Ahad, 7 Februari 2010

Cinta Mencari Cinta


Jika Anda seorang gadis dan Anda meminati seorang jejaka, beranikan diri meluahkan cinta Anda padanya. Gadis-gadis sekarang ramai yang berpendidikan, ‘tech literate’ dan berkeyakinan tinggi.


Sebelum Anda kehilangan orang yang Anda suka hingga Anda tak sempat meluah cinta pada si dia, luahkan sekarang selagi peluang masih ada. Apabila seorang gadis meluah rasa cinta pada seorang jejaka, sebenarnya cara tu tak salah selagi perilakunya dan perbuatannya tak melanggar batas-batas syariah. Dari membujang terlalu lama, baik luah awal-awal. Leh kawin awal-awal. Untuk mengecap kebahagiaan, kekadang kena berani.


Dari segi agama, mana-mana agama tak melarang gadis memulakan dulu sesebuah perhubungan cinta. Syaratnya, bila bernikah nanti biarlah bernikah secara sah dan biarlah pihak lelaki yang memulakan lamaran,bukan pihak perempuan.


Luahkan saja, biar perkara lain berlaku sendiri. Tarik minat si dia, sebelum gadis lain menarik minatnya.

Jumaat, 5 Februari 2010

Hidup Ini


Hidup ini ibarat roda

Sekejap di atas, sekejap di b awah

Tetapi biar kita menggolekkanya

Bukan kita yang tergolek


Hidup ini tidak selalunya indah

Adakalanya suka dan adakalanya kita derita

Dan biar kita derita kerana Tuhan

Bukan derita kerana insan


Hidup ini sentiasa dilambung ombak

Sekejap timbul, sekejap tenggelam

Biar kita tenggelam kerana Allah

Bukan kita tenggelam kerana pasrah


Hidup ini hanya sementara

dariNya kita datang

kepadaNya kita kembali

dan biar kita kembali dengan iman

CINTA MENCARI LELAKI


CINTA tidak tahu apa punca Dia meminta perhubungan mereka diputuskan. Apakah kerana bicara Cinta yang sering lunak itu, dirasakan Dia pedih menyembilu hati? Apakah kerana tingkah laku Cinta yang lemah-lebut itu, dirasakan Dia tajam menghiris atma?

Cinta cuba memuhasabah diri, mencari justifikasi tindakan Dia mengorbankan ikatan cinta yang terjalin sekian lama. Cinta menekur selusur perjalanan cinta yang mekar seusia lima tahun itu. Cinta terkedu, menggapai-gapai punca yang dirasakan berpilin-pilin. Sungguh, Cinta tidak menemukan sebab yang meretakkan cermin cinta mereka.

Cinta akur, diri belum cukup sempurna sebagai Muslimah sejati [kalau itulah yang Dia hasratkan]. Apakah kerana Cinta tidak berjubah? Apakah kerana Cinta tidak bertudung labuhnya hingga ke punggung? Apakah kerana itu, maka Dia menoleh ke arah lain, memacu perjalanan meninggalkan Cinta?

Cinta bukanlah alim, tetapi Cinta mengetahui, Cinta sudah memenuhi tuntutan syariat. Meski berbaju kurung, tetapi Cinta sudah pun menutup aurat. Meski bertudung tiga segi, tetapi hujungnya sudah melindungi dada Cinta.

Cinta tidak alim, tetapi Cinta mengetahui ulama berselisih pendapat menerangkan aurat wanita. Dari pembelajaran Cinta, Cinta mengetahui hanya ulama’ Hanabilah yang mengatakan seluruh tubuh badan wanita itu aurat, sedangkan fuqaha’ Hanafiah, Syafi’iyah, Malikiyah dan riwayat daripada Imam Ahmad mengecualikan wajah dan tapak tangan daripada pengertian aurat.

Justifikasi pandangan itulah, maka Cinta berpakaian seperti sekarang ini, baju kurung dan tudung tiga segi yang masih menutupi dadanya. Apakah kerana kefahaman Cinta mendekati jumhur ulama’ itu maka Dia meninggalkan Cinta?

Atma Cinta berdebat, bukan itu yang menjadi punca Dia bertindak begitu. Meski Dia agak memberatkan soal itu, tetapi Dia masih bertolak-ansur. Bukankah ulama’ pelbagai mazhab itu sudah bertolak-ansur sehingga tidak ada di kalangan mereka merendahkan pandangan yang berbeza? Bukankah Dia juga mengerti, Cinta berhak membuat keputusan berdasarkan pandangan yang rajih itu, meski Dia berpendapat sebaliknya? Kalaulah kerana itu puncanya, mengapa sekarang Dia beralih kasih?

Apakah kerana ibunya tidak menyukai Cinta? Mengapa pula si ibu yang baik itu tidak menyukai Cinta? Sudah beberapa kali Cinta mengunjungi keluarga Dia, dan sudah beberapa kali pula Cinta dilayan dengan baik. Bukankah itu isyarat Cinta diterima keluarganya?

Memang, memang sudah ada ura-ura, Dia mahu dijodohkan dengan sepupunya. Cinta akui, antara Cinta dan sepupunya itu, anak gadis itu lebih alim lagi. Sepupunya menuntut hingga ke Perlembahan Nil, berguru dengan pensyarah-pensyarah al-Azhar dan bergaul dengan kitab-kitab turath. Cinta, Cinta hanya lepasan ITM dalam jurusan reka bentuk fesyen. Tetapi, Cinta juga ada asas agama. Cinta menuntut di Ma’ahad Muhammadi Lilbanat meski hanya sehingga SPM. Cinta tahu batas-batas agama sehingga Cinta sehingga sekarang masih lagi berkostum hijab.

Tetapi, bukankah Dia sendiri menolak desas-desus itu, kerana Dia hanya menganggap sepupunya itu seperti adik kandung sendiri yang tidak mungkin Dia menyentuhnya sebagai isteri. Dan, bukankah si ibu juga memahami dan menerima hasrat Dia itu, lalu memperkenalkan Cinta kepada keluarganya.

Apakah kerana Cinta seorang pereka fesyen, maka Cinta dianggap menyeleweng? Apakah kerana di tangan Cinta, citra wanita untuk kelihatan cantik terkabul, maka Cinta dianggap sudah lancang pada agamanya?

Cinta geleng. Cinta yakin tentu bukan itu sebabnya. Meski Cinta pereka fesyen, tetapi bukankah itu bermakna Cinta menanggung fardu kifayah kepada seluruh umat Islam? Cinta sendiri tidak pernah mereka fesyen yang mencabar ketentuan syara’, bahkan fesyen Cinta bertepatan dengan kehendak agama.

Apakah kerana wujud orang ketiga, maka Dia beralih kasih. Serapuh itukah cinta Dia pada Cinta? Serapuh ranting yang terlerai ditegur bayukah, cinta Dia selama ini?

Barangkali juga itulah sebab musabab Dia meninggalkan Cinta. Benarkah?

Cinta tinggalkan kisah pedih itu, meski menjerut atma. Cinta tidak temui jalan kepada cinta mereka, tetapi tentulah tidak wajar Cinta mematikan diri dalam perjalanan hidup Cinta. Biarlah, andai Dia sudah tidak memerlukan Cinta, maka Cinta merelakan perpisahan itu. Biarlah Cinta derita sekarang, daripada Cinta derita selepas perkahwinan. Derita sekarang tentulah mencarik sutera perasaan, tetapi derita selepas perkahwinan tentulah menggegarkan mahligai perasaan.

Kawan Cinta, Gihairah cuba menghasut Cinta. Kau terlalu beku dalam perhubungan kalian. Lihatlah aku, merelakan diri dikucup dan diraba, hingga menjelajah ke pelusuk terlarang.

Cinta menjenggil mata, serapuh itukah nilai diri?

Gihairah menggilai, ala bukannya luak pun. Hanya setakat dikucup dan diraba, tidak sehingga menerobos hingga ke.…

Cinta tutup telinga, tidak mahu mendengar kalimat selancang itu. Apakah maruah itu pada selaput dara? Apakah kerana selaput dara tidak terganggu, tetapi seluruh penjuru berbukit dan berlurah sudah dijarah, maka maruah masih bernama? Apakah hanya apabila selaput itu diterobos, maka pada saat itu maruah pun sudah terlepas?

Bagi Cinta, selaput itu bukanlah maruah pada hakikatnya. Selaput itu hanya sebahagian petanda wujudnya maruah. Apabila wanita merelakan diri dicumbu tangan dan bibir lelaki tanpa ikatan yang sah, tidak ada gunanya maruah meski selaput yang tipis itu masih terjaga.

Cinta meninggalkan Gihairah, meyakini wanita itu bukan penasihat yang baik.

Cinta mengerti, suatu hari nanti Cinta akan dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima Cinta sebagai Cinta.

Di manakah lelaki itu? Cinta mengharapkan jawapan.


BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA


Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancung, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, musik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.

(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.

(Surah Al-Ruum: 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

(Surah Al-Zariat: 56)

Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

(Surah Al-A‘raf: 51)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

”Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.

(Surah Al-An‘am: 29)

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.

Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas dari itu. Hiburan bermaksud mencari ketenangan jiwa, dari itu hanya hiburan sejati yang mampu mencapai maksud tersebut.

Suka dan cinta

Di hadapan orang yang kita cinta,

hati kita akan berdegup kencang..

Tapi di depan orang yang kita suka,

hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta,

musim sentiasa berbunga-bunga...

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,

kita akan kaku...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,

kita akan tersenyum...


Di depan orang yang kita cinta,

lidah kelu untuk berkata-kata...

Di depan orang yang kita suka,

lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita cinta,

kita menjadi malu...

Di depan orang yang kita suka,

kita akan tunjukkan imej yang sebenar...


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...


Bila orang yang kita cinta menangis,

kita akan turut menangis...

Bila orang yang kita suka menangis,

kita akan turut membuat dia gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata,

Perasaan suka bermula dari telinga...

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...

Umpama kita membuang telinga kita


Tapi jika kita cuba menutup mata

Cinta berbuah menjadi airmata


Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta?.


Ada apa dengan cinta

Tetapi, hakikatnya?


Cinta kepada Allah SWT

Adalah lebih hakiki dan abadi selama-lamanya...

My special friend


To a Very Special Friend

Being a good friend is really an art-
A wonderful talent
that comes from the heart.
It's knowing the kind thing
To do or to say,

Listening and talking
A problem away.
It's being together
In good times and bad,
And just with a smile

Making each other glad.
It's caring for someone,
And showing it, too,
Thanks for being my friend
Friends just like you!

Nafsu


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wallahualam. .

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post