Isnin, 7 Julai 2014

Air Hujan Tak Seperti Air Mata

Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..


Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..


Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..


Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..


Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..


Berdetikla loceng di hati,
Membangunkanku dari mimpi tanpa tidur..
Ku serahkan kepada ilahi,
Bagi menentukan perjalanan hidupku,
yang kini jauh di dasar laut..


Hutan rimba di bawah bayu,
Berlari-lari di kejar bayangan,
Takkan hamba mati dahulu,
Selagi puteri masih di kayangan.

Khamis, 6 Februari 2014

Ciri-ciri tamadun islam yang cemerlang, gemilang

 Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Barisan sarjana Barat diantara yang terkenal seperti Thomas Cerlyle, Gustav Le Bon, Oswald Spengler dan terakhir Arnold Toynbee mengambil kesimpulan setelah melakukan kajian terhadap bekas-bekas peninggalan tamadun Islam, mereka menyatakan bahawa perubahan-perubahan hebat yang berlaku ke atas tamadun-taamaun di serata dunia ini tidak terlepas dari pengaruh Islam. Tanpa malu dan segan mereka mengakui bahawa kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di sana. Iaitu berakhir pada 1492 M.
Selepas kewafatan baginda SAW Khalifah Umar al-Khattab memerdekakan Palestin dengan damai. Penyerahan kekuasaan ke atas tanah Palestin dilakukan sendiri oleh uskup tertinggi Nasrani yang rela tunduk dalam pentadbiran kerajaan Islam yang adil dan beramanah.
Belum sampai 50 tahun selepas kewafatan baginda, perjuangan Baginda SAW telah diteruskan oleh generasi Islam yang cintakan agama dan RasulNya. Di Afrika Utara Islam ditegakkan oleh panglima Tariq bin Ziyad. Hingga ke Asia tengah menyeberangi sungai sind dan gangga. Agama Allah dibela oleh seorang pemuda bersama bala tenteranya, ketika itu pemuda yang memimpin tentera itu masih berumur 17 tahun yang bernama Muhammad bin Qasim.
Akhirnya sampai juga cahaya agama Allah ke Eropah, Islam telah berlabuh di sepanyol. Panglima Tariq bin Ziyad telah membakar semangat para mujahaid. Beliau berkata: ”Sesungguhnya lautan berada di belakang kamu dan musuh di hadapanmu. Tiada lagi jalan pulang. Nasib kamu akan ditentukan oleh keberanian atau jiwa pengecut!” Sejak saat itu Islam masuk dan berkembang pesat di bumi sepanyol, hingga saat ini masih ada sisa-sisa masjid berjumlah 1400 buah di Cordova dan istananya yang terkenal diseluruh dunia Al-Hamra di Granada.
Siapakah Muhammad? Kekuatan apakah yang mampu menenggelamkan kuasa kaisar-kaisar dan raja-raja? Tamadun apakah yang mampu mencorakkan sistem dan undang-undang, ilmu dan politik, budaya dan ekonomi, ketenteraan dan kedaulatan umat manusia hingga kini?
Ciri-ciri Tamadun Islam
1. Islam bersifat universal, tidak mengamalkan fanatik kesukuan atau ashabiyah dan menjunjung tinggi sistem keadilan sesama manusia. Tanpa mengira ras dan agama.
Apabila negara-negara di seluruh dunia bersatu dalam wadah pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, mereka merumuskan satu deklarasi sejagat yang bercirikan keadilan dan kemanusiaan. Mereka menyebutnya sebagai: Declaration of human rights yang berupaya memberikan setiap individu hak-hak mereka sebagai manusia merdeka seadil-adilnya. Padahal Islam telah lebih dahulu meletakkan keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh umat manusia.
Firman Allah Taala:
”Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu dalam agama, dan tiada mengusir kamu dari perkampungan kamu, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Almumtahinah: 8)
Ajaran Muhammad menolak diskriminasi terhadap non muslim, bahkan haram menyakiti orang bukan Islam yang tidak menentang Islam. Melalui sabdanya Rasulullah menegaskan: Bnarngsiapa yang mengganggu orang zimmi samalah dia seperti menggangguku, dan barangsiapa yang menggannguku maka dia telah mengganggu Allah Taala.” (Hadis riwayat Tabrani)
2. Islam tidak memisahkan agama dari negara. Menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama dari kehidupan.
Sesungguhnya pemikiran dan sikap generasi Islam banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Musuh-musuh Islam agaknya telah berhasil menebar racun ke dalam pemikiran umat Islam bahawa sesiapa yang mengamalkan Islam dalam kerajaan dan pemerintahannya maka akan timbul pelbagai konflik keganasan dan kekejaman seperti di Iraq, Sudan, Afganistan dan negara Islam lain yang bergelut dengan konflik politik yang tak berkesudahan. Barat berusaha memburuk-burukkan imej negara Islam dengan kemunduran, keganasan dan kuku besi. Generasi Islam yang celaru dengan keadaan semasa dan hanya memiliki kafahaman Islam yang lemah amat mudah mengikut fahaman musuh-musuh Islam yang menyatakan Islam harus dipisahkan daripada negara dan politik. Mereka meminjam istilah fahaman sekular yang mengajarkan bahawa Agama ini untuk Tuhan dan negara untuk semua. Dengan demikian barulah keamanan dan kesejahteraan dapat dikecapi seluruh umat manusia.
Maknanya apabila Islam dipisahkan dari negara, tiada lagi syiar Islam yang perlu diperjuangkan, biarlah Islam hanya tinggal di masjid-masjid tetapi tidak diamal dalam pentadbiran negara. Sungguh ianya suatu pemikiran yang merbahaya, seperti racun dan bisa yang boleh mematikan cahaya agama Allah di serata dunia. Namun kita boleh berbangga, negara kita telah melakukan lonjakan pemikiran dan perubahan sikap. Ketika gerakan Al-Qaeeda di gembar gemborkan di seluruh dunia, dan Islam menjadi punca ketakutan sejagat, maka Malaysia dengan bangganya menyatakan sikap bahawa kami adalah negara Islam yang bertamadun. Berdiri di atas dunia ini menyambung perjuangan Muhammad SAW yang membawa misi kedamaian ke seluruh alam.
3. Perpaduan Ulama dan Umara, pemimpin dan rakyat untuk merealisasikan cita-cita tamdun Islam yang gemilang, cemerlang dan terbilang.
Sesungguhnya setiap muslim berkewajipan membela agamanya, tidak boleh dipisahkan agama dan negara. Sejarah telah membuktikan wujudnya negara Islam yang pertama di Madinah. Dan pemimpin negara Islam pertama yang bernama Muhammad SAW. Kepemimpinan itu sambung menyambung hingga ke hari ini. Dan setiap pemimpin di negara mana pun yang memiliki satu persepsi dan agenda yang serupa dengan Muhammad SAW maka wajib bagi kita untuk mengasihi dan mantaati kepemimpinannya. Hal ini pernah dinyatakan oleh imam yang agung Ibnu Taimiyah:
dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar’iyah yang menukilkan pendapat ulama salaf seperti Fudhail bin Iyadh dan Imam Ahmad yang menyatakan: ”Jikalau kita memiliki doa yang mustajab nescaya kita akan mendoakan untuk kesalehan para pemimpin.”
Ibnu Taymiyah juga mengulas tentang keagungan peranan dalam memimpin negara, katanya : Wajib diketahui bahawa memimpin manusia adalah kewajipan agama yang paling besar bahkan tidak akan wujud agama dan dunia tanpanya.
Apabila ketiga-tiga ciri-ciri tersebut dapat direalisasikan oleh generasi Islam kini, insya Allah pelbagai konspirasi musuh-musuh Islam dapat diatasi. Islam tidak lemah kerana Allah Taala menciptakannya untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan dan kehancuran.
2. Muslim Produktif
Pernahkah anda berfikir mengapa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika ramai manusia yang tergerak hatinya mengkaji Islam, fenomena ini terjadi selepas peristiwa tragedi 11 September. Orang yang berjaya dan maju berbondong-bondong masuk Islam tetapi di negara-negara mundur dan miskin ramai orang yang murtad daripada Islam? Mengapa fenomena ini terjadi?
Mereka yang mengkaji Islam telah menemukan ajaran-ajarannya yang bersifat seimbang dan releven. Islam tidak mengharamkan kemodenan, bahkan menjadi penggerak ke arah kehidupan maju dan moden. Tetapi ia juga menyediakan ruang untuk mendidik rohani di tengah-tengah kehidupan yang serba materialistik. Islam bersifat mudah dan fleksibel, tata cara ibadatnya diatur oleh disiplin ilmu yang relevan sepanjang zaman, ianya sesuai dengan tabiat manusia yang memerlukan ketenangan dan kedamaian dalam kehidupan.
Islam membawa fahaman yang universal, tidak jumud dan sama sekali menolak amalan kerahiban. Seorang muslim apabila ia berdiri sebagai imam sembahyang dia juga seorang pemimpin, pentadbir, pejuang dan pekerja yang dedikasi
Sepertimana seorang orientalis terkenal bernama H.A.R. Gibb telah memuji tanpa segan silu tentang ajaran Islam. Beliau berkata: ”Islam bukanlah semata-mata ajaran ibadat dan upacara, bahkan Islam meliputi politik dan kenegaraan, sosial dan ekonomi, undang-undang dan kekuasaan, perang dan perdamaian. Dia adalah satu sistem hidup.”
Inilah diantara daya tarikan Islam bagi orang-orang Barat yang berfikiran maju. Mereka menemukan keselarian antara Islam dan gaya hidup moden yang produktif.

Ciri-ciri produktiviti dalam Islam
1. Islam adalah agama yang meletakkan ibadat dan bekerja sebagai satu visi dan misi kehidupan.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Hud ayat 61. Allah berfirman melalui lisan Nabi Saleh kepada kaumnya. ”Wahai kaumku!, sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya.”
Ayat tersebut jelas dan terang menetapkan visi dan misi manusia dicipta iaitu menyembah Allah dan memakmurkan bumi. DR Yusuf Al-Qaradhawi ketika menafsirkan ayat ini beliau menyatakan: wasta’maru bermaksud: menuntut supaya kamu membangunkannya, asal tuntutan ini adalah wajib dan jika dilakukan menurut perintah Allah serata menepati syarak maka bekerja memakmurkan bumi ini menjadi ibadat di sisi Allah.
Begitulah Islam menuntut setiap umatnya menjadi seorang muslim yang produktif, melalui lisan Nabi SAW baginda bersabda: ”Jika kiamat telah hampir sedangkan pada tangan salah seorang dari kamu terdpat anak pohon yang hendak di tanamnya maka jika dia mampu hendaklah menanamnya!” (Hadis riwayatAl-Bukhari dan Imam Ahmad)
Betapa agungnya ajaran agama ini, yang mengajarkan kepada kita supaya bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seakan-akan kamu akan mati esok. Jika umat Islam betul-betul komitmen terhadap ajaran Islam maka tidak akan ada orang Islam yang hidupnya merempat, miskin dan tertinggal. Jika sudah dilanda oleh bencana kemiskinan maka menular pula penyakit sosial. Dan kita melihat tidak sedikit orang Islam yang rela anak-anaknya tidak berpelajaran, bodoh dan rosak oleh gejala sosial. Semua ini berpunca dari kemalasan dan gaya hidup tidak produktif.
2. Merancang masa depan wajib di sisi agama
Jabir bin Abdullah berkata, pada suatu ketika kami berada di majlis Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki membawa seketul emas seperti sebiji telur, lalu ia berkata: Wahai Rasulullah SAW ambillah ini sebagai sedekah daripadaku, dan demi Allah aku tidak punya yang selain daripada ini. Tetapi Rasulullah enggan menerima. Kemudian lelaki itu datng lagi sambil menunjukkan seketul emas itu. Baginda pun berkata: Bawalah kemari! Rasulullah SAW mengambilnya dengan bersikap marah lalu dilemparkan ketulan emas itu dengan kuat, jika mengenai lelaki itu pasti terasa sakit di kulitnya. Kemudian baginda bersabda: Adakalanya seorang diantara kamu membawa hartanya semua sekali padahal dia tiada memiliki selain dari itu. Kemudian setelah itu dia berkeliling meminta-minta orang. Ingatlah sesungguhnya sedekah itu dikeluarkan dari harta yang lebih. Ambillah kembali ketulan emas ini, kami tidak memerlukannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Hakim)
Berhabis-habisan mengeluarkan wang belanja sehingga terpaksa meminta-minta kepada orang lain adalah perbuatan yang dibenci Rasulullah SAW. Kita sering mendengar orang yang tidak cukup makan gaji selama sebulan, dan mempunyai tabiat boros dalam
perbelanjaan. Akhirnya terpaksa berhutang dan meminta-minta kesana kemari. Jika merenungi hadis Rasul SAW tadi, jelas dengan tegasnya baginda SAW menegah orang yang tidak merancang kewangannya. Bahkan untuk melakukan ibadat perlu perancangan.
Betapa pentingnya umat Islam merancang kewangan dan mentadbir urus harta benda yang dimilikinya. Supaya umat Islam tidak jatuh ke dalam lembah kemiskinan dan selanjutnya menjadi umat yang lemah dan bergantung dengan orang-orang kafir. Ada setengah-setengah orang Islam yang salah faham di dalam mengamalkan sifat tawakkal dan zuhud. Mereka langsung tidak merancang dan mengurus kewangan peribadi dan keluarga.
Padahal Rasulullah SAW dalam hadisnya menyatakan: ”Daripada Nabi SAW bahawasanya baginda sentiasa menyimpan makanan untuk keluarganya buat masa setahun.” (Hadis riwayat Bukhari)

3. Dedikasi, jujur dan amanah.
Sistem perekonomian yang seimbang sewajarnya diamalkan setiap pekerja muslim yang produktif, seimbang dari segi keupayaan melipat gandakan keuntungan yang sifatnya materialistik dan moralistik yang berpaksi pada iman dan takwa.
Islam mewajibkan setiap umatnya berjuang untuk kemaslahatan umat manusia seluruhnya. Setiap muslim yang produktif bermoral bersih dan amanah. Sabda Nabi SAW: ”Peniaga-peniaga yang amanah dan jujur akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang-orang yang mati syahid di hari kiamat nanti.” (Ibnu Majah dan Hakim)
Sumber :- Drjuanda.com

Isnin, 27 Januari 2014

Agama Dan Politik

Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik. Hendak atau tidak, politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur. Segala masalah yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah berlaku akibat politik. Politik yang tercipta dari perbuatan manusia sendiri ini mestilah mempunyai panduan supaya tidak terkeluar dari landasannya.. Agamalah satu-satunya panduan yang dimaksudkan ini. Satu pemberian dari pencipta yang sudah tentu mengetahui segala-galanya tentang ciptaannya lebih dari ciptaannya itu sendiri. Apabila politik yang dicipta oleh manusia dan panduannya iaitu agama yang dicipta oleh tuhan yang maha mengetahui dipisahkan, segala kebuntuan terhadap masalah yang melanda umat manusia kini tidak dapat diselesaikan. Tidak kiralah sama ada politik itu dilihat dari segi pemerintahan atau kehidupan manusia. Jadi wajarlah dikatakan bahawa politik dan agama itu tidak dapat dipisahkan dan sudah tentu agama yang dimaksudkan di atas merupakan agama yang dicipta oleh Allah s.w.t dan bukannya agama yang dicipta oleh manusia sendiri.

AGAMA

1.1 Pengertian Agama.
Di dalam beberapa kamus Arab, perkataan agama mempunyai berbagai erti . Agama merupakan kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaaan ajaran dan perintahnya atau kepercayaan kepada dewa yang dipuja dan dianggap sebagai sesuatu yang berkuasa.2 Walaubagaimanapun, istilah agama dalam sesetengah pendapat ahli fikir merupakan satu sistem tauhid atau sistem kepercayaan terhadap sesuatau kewujudan mutlak (absolute) diluar diri manusia, agama merupakan satu sistem nilai ritual atau peribadatan (penyembahan) dari satu insan kepada suatu yang diberi gelaran yang mutlak dan agama merupakan kaedah menjadikan hubungan manusia antara sesama manusia dan pola hubungan dengan pencipta (Ramli Awang ,PPTS, 1995).

Secara ringkasnya agama adalah prinsip-prinsip ynag menjadi pegangan oleh sesuatu umat atau bangsa sama ada bersifat hubungan kepercayaan atau tingkah laku amalan .

Gejala agama merupakan fitrah yang sentiasa membuak-buak di dalam diri manusia. Bahkan ditegaskan bahawa tidak ada sesuatu gejala yang lebih jelas dan nyata , lebih berkesan dan berpengaruh di dalam kehidupan manusia selain daripada gejala agama . Menurut Brnest Renon 3

"Memang sangat mungkin kalau sesuatu itu akan semakin pudar dan hilang. kebebasan menggunakan akal, sains perindustrian akan hilang tetapi adalah mustahil kalau agama akan hilang, bahkan akan tetap kekal sebagai hujah yang kukuh terhadap kebatilan aliran materialisme dalam daerahnya yang sempit dan rendah "

Pernah dikatakan oleh seorang ahli sejarah Yunani bahawa 4

" Terdapat dalam sejarah bandar-bandar tanpa istana dan tempat-tempat perusahaan tanpa kota; tetapi tidak pernah terdapat bandar-bandar tanpa rumah ibadat"

Ini menggambarkan sifat terhadap agama tidak pernah padam dalam diri manusia. Ia sentiasa seiring dengan tamadun manusia. Biarlah apa sahaja teknologi yang diguna pakai oleh manusia, sifat keagamaan tetap diperlukan. Peristiwa membunuh diri beramai-ramai di Guyana bermotifkan ajaran agama sesat di bawah pimpinan Jim Jones membuktikan dengan jelas hakikat agama yang amat diperlukan kepada mereka sehingga sanggup pengikut-pengikutnya membunuh diri di atas tuntutan terhadap agama.

Konsep berpasangan yang dicipta oleh yang Allah Yang Maha Esa amat luas sekali aplikasinya di dalam alam ini. Konsep ini ada di mana-mana sahaja. Begitulah dengan agama . Ada yang memerlukan agama sebagai penunjuk jalan kehidupan malahan tidak kurang pula yang menolak agama dengan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Pendapat-pendapat terhadap penolakan agama ini wujud di barat ketika dunia barat dilanda zaman kegelapan (dark ages). Pada zaman tersebut pemikiran rakyat disekat, penindasan berleluasa dan sebagainya oleh doktrin gereja yang sebenarnya menpunyai tujuan-tujuan negatif. Mereka menjadikan agama sebagai topeng di atas kepentingan politik mereka. Pendapat ini dibuktikan melalui pengakuan seorang paderi kepada seorang pelajar Islam ketika perdebatan di antara mereka. Kata-kata paderi tersebut berbunyi5

" Wahai Muhammad, telah anda ketahui apa yang saya sampaikan kepada anda… . Wahai anak, aku ini ketua paderi di negara kamu, sebenarnya kami mempunyai tujuan politik lain yang mesti kami perjuangkan di sini. Tujuan-tujuan agama bagi kami hanyalah semata-mata alat. Saya harap anda mengerti….."

Di atas kesedaran terhadap apa yang telah berlaku kepada diri mereka, masyarakat barat bangkit menentang doktrin gereja. Pada kurun ke-lapan, sesetengah ahli fikir barat telah melahirkan pendapat bahawa agama merupakan susunan dan rekaan baru yang dicipta oleh manusia. Ada juga yang berpendapat bahawa tuhan sudah mati.

Menurut Voltaire, idea bertuhan itu sebenarnya rekaan tukang tiup lilin yang bijaksana yang terdiri daripada sami-sami dan padri-padri dan kemudian dari orang bodoh (Mohd . Sulaiman ,1988). Karl Marx yang terkenal dengan " Fahaman Marx " pula mengatakan agama ialah rintihan kecewa makluk tertindas , sesuatu perasaan terhadap dunia yang kejam, sekadar keadaan jiwa yang tidak bermanya dan merupakan candu kepada manusia (Ramli Awang, 1995).

Walau apa pun pendapat yang dikemukakan oleh manusia berhubung dengan perlu atau tidak agama itu, ia memperlihatkan satu keperluan, tuntutan naluri yang telah dtetapkan di dalam diri setiap manusia. Ini adalah kerana setiap pekerjaan yang dilakukan pasti didahului oleh satu pendapat, pemikiran, aqidah yang menentukan matlamat kerjanya dan memberikan gambaran umum tentang langkah-langkah untuk melakukan kerja sebelum dilaksanakan (Ramli Awang, 1995).

POLITIK

2.1 Pengertian Politik
Aristotle mengatakan bahawa (Syed Ahmad Hessein,1995) kita semua terlibat dalam politik dan ilmu politik itu ibu segala ilmu. Ini kerana ilmu politik mengandungi ilmu sains politik, sejarah politik dan sosiologi politik. Ketiga-tiga cabang politik ini adalah berkaitan dengan teori-teori kenegaraan organisasi, kerajaan dan negara secara praktikal, mengkaji tentang peradaban masyarakat terhadap kehidupan kenegaraan dan penglibatan masyarakat keseluruhan dalam menentukan bentuk dan sistem politik yang diamalkan di negara tersebut.

Sebenarnya istilah politik berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘Polis’ yang bermaksud negara atau bandar 6. Istilah politik lebih kepada kehidupan di dalam kumpulan disebuah bandar yang mempunyai kelompok-kelompok organisasi ketua iaitu pemerintah (legislatif) dan kuasa atau pentadbiran (eksekutif)7 . Kuasa politik bukan sekadar memerintah tetapi merangkumi faktor-faktor tingkah laku manusia dalam masyarakat, bidang-bidang ekonomi dan pentadbiran (Mohd Sulaiman, 1988).

Di dalam ideologi8 Islam, politik dikatakan sebagai sesuatu yang bersih kerana politik Islam terbina diatas dasar aqidah atau di sebut sbagai ‘ taswwur Islami ‘ (Mohd Sulaiman, 1988). Di antara dasar ideologi politik ini ialah kuasa mutlak untuk menggubal atau merangka undang-undang hanyalah Allah s.w.t9. Oleh kerana itu politik dan agama Islam tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka bermakna tidak akan bererti seseorang muslim itu.

Jadi tidak hairanlah jika dunia barat beranggapan bahwa politik itu sesuatu yang kotor ( Kassim: 12) kerana mereka sengaja memisahkan politik dari agama mereka sebagai pegangan hidup mereka. Mereka menghambakan diri pada benda (Meterialisme) bukan kepada tuhan. Mereka berpandukan kepada hukum akal10 semata-mata. Maka wujudlah ideologi yang memisahkan agama dari politik di antaranya seperti komunisme, sosiolisme, nasiolisme dan zionisme yang mana semua ideologi ini tercetus di dunia barat dan merebak ke serata dunia.

Istilah politik amat luas tafsiran penggunaannya. Tetapi sengaja dipersempitkan. Cuba kita lihat masyarakat disekeliling kita , istilah politik selalu dikaitkan dengan parti-parti politik sahaja. Kita sedia ketahui politik itu sendiri dapat mengajak manusia berfikir. Satu contoh yang mudah kalau kita didatangi oleh seorang peminta sedekah kita dengan murah hati menderma sebanyak 20 sen. Apalah sangat 20 sen tersebut. Tapi jika peminta tadi telah pergi kepada 100 orang dalam sehari. Berapakah yang dapat dikumpul olehnya pada hari itu. Tentulah lumayan. Adakah masyarakat kita tidak memikirkannya. Jadi, tidak hairanlah jika orang mengatakan sesetengah rakyat Malaysia malas berfikir.

Sekarang kita pergi kepada konteks yang lebih luas lagi, kita lihat sistem petadbiran di negara kita sendiri. Dari sudut mana dikatakan negara Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara Islam. Sistem pemerintahankah, sistem ekonomikah atau sistem sosial? Disinilah kita perlukan masyarakat yang fahamkan politik. Yang tahu menilai ideologi islam dan ideologi barat yang sekaligus memisahkan agama sebagai cara hidup. Di sini bukanlah kita nak mempertikai sistem pemerintahan negara kita tetapi itulah satu realiti yang harus kita fikirkan besama.

ANTARA POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Dalam kehidupan seharian, setiap benda yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan hubungan sesama manusia dan juga kehidupan seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi inilah hakikat yang sebenarnya . Agama sebagai satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama. Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah daripada politik dan politik tidak tersisih daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan yang diakui oleh umat Islam secara ijma’ : Islam din wa Dawlah.11 Apa yang ada dalam agama sehingga menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya? Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah agama itu.

3.1 Ciri-ciri dalam aqidah Islam yang menyebabkan politik tidak tersisih daripada agama:-

Aqidah Islam adalah aqidah yang menyeluruh ( syumul )

Aqidah Islam yang menyeluruh membawa pengertian bagi semua aspek. Baik daripada aspek rohaniah mahupun jasmaniah. Gabungan daripada kedua-dua aspek ini memangkinkan kepada keutuhan politik dalam agama. Di sini tidak akan timbul politik yang tersisih daripada agama.

Aqidah Islam adalah aqidah yang kekal

Aqidah Islam merupakan aqidah yang kekal kerana ia berteraskan kepada asas-asas yang kekal . Ini berlainan sama sekali dengan sesetengah agama ataupun ideologi yang berdasarkan kepada materialisme semata-mata. Yang selainnya pula mengasaskan kepercayaan atau pegangannya kepada asas-asas yang bersifat sementara seperti kenegerian , kebangsaan atau perkauman12 . Pegangan yang teguh dan erat menyebabkan politik tidak akan tergelincir daripada landasan agama buat selama-lamanya

Aqidah Islam adalah aqidah yang sesuai sepanjang masa

Sememangnya kita mahukan politik itu bersesuaian dengan masa . Dalam hal ini , Islam dalam pecahannya iaitu aqidah merupakan ajaran yang bersesuaian sama ada pada tempat atau masa . Kita tidak mahu aspek politik yang kita uruskan itu hanya sesuai untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Pastinya keributan ataupun kelam kabut tidak berlaku pada aspek politik jika aqidah yang didukung itu sesuai sepanjang masa .Inilah arah dan hala yang sedang dicari dan dituju oleh manusia masa kini setelah menyedari akan ketidaksesuaian pelbagai teori, ideologi dan kepercayaan yang direka dan dicipta oleh manusia yang bercanggahan dengan tabiat semulajadi insan dan kehidupan.

Aqidah Islam penyelamat ummat

Aqidah Islam dapat menyelamatkan manusia daripada segala macam bentuk penindasan termasuklah penindasan politik. Ini adalah kerana dalam Islam itu sendiri, semua manusia adalah sama tidak mengira keturunan ataupun darjat. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

" Manusia adalah sedarjat laksana gigi sikat; tidak ada kelebihan orang Arab atau orang Ajam kecuali dengan takwa."

Adalah menjadi kewajipan untuk menegur dan memperbetulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan penindasan dan kezaliman ke atas masyarakat dan rakyat. Al-Quran telah merakamkan banyak contoh yang waqi’i atau yang benar-benar telah berlaku sehingga menjadikan kita benar-benar merasakan betapa jauh kesan aqidah Islam ini dalam ketinggian dan kemuliaan hidup manusia.

Aqidah Islam penyusun nilai hidup

Dalam aqidah Islam, penyusunan dan pengaturan nilai-nilai hidup berlaku. Berlainan dengan ideologi-ideologi yang lain, ada yang meletakkan kekuatan dan kekuasaan sebagai nilai utama. Ada juga yang meletakkan materialistik sebagai matlamat dalam kehidupan. Jika ini berlaku, sudah pasti aspek politik dalam Islam akan tercemar. Walaubagaimanapun, aqidah Islam tidaklah sedemikian rupa. Aqidah Islam memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas asas nilai-nilai yang mutlak, umum dan tetap hak serta hakiki, iaitu nilai keimanan kepada Allah.13 Islam tidak menolak kekuatan tetapi meletakkannya di tempat yang sesuai . Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

" Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu dan pasukan berkuda di perbatasan untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di samping mereka yang tidak kamu ketahui , tetapi Allah mengetahuinya . Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah , nescaya akan dibalas cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan".
(Surah Al Anfal, ayat 60)

Islam juga tidak menafikan nilai harta dan wang tetapi meletakkannya pada tempat yang layak dalam kehidupannya dengan panduan dan syaratnya yang menjamin keutuhan tamadun manusia itu sendiri. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu jadikan terlarang barang yang baik-baik ,yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melampaui batas.
( Surah Al Maidah, ayat 87)

Masalah Yang Mungkin Akan Timbul Akibat Pemisahan Antara Politik Dan Agama.
Pemisahan sesuatu perkara daripada induknya akan mendatangkan masalah dan kerumitan. Hal ini sememangnya akan berlaku jika politik itu tidak berada di bawah dasar agama . Pastinya arah dan haluan politik itu sendiri akan terumbang ambing. Rintangan dan halangan yang tertentu akan menjadikan politik itu hanyut ditelan masa. Kemelut ini akan terus berpanjangan jika ianya tidak di ambil tindakan yang segera. Adapun masalah-masalah yang bakal timbul adalah:-

Wujud ketidakadilan dalam politik

Setiap insan di bumi ini termasuklah yang sempurna ataupun yang tidak sempurna mempunyai hak masing-masing. Hak mereka ini tidak boleh dicerobohi mahupun dicemari. Jika politik itu tidak berpandukan kepada agama, yang kuat akan menindas yang lemah. Hal yang sedemikian tidak sepatutnya terjadi . Apa yang sepatutnya adalah yang kuat membela yag lemah . Perkara sedemikian berlaku disebabkan oleh ketidakadilan yang menunjangi kehidupan . Natijahnya, tiada kesudahan bagi perkara ini. Mana yang hak dan yang batil tidak akan dapat ditentukan perbezaannya. Pendek kata, keburukan yang timbul adalah daripada keserakahan mencapai kemajuan duniawi dan kerana revolusi oknum-oknum dan golongan yang tidak sabar akan hukum moral dan ketertiban14.

Wujud penyelewengan dalam politik

Dalam politik, amanah memainkan peranan yang penting . Jika sifat ini tiada dalam diri setiap individu , maka akan wujudlah penyelewengan. Hak seseorang individu itu pastinya akan dipergunakan oleh individu yang lain untuk kepentingan mereka sendiri. Mungkin hak kita sendiri yang akan digunakan tanpa kita sedari. Secara tidak langsung, kehidupan ini dikatakan sebagai kehidupan yang bukan hakiki tetapi kehidupan yang batil dan sesat , khayalan dan sangkaan yang tidak menghasilkan nilai-nilai yang hakiki tetapi menghasilkan kepalsuan, kehampaan dan sia-sia15.

Wujud keributan dalam politik

Sesuatu perkara yang tidak ditunjangi oleh agama pastinya mendatangkan keributan ataupun kucar kacir dalam kehidupan manusia . Kehidupan manusia bukan sahaja akan kucar kacir , bahkan yang lebih dahsyat lagi adalah bakal menghancurkan. Manusia akan mula mencari arah dan hala tujuan mereka. Pada ketika ini, keadaan mungkin menjadi genting di mana masing-masing menuding jari menunjukkan kesalahan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni yang selama ini terbina atas dasar ukhuwah akan menjadi pudar dan mungkin akan hilang.

Penutup

Telah jelas bahawa agama dan politik memang tidak boleh dipisahkan. Malahan apa-apa pun perbuatan yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kehancuran telah berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama sebagai sandaran terutamanya dalam bidang politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi. Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang hak dan batil serta melaksanakannya.

Hindari pendebatan

Banyak persoalan pelik hidup ini muncul tanpa kita diberikan kekuatan untuk mengatasinya. Kemampuan kita hanya sebatas wacana, adu argumentasi dan penyampaian pendapat yang terkadang semata-mata cuma bertujuan menonjolkan diri dan merasa puas atas kebenaran jalan fikirannya semata-mata tanpa mahu menghargai apalagi menerima serta mendukung pendapat orang lain. Maka timbullah polemik berpanjangan, perdebatan yang tiada habis-habisnya sehingga terkadang pula silang pendapat berubah menjadi silang sengketa.

Dalam suatu majlis, tempat di mana kita membawa suatu permasalahan untuk mendapatkan solusi atau jalan keluarnya, kita memang dianjurkan untuk menghindari perdebatan, sebagaimana sabda Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam, "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah ialah yang sangat gemar berdebat dengan gigih" (hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan An-Nasaíi).

Perdebatan yang timbul tersebut bahkan tidak menemukan solusi terbaik malah terjebak dalam polemik yang berpanjangan dan membuat kabur permasalahannya. Seperti hadith Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam, "Suatu kaum menjadi tersesat setelah mendapatkan petunjuk akibat mereka terjebak dalam perdebatan".

Oleh karena itulah sebaiknya kita menghindari indikasi perdebatan dengan mengutamakan keutuhan musyawarah dan hati yang jernih dan ikhlas. Jalan musyawarah dengan menyatukan potensi positif lebih baik daripada terus-menerus memperlebarkan jurang perbezaan pendapat. Biasakanlah diri kepada hal-hal yang mampu menimbulkan sinergi positif dalam mengharungi kehidupan ini.

Salah satu fadhilah orang yang menghindari perdebatan ini adalah sebagaimana diungkap oleh salah satu hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Ausath dari hadith Ibnu Umar yang ertinya,

Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam bersabda, "Akulah yang menjamin sebuah rumah di sekitar syurga untuk orang yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia benar, sebuah rumah di tengah syurga untuk orang yang meninggalkan dusta ketika dia bercanda dan sebuah rumah di ketinggian syurga untuk orang yang berperilaku baik."

Dalam hadith lain disebutkan dari Abu Umamah radhiAllahu 'anhu, ia berkata. "Rasulullah sollallahu 'alayhi wasallam bersabda, 'Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia bersalah nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di sekitar syurga. Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan dia benar niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga. Dan barangsiapa yang baik akhlaqnya nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di ketinggian syurga (hadith riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

Dengan demikian jelaslah bahawa upaya menghindari perdebatan dengan mengutamakan akhlaqul karimah lebih utama dalam upaya mengatasi setiap permasalahan yang ada. Akhlaqul karimah yakni seseorang yang berpegang teguh pada moral yang mulia, seperti santun, rendah hati, dermawan, menjaga kehormatan dan tidak mudah marah.

Berdoa kita sentiasa agar tetap diberikan kekuatan untuk tetap istiqamah dalam eksistensi hidup ini dengan mengutamakan musyawarah dalam bingkai akhlaqul karimah dan ukhuwah Islamiyah.

Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan sebuah hadith bahwa Nabi sollallahu 'alayhi wasallam mengutus Muadz bin Jabal dan Abu Musa ke Yaman seraya memberi nasihat:

Ertinya: Berikan khabar gembira dan janganlah kamu takut-takuti, permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan, dan janganlah kamu saling keras kepala memegang pendapat dan janganlah berselisih.


Hadith ini memberi pesan agar kita tidak bersikap keras mempertahankan pendapat dan memaksanya kepada orang lain sehingga menimbulkan perpecahan atau pertentangan. Larangan ini bukan bererti kita tidak boleh berbeza pendapat kerana silang pendapat merupakan fitrah. Yang dilarang ialah silang pendapat yang bisa menimbulkan perpecahan dan permusuhan. Kalau perbezaan pendapat dilarang, berarti Islam telah membunuh kekreatifan berfikir manusia dan menutup rapat pintu ijtihad.


"Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan padahal dia benar, akan dibangunkan rumah untuknya di tengah syurga." (Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas bin Malik)







Berdakwah Kepada non-muslim

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Quran mahupun Hadith Sahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibu bapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairan, ini adalah kerana di dalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibu bapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’.
  
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti, “Kenapa masuk Islam? Kalau tidak kerana perempuan Melayu memang tidak sah!” 

Salahkah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Jika kita perhatikan keadaan sekeliling, kita dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Sudahlah tidak buat kerja, sindir orang pula!

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai dakwah Islam kepada mereka yang belum terima hidayah lagi. Allah mencela golongan seperti ini dalam surah Al-Baqarah ayat 140;

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” 

Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini. Allah memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam di dalam surah Ali Imran ayat 110;

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia”. 

Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggungjawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama; 

تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
“(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.” 

Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak. Allah berfirman dalam surah Al-Ikhlas ayat 2-3;

إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.” 

إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”

‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amar maaruf nahi munkar’ yakni melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggungjawab melakukan dakwah bukan tugas Ustaz, Imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggungjawab setiap orang Islam.

Di dalam Khutbah terakhir, Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Para Sahabat yang tidak kurang dari 110,000 orang, “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam?”

Para Sahabat-pun secara serentak menjawab, “Ya Rasulullah! Kamu telah sampaikan.” 

Maka Rasulullah s.a.w seterusnya memerintahkan mereka;

فَلْيُبْلِغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ
“Sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir.”

Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah s.a.w lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dakwah Islamiyah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, Para sahabat-sahabat Nabi dahulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya, tetapi sebaliknya telah bertebaran ke pelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

‘Master key’ untuk melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 64;

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ
“Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.”

Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya di peringkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Quran dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini menolak kerana mereka belum beriman kepada Al-Quran. 

Sekiranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah antara hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian;

“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan dakwah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas; 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;” 

اللَّهُ الصَّمَدُ
“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
“Ia tiada beranak, dan pula tiada diperanakkan;”

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya”

Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan di dalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular di kalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

“He is One only without a second.” (Chandogya Upanishad 6:2:1) 

“There is no likeness of Him.” (Svetasvatara Upanishad 4:19)

“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.” (Svetasvatara Upanishad 4:20)

“There is no image of Him.” (Yajurveda 32:3)

“He is bodiless and pure.” (Yajurveda 40:8)

Namun begitu dalam kita menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 125;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan dakwah Islamiyah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali.

Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah,“Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena ‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!).”

Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak ‘me-Melayu-kan’ seseorang yang masuk Islam dari meng-Islamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya. Sepatutnya kita jangan terlalu rigid berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah meresap dan mantap barulah kita sampaikan bab-bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh di hati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, Insya-Allah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir disini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangkit dari lena kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangkit dan laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

Berhenti dari memberikan alasan. Bila saya mengajak orang untuk berdakwah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah memberikan amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah ayat 24;

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad); Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”. 

Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut;
  1. Tunggulah saya pandai; sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu, “Sampaikanlah walau satu ayat”. 
  2. Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam; sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, “Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir”. 
  3. Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dakwah; di zaman Nabi Muhammad s.a.w terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda memberikan dakwah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu-padukan semua kaum tersebut di bawah panji Islam!
  4. Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain; Dalam Islam ia menjadi tanggungjawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar’

Shah Kirit bin Kakulal Govindji


Rujukan Umum
  1. The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan
  2. Yajurveda by Devi Chand M.A.
  3. Yajurveda Samhita by Ralph T.H. Griffith

Mee segera

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ):Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Banana

REASONS TO BITE INTO A BANANA:

1. They’re Low in Calories
Are you trying to reduce your daily calorie consumption? Eat a banana instead of a bag of chips. One extra small banana contains only 72 calories, and a large banana holds about 120 calories, according to OfficialHealth.org. Bananas also contain very little saturated fat, and no cholesterol, unlike junk foods. Not only are bananas low in calories, but they’re also very filling. Bananas tend to make you feel full longer, which reduces cravings throughout the day and helps with weight loss.

2. They Offer a Energy Boost
Bananas are an excellent source of natural energy, providing two times the amount of carbohydrates as an apple. The carbohydrates in bananas provide endurance and a quick boost in energy. For that reason, eating bananas before a workout is an awesome energy booster. Eating only two bananas produces enough energy to last an entire ninety minute workout. If you’re feeling sluggish in the afternoon, try snacking on a banana!

3. Bananas Reduce Depression
The banana isn’t a magical cure for depression, but nutrients found in the fruit can help reduce symptoms of depression and anxiety. Bananas contain the amino acid tryptophan, which helps produce serotonin, an important brain chemical that regulates mood and emotion. Eating more bananas can raise serotonin levels in the brain and lessen depressed feelings. In fact, studies have shown that eating only one banana can elevate a depressed mood.

4. They Lower Blood Pressure
Bananas are loaded with potassium, a chemical that regulates sodium in the body and lowers blood pressure. Studies have shown that consumption of one to two bananas per day can lower blood pressure by as much as three points. Reducing your blood pressure by three points is enough to eliminate the chances of stroke. If you have high blood pressure, eat more bananas. In addition to lowering blood pressure, bananas also help prevent clogged arteries and heart problems. For those who wish to quit smoking, the potassium in bananas is also believed to help lower nicotine levels in the body.

5. Bananas Offer Fiber
Bananas aren’t considered a high-fiber fruit, but they do provide a healthy 5 g of fiber per serving. Fiber is important because it helps lower cholesterol and sustain healthy blood sugar levels. If you’re a woman, you need at least 30 g of fiber per day to stay healthy. You can get a healthy dose of daily fiber and nutrients simply by eating more bananas in combination with high-fiber foods like oatmeal and strawberries. The fiber in a banana is also beneficial for those suffering from diarrhea because fiber helps solidify stool and improve digestion.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post