Sabtu, 7 Februari 2015

Fikir fikirkan

Baca la..sedih

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....


Dulu saya dapat 5A UPSR...


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....


Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...


Dulu saya dapat 8A dalam PMR...


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....


Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....


Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...


Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....


"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."


Kata mereka....


Tapi...


Pada suatu Subuh...


Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...


Saya bacakan surah Abasa...


Dan sebak ketika sampai ayat:


Yaumayafirrul mar'umin akhih.....


Wa ummihi...wa Abih....


Selesai solat, semasa perjalanan pulang...


Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?


Saya jelaskan....


Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...


Ibunya...


Ayahnya....


Isterinya...


Anak-anaknya...


Saya katakan...


Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...


Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...


Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......


Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...


Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...


Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...


Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?


Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....


"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."


Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...


Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....


Wahai hamba Allah...


Apa sebenarnya yang kalian kejar?


Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?


Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...


Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?


Wahai  saudaraku...


Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?


Sebelum lubang kubur kalian akan digali?


Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?


*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan
 
Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Khamis, 5 Februari 2015

Brain

Senaman otak sebelah kanan.. 
4LPH4NUM3RIC
Sila baca dengan lancar.

P354N4N 1N1 UN7UK M3M8UK71K4N 84941M4N4 074K K174 80L3H M3L4KUK4N P3RK4R4 H3847. P3RK4R4 M3N4KJU8K4N. P4D4 4W4LNY4 494K 5UK4R 74P1 K1N1 074K 4ND4 5UD4H 80L3H M3M84C4NY4 53C4R4 4U70M471K. 74HN14H ! H4NY4 0R4N9 73R73N7U 54H4J4 Y4N9 80L3H M3M84C4 73K5 1N1. J1K4 4ND4 80L3H M3M84C4 73K5 1N1 D3N94N L4NC4R 1N1 83RM4KN4 074K 4ND4 C3R945. 53K14N. 73R1M4 K451H K3R4N4 5UD1 M3M84C4.

Rabu, 4 Februari 2015

Penggunaan fiqh muwazanah dalam membuat keputusan

Harakah

Penggunaan fiqh muwazanah dalam membuat keputusan

NASRUDIN HASSAN

MEMBUAT keputusan tidaklah semudah ungkapan atau arahan untuk mencapainya. Terkadang proses kajian dan perbincangan untuk membuat keputusan hanya berakhir dengan kebuntuan apabila ia tidak berada di atas landasan atau manhaj membuat keputusan yang baik dan betul .

Terutama keputusan yang melibatkan soal strategi dan gerak kerja amal Islami dalam Gerakan Islam. Tidak mudah kerana ia berhadapan dengan 1001 kemungkinan sementara harapan yang disandarkan dari keputusan tersebut sangat tinggi.

Justeru, kita mesti benar-benar menguasai manhaj dan mekanisme membuat keputusan agar kita mampu meminimunkan unsur kelemahan dan kekurangan dalam keputusan yang diambil, jauh sekali unsur kesilapan dan kesalahan dalam memuktamadkan sesuatu keputusan.

Saya melihat antara mekanisme yang perlu dikuasai oleh para amilin Gerakan Islam khasnya para pemimpin ialah Fiqh Muwazanah atau Kefahaman yang jelas, benar dan tepat dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan.

Peranan Fiqh Muwazanah
Fiqh Muwazanah (Fiqh Pertimbangan) adalah satu makanisme yang sangat berkait rapat dengan Feqh al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) dalam kita mengambil sesuatu keputusan dan tindakan agar apa yang kita lakukan adalah suatu yang terbaik.

Secara garis kasarnya, Fiqh Muwazanah ialah:
* Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemaslahatan dan manafaat dari berbagai-bagai kebaikan yang telah disyariatkan.
* Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemudharatan, kerosakan dan kejahatan yang dilarang atau ditegah oleh Syariat.
* Membuat pertimbangan antara maslahat (kepentingan) dan mudharat (kerosakan), antara kebaikan dan keburukan apabila dua perkara yang bertentangan ini bertemu antara satu sama lain.

PERTIMBANGAN (AT – TAWAZUN) ANTARA MASLAHAH
Kita akan dapati Maslahah (kepentingan / kebaikan) yng telah ditetapkan oleh syarak tidak berada dalam satu kategori sahaja bahkan ia terbahagi kepada beberapa kategori:
a. Dhoruriyat - ضروريات
Jika tidak memilikinya (dhoruriyat) nescaya kita tidak boleh menjalani kehidupan ini seperti agama, nyawa dan akal .
b. Haajiyat - حاجيات
Kita masih mampu hidup sekalipun tanpa memilikinya (haajiyat) tetapi kita akan mengalami kesukaran dan kesulitan hidup yang getir seperti rumah, kenderaan dan perkara seumpamanya.
c. Tahsiiniyat - تحسينيات
Suatu yang menambah keselesaan, kesenangan dan kemewahan dalam hidup kita dan ia juga sering disebut sebagai pelengkap (كماليات) seperti kenderaan kedua, rumah kedua, perabot tambahan dan lain-lain .

Keputusan yang kita hendak ambil ialah pastinya keputusan yang terbaik atau yang afdal dan yang aula

* Maka pertimbangannya secara prinsip umum ialah mendahulukan Dhoruriyat ke atas Haajiyat demikian juga Tahsiiniyat.

Begitu pula sewajarnya kita mendahulukan Haajiyat ke atas Tahsiiniyat dalam pertimbangan yang melibat perkara dalam dua kategori tersebut .

Dhoruriyat terbahagi kepada 5:
* Agama
* Jiwa
* Keturunan
* Aqal
* Harta

Sebahagian Ulama menambah perkara yang keenam dalam senarai Dhoruriyat ini iaitu Maruah (penghormatan).

Proses membuat keputusan ialah mengambil pertimbangan dengan teliti dan meletakkan agama sebagai perkara yang terpenting daripada senarai dhoruriyat dan ia mesti didahulukan berbanding Jiwa, keturunan, akal dan harta.

Pertimbangan teliti dan cermat ke arah menghasilkan keputusan yang baik dan wajar terhadap pelbagai maslahah (kepentingan) tersebut ialah dengan menggunakan kaedah berikut:

1. Mendahulukan maslahah (kepentingan) yang sudah pasti ke atas maslahah (kepentingan) dalam jangkaan atau masih diragui kedudukannya.
2. Mendahulukan maslahah (kepentingan) yang besar ke atas maslahah (kepentingan) yang kecil.
3. Mendahulukan maslahah (kepentingan) awam berbanding maslahah (kepentingan) individu .
4. Mendahulukan maslahah (kepentingan) yang banyak berbanding maslahah (kepentingan) yang sedikit 5. Mendahulukan maslahah (kepentingan) yang berterusan dan berkesinambungan berbanding maslahah (kepentingan) yang sementara.
6. Mendahulukan maslahah (kepentingan) inti dan prinsip yang fundamental berbanding maslahah (kepentingan) yang bersifat luaran (cabang) dan tidak penting .
7. Mendahulukan maslahah (kepentingan) masa depan yang kuat, kukuh dan pasti berbanding maslahah (kepentingan) semasa yang lemah dan tidak pasti .

Iktibar dari Hudaibiyah
Sebagai contoh kita boleh melihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah bagaimana Nabi SAW telah mengutamakan maslahah (kepentingan) prinsip dan masa depan berbanding maslahah (kepentingan) yang bersifat cabang dan semasa .

Nabi SAW setuju memadam kalimah Bismillahirrahmanirrahim sebagaimana yang dituntut oleh Kafir Quraisy pada surat perjanjian lalu diganti dengan Bismikallahumma. Demikian juga Nabi SAW setuju memadam nama Baginda Muhammad Rasulullah lalu diganti kepada Muhammad bin Abdullah .

Tindakan yang diambil oleh Nabi SAW adalah menafikan (maslahah) kepentingan semasa yang bukan sahaja membuatkan Nabi SAW terpaksa menangguhkan umrah pada tahun itu (walau telah berihram) tetapi juga terpaksa berhadapan dengan bantahan daripada para sahabat yang merasakan bahawa mereka ditewaskan oleh kuffar Quraisy secara diplomatik.

Namun, Nabi melihat maslahah (kepentingan) masa depan dengan mewujudkan perjanjian damai atau gencatan senjata dengan musuh yang membolehkan Islam bergerak dan berkembang pesat ketika era damai itu, lalu akhirnya membawa kepada kemenangan besar bagi ummat Islam iaitu Fathul Makkah (pembukaan Kota Makkah)

PERTIMBANGAN (AT – TAWAZUN) ANTARA MUDHARAT
Mudharat (kerosakan) juga mempunyai beberapa tahap. Mudharat (kerosakan) yang memusnahkan dhoruriyat seperti agama adalah tidak sama dengan mudharat (kerosakan) yang membinasakan Haajiyat dan Tahsiiniyat seperti rumah dan perabot .

Demikianlah juga mudharat yang merosakkan harta dan jiwa tidak sama tahapnya dengan mudharat yang meruntuhkan agama dan akidah (walau dalam satu kategori iaitu dhoruriyat).

Justeru itu , para Fuqaha menetapkan beberapa kaedah untuk menangani persoalan ini:
1. Tiada bahaya (tidak boleh mencetuskan bahaya) dan tidak boleh membahayakan (diri sendiri atau pihak lain)
2. Suatu bahaya seboleh mungkin mestilah disingkirkan.
3. Suatu bahaya tidak boleh dihapuskan dengan bahaya yang serupa atau lebih.
4. Bahaya yang ringan jika dibanding dengan bahaya yang lain (lebih berat) mesti dipilih (bahaya yang ringan) dan boleh dilakukan .
5. Bahaya yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang lebih besar.
6. Bahaya yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang sifatnya lebih umum dan luas .

PERTIMBANGAN APABILA MASLAHAH DAN MUDHARAT BERTEMU
Apabila dalam satu perkara mempunyai maslahah (kepentingan) dan mudharat (kerosakan) secara serentak. Ada bahaya dan dalam masa yang sama ada manafaat. Keadaan ini sangat-sangat memerlukan kita menimbangnya dengan teliti, tekun dan cermat sebelum membuat keputusan.

Situasi seperti ini menuntut kita mengambil keputusan berasaskan pertimbangan yang lebih berat dan lebih banyak dengan mengabaikan yang lebih ringan dan sedikit.

Contohnya arak. Kita terpaksa mengabaikan sedikit manafaat yang terkandung di dalamnya berbanding mudharat yang lebih besar dan banyak padanya. Firman Allah SWT:

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما إثم كبير و منافع للناس و إثمهما أكبر من نفعهما

Mereka bertanya kepadamu Wahai Muhammad mengenai Khamar (arak) dan judi, katakanlah: pada keduanya ada dosa (kemudharatan) yang besar dan manafaat bagi manusia dan dosa (kemudharatan) pada keduanya lebih banyak dari manafaat keduanya. (Surah al-Baqarah : ayat 219)

Sebaliknya jikalau dalam satu perkara itu terdapat manafaat yang banyak dan lebih besar maka perkara itu boleh dilakukan sementara kerosakan kecil yang ada padanya boleh diabaikan.

Antara kaedah penting dalam menangani perkara ini ialah:
1. Menolak mudharat (kerosakan) mestilah didahulukan ke atas pengambilan manafaat.
درء المفاسد على جلب المصالح

Kaedah ini disempurnakan oleh kaedah yang lain:

1. Kerosakan yang kecil dimaafkan untuk mendapatkan kemaslahatan yang lebih besar.
2. Kerosakan yang bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan/ berkesinambungan .

3. Kemaslahatan yang sudah pasti tidak boleh ditinggalkan hanya kerana ada kerosakan yang baru dijangka wujudnya.

Penutup
Sesungguhnya Fiqh Muwazanah ini mempunyai erti yang sangat besar dan penting, khususnya dalam masalah siasah syari'yah kerana ia merupakan landaan pembinaan ummah yang pemeringkatannya juga boleh dilihat sebagai Feqh al Aulawiyat.

Sewaktu kita membuat keputusan dalam menetapkan gerak kerja jamaah sebagai contoh, sering kali kita berdepan dengan dilema antara dua perkara yakni kedua-duanya dilihat baik atau paling baik seperti menentukan calon dalam pilihan raya .

Fiqh Muwazanah memainkan peranan besar dalam perkara ini. Tatkala sukar membuat keputusan, terkadang kita terpaksa mendahulukan perkara baik tanpa risiko berbanding perkara yang paling baik tetapi mempunyai risiko.

Begitu juga disaat berat kita buat keputusan, fiqh Muwazanah menetapkan cara kita membuat keputusan seperti kita terperangkap antara dua situasi "kalau berjuang mungkin kita mati tetapi kalau tidak berjuang agama pula mungkin mati" maka pertimbangannya ialah dibaca sekali dengan Fiqh Aulawiyat bahawa kita kita mesti mendahulukan agama berbanding Jiwa kita, lalu wajib kita kita turun berjuang walau risikonya mengorbankan nyawa. – HARAKAHDAILY 4/2/2015

LAMPIRAN:

BAGAIMANA MENGENAL PASTI MASLAHAT DAN MUDHARAT
Nota: 1
Asasnya, kemaslahatan yang perlu dipelihara ialah kemaslahatan akhirat demikian juga kemaslahatan dunia menurut urutannya.
Bertolak dari nokhtah itu , kita boleh mengenal pasti kemaslahatan dan kemudharatan ini melalui:
a. Ketetapan Agama (Nas Naqli)
b. Fungsi Aqal Fikiran (Nas Aqli)
c. atau kedua - duanya sekali.

Pendapat Imam Izzudin Abdus Salam dalam kitabnya: Qawai'd al-Ahkam Masholih al-Imam seperti berikut:
"Kebanyakan kemaslahatan dunia dan kerosakannya dapat diketahui dengan akal sekali gus menjadi bahagian terbesar dari syariah kerana telah diketahui bahawa sebelum ajaran agama diturunkan, orang yang berakal telah mengetahui bahawa usaha mereka untuk mencapai suatu kebaikan dan menghindar terjadinya suatu kerosakan pada diri manusia menurut pandangannya suatu yang terpuji dan baik."

Nota 2 :
" Mendahulukan sesuatu kemaslahatan yang diterima kuat (rajih) atas kemaslahatan yang tidak diterima (marjuh) juga merupakan suatu yang terpuji dan baik. Sementara penolakan terhadap kerosakan yang dianggap pasti berbanding penolakan ke atas perkara yang dianggap belum pasti juga merupakan suatu yang baik . "

Nota 3:
Konsep asal yang diambil dalam membuat pertimbangan ( tawazun ):
Tindakan yang menghasilkan kemaslahatan yang baik merupakan perbuatan yang paling mulia sedang perbuatan yang menghasilkan kerosakan merupakan amalan atau tindakan yang paling hina.

Nota 4 :
a. Kemaslahatan mempunyai tiga bahagian:
- Wajib
- Sunat
- Mubah (harus)
b.] Kemudharatan mempunyai dua bahagian:
- Haram
- Makruh

Selasa, 3 Februari 2015

Ayah

PERKONGSIAN PETANG INI..

🌿  AYAH  🌿

⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

🐣 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua. Dalam group A.U.R.A semua ok..

🌗 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

💰 4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku..

💔 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

💥 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

🙇 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

👑 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

🌏 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

🏇 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

💻 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

👫 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

📖 13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

👉👨 14| Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

👨 15| Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

💎 16| Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari  datok dan ayah saudaranya sendiri..

💜 17| Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

📚 18| Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

💞 19| Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

🌹 20| Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

🐧 21| Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

🌺 22| Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

🍀 23| AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

🍀🌻 24| Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Wallahu a'lam: Semoga bermunafaat buat diriku Yang juga seorang ayah kepada 9 orang anak ketika ini.. 

🌿🌾 SETUJU DENGAN PERKONGSIAN INI? 🌾🌿

Usia 40

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.    

Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam,  di hujung dan telah melewati 40an

Ego kita

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan anda

Kerja

Dulu... orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak... rumah dan. halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun... dan semua anak-anaknya bersekolah...

Sekarang... banyak yang berangkat kerja subuh dan sampai rumah selepas isya, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan...

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..."
(Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden??? Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu... tapi mereka tenang menjalani hidupnya... Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dll...

Seharusnya mempermudah hidup ini... tapi ternyata tidak, sampai2 tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!!
...pergi kerja, tergesa gesa...
...pulang kerja, juga tergesa gesa...
...makan t.hari, tergesa gesa...
...dilampu merah, tergesa gesa...
...berdo'a pun, tergesa 
...bahkan solat pun, tergesa gesa...

Sifat diatas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11
"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati.......... yang tidak seorang pun mau dipercepat...

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."
(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan solat subuh, solat maghrib dsb...

Sampai dimanakah hidup kita hari ini...???

-- semoga bermanfa'at --

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post