaz ni mengikut prinsip bahawa ‘aku ni kaya pasai aku miskin; aku miskin maknanya aku ni bebas; bebas dari kehendak?

Jawab: Miskin tu yang kita kato zuhud. Zuhud ni maknanya kito ada harto, ada harto banyak, tapi kito tak tamok. Kito tak dipengaruhi oleh harto. Kalau kito tak dok harto, nak beli apo? Yang cam nu bodoh!

Kito nak keno cari harto sebanyak boleh, tapi jangan sampai harto mengusai kito. Misalnya, kito masuk dalam perahu dalam laut – tak po. Tapi bilo kito dalam perahu tu, jangan biarkan air laut masuk dalam perahu. Kalau masuk air laut dalam perahu, maknanya habih la kito.

Jadi harto tu macam air laut loh – biar ado harto, nak jadi jutawan, tak po. Tapi jangan biarkan harto tu masuk dalam ruh kalbu kito.


Bagaimana mahu Jadi kaya



Sebenarnya ada banyak cara nak jadi orang kaya. Selama ni yang kita tahu melalui bisnes sahaja Disini saya dedahkan rahsia. Saya akan membantu anda untuk memilih jalan yang sesuai untuk anda.

1. Kahwin Raja / Sultan bakal Raja / Sultan

Tapi pilihan ini lebih cerah bagi orang perempuan. Orang lelaki yang biasa-biasa setakat naik motor cabuk jangan mimpi lah nak tackle puteri raja.

Tapi perempuan yang berminat pun kena banyak kali cermin diri.

2. Kahwin orang Kaya

Pun pilihan ini lebih cerah peluang bagi perempuan. Lelaki yang kaya lebih ramai. Yang tua, dah ada anak 3,4 takpe. Lagi tua lagi banyak santan. Lagi bagus orang kata.

Tengok Siti. Tengok Ekin.

Tapi tak ramai lelaki sanggup kahwin dengan perempuan yang jaaaauuuuuh lebih tua dari dia.

3. Harta Warisan

Kalau ayah atau ibu anda termasuk dalam list orang kaya Malaysia, anda memang sangat bertuah lah.

Tunggu jelah masanya. Dapatlah tu.

4. Jadi penjenayah

Pergi bank, rompak. Samun rumah orang.

Tapi kalau kena tembak polis di jalan raya, harapnya sempatlah mengucap.

Tapi kalau mati dalam tahanan polis, itu takpe. Ramai yang sanggup nak bela. Disanjung bagai hero lagi.

5. Join skim cepat kaya

Walaupun bukan semua orang akan kaya bila join SCK. Tapi 10% daripada mereka akan jadi kaya raya.

Yang asyik terkena tu bila anda lambat, lembab, baghal, bodoh, bahlol. Tapi kalau anda cepat, kenal penganjurnya, pergh.

Tapi kalau mahu cari rezeki dengan jalan yang batil, teruskanlah. Besarkan anak-anak dan sara keluarga dengan rezeki sebegitu. Barakat salamat.

6. Jadi ADUN atau ahli Parlimen

Jangan jadi calon ADUN atau ahli Parlimen Be End. Kalau takde duit, jangan harap lah boleh jadi calon senang-senang. Boleh muflis tu kalau tak cukup duit nak mintak cawangan, bahagian senyap.

Kalau anda nasib baik, masa penamaan calon, ada orang tarik anda ketepi sekejap dan bagi cek kosong.

Kalau tidak, berdoalah negeri anda tu menang tipis. Besarlah chanceanda nak jadi orang kaya baru tidak lama selepas tu.

Ops, sebelum tu jangan lupa ambil dulu sedekah seks atau terima rasuah untuk luluskan projek.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post