Rabu, 15 Jun 2011

Renungkan


Assalamualaikum W.b.t

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud,

"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman

Sabtu, 11 Jun 2011

HATI 2


Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

HATI


Antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri


Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.


Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Minum Madu


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Sabtu, 7 Mei 2011

SKIM RUMAH PERTAMA-2

PETALING JAYA: The Government will launch a new scheme to ensure young adults in the Klang Valley have access to quality and affordable housing, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

The initiative, which will complement the My First Home programme launched in March, is to counter soaring property prices in the Klang Valley that have made it difficult for the younger generation to own homes.

Speaking on Hot FM Friday morning, Najib said he was aware, from comments on his Facebook site and in the media, that it was increasingly hard to find homes costing below RM220,000 in the Klang Valley.

He said the new initiative would be in the form of a partnership between the Government and private companies.

“If possible, no profit will be taken from this project. Companies can take it as a part of their corporate social responsibility,” Najib added.

He said the programme would be launched in June or July, once suitable sites had been identified.

The My First Home programme, proposed in Budget 2011, targets homes within the RM100,000 and RM220,000 price range nationwide.

Under the scheme, young workers earning below RM3,000 monthly can procure 100% financing with a 30-year repayment period from selected financial institutions, to buy such homes.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan ada satu lagi skim rumah pertamaku yang menjadi pelengkap kepada skim yang telah diumumkan pada bulan Mac 2011 lalu.

Ini kerana SKIM RUMAH PERTAMA kurang membantu anak muda yang duduk di kawasan bandar khususnya di sekitar Lembah Kelang kerana harga rumah yang semakin mahal.

Sabtu, 19 Mac 2011

Skim rumah pertama


Skim Rumah Pertama, bagaimana ianya
boleh menjadi musibah jika anda menggunakannya
untuk membina LIABILITI anda dan rahmat jika anda
guna untuk bina ASET anda.

===============================================
Bagaimana membeli rumah ber’status’ LIABILITI
===============================================

Rumah ini adalah rumah untuk anda diami, jika anda
menggunakan Skim Rumah Pertama 0% downpayment untuk
membeli, anda RUGI. Sangat RUGI. Kenapa?

…. Anda membayar lebih banyak duit ‘interest’…
Lebih banyak duit anda rugi dalam jangka masa panjang…

Sedikit pengiraan kasar, harga rumah maksimum skim
rumah pertama ialah RM220,000. Anda lihat berapa
jumlah ‘interest’ yang anda bayar;

********************
0% downpayment
********************

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30% (BLR Oktober)
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,362
Jumlah bayaran pada bank: RM490,320
Jumlah lebihan anda bayar: RM490,320 – RM220,000
: RM270,320

********************
10% downpayment
********************

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30%
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,226
Jumlah bayaran pada bank: RM441,360
Jumlah lebihan anda bayar: RM441,360 – RM220,000
: RM221,360

Perbezaan lebih kurang RM48,960. Tapi anda lihat, jika
anda bayar 10% downpayment sekalipun, jumlah keseluruhan
yang anda bayar pada bank adalah melebihi harga 2 buah
rumah yang anda beli… inikan pula jika 0% downpayment.
AMAT RUGI… AMAT RUGI..

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami
dan MENGURANGKAN anda bayar ‘interest’ (sesuatu yang merugikan)
adalah dengan;

1 – bayar downpayment tinggi
2 – pendekkan tempoh pinjaman

Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak
wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung

================================================================
Jadi Bagaimana nak MANIPULASI Skim Rumah Pertama menjadi ASET?
================================================================

Jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa. Anda beli dan sewakan!
Ketika itu, rumah yang anda beli sudah menjadi ASET buat anda
kerana ianya mendatangkan wang untuk anda, dan bukan mengeluarkan
wang dari poket anda.

Untuk beli rumah untuk ANDA SENDIRI DIAMI, cara ideal ialah;

1 – bayar downpayment tinggi
2 – pendekkan tempoh pinjaman
>>>>akan mengurangkan jumlah interest yang perlu dibayar

Untuk beli rumah untuk disewakan, idealnya kontra dengan
idea ideal rumah anda diami;

1 – bayar downpayment serendah mungkin
2 – panjangkan tempoh pinjaman sepanjang mungkin

Tapi menggunakan Skim Rumah Pertama, anda tak perlu bayar
downpayment! Zero cost untuk anda!

————————————————————————————

Skim Rumah Pertama: ASET Zero Cost?

————————————————————————————-

Untuk beli rumah untuk disewakan, idealnya kontra dengan
idea ideal rumah anda diami;

1 – bayar downpayment serendah mungkin
2 – panjangkan tempoh pinjaman sepanjang mungkin

Betul, 2 langkah di atas jika digunapakai dalam membeli
RUMAH UNTUK ANDA DIAMI adalah satu tindakan yang amat
kurang bijak kerana ianya hanya akan meningkatkan kadar
bayaran ‘interest’ pada bank.

Tapi jika digunakan untuk membeli ASET yang akan anda
jadikan sebagai rumah sewa, adalah sangat menguntungkan.

Objektif utama 2 langkah itu adalah;

i – mengurangkan bayaran bulanan anda
ii – meningkatkan ‘cashflow’ bulanan anda

Ok sekarang, rumah yang anda beli menggunakan approach ini
akan anda sewakan, jadi sebolehnya anda mahu meminimumkan
jumlah yang anda perlu bayar kepada bank. Contohnya untuk
pinjaman perumahan biasa, downpayment paling minimum adalah
10% dari harga rumah. Itu paling minimum;

Sebagai contoh sebuah Apartment, harganya dalam RM150,000 dan rate sewa dalam RM800. Kiraan
kasar untuk pinjaman dengan minimum downpayment 10%;

________________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2011)
Tempoh pinjaman: 25 tahun
Downpayment 10%: RM15,000
Bayaran bulanan: RM895
Kadar Sewaan : RM800
________________________________________

Kiranya dengan rate ini anda hanya perlu bayar RM95
sebulan kepada bank dan apartment itu milik anda!

Tapi cuba kita panjangkan tempoh pinjaman pada bank
menjadi 40 tahun, ini kiraan kasarnya;

______________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2010)
Tempoh pinjaman: 40 tahun
Downpayment 10%: RM15,000
Bayaran bulanan: RM771
Kadar Sewaan : RM800
______________________________________

Huh, anda tak perlu bayar satu sen pun pada bank bahkan
anda ada lebihan cashflow RM29 setiap bulan! Anda dapat
sebuat apartment tanpa perlu bayar satu sen pun setiap
bulan bahkan dapat duit tambahan lagi!

=======================================================
Ciput je untung rupanya… nilai sebenar keuntungan
adalah pada ‘CAPITAL GAIN’ ASET tersebut dalam
jangka masa panjang dan kenaikan harga sewa 5 tahun sekali
=======================================================

Tapi menggunakan kelebihan yang kerajaan beri dalam
Skim Rumah Pertama, anda akan membina ASET anda tanpa
perlu mengeluarkan RM15,000 untuk downpayment seperti
pinjaman di atas!

Anda bermula dengan kos HAMPIR ZERO (mengambil kira minor kos
guaman dan lain-lain)

______________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2010)
Tempoh pinjaman: 40 tahun
Downpayment 0%: -
Bayaran bulanan: RM857
Kadar Sewaan : RM800
______________________________________

Setiap bulan anda hanya perlu bayar RM57 sahaja kepada bank
dan anda memiliki rumah tersebut dengan 0% downpayment

==============================================

TAK PERLU BAYAR RM15,000 DOWNPAYMENT
HANYA RM57 SEBULAN ANDA dAH ADA ASET ANDA!
Terima kasih kepada kerajaan!
==============================================

Jangan sesekali guna SRP untuk beli rumah untuk anda
diami sendiri kerana anda akan RUGI BESAR!

Guna SRP untuk bina ASET PERTAMA anda dan anda akan
mendapat UNTUNG BESAR!

Kalau nak hurai lagi agak panjang dah ni, tapi rasanya anda
dapat ideanya kan?

Nak beli rumah pula bukan boleh beli begitu saja, banyak
faktor-faktor yang harus diambil kira.


Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post