Selasa, 7 April 2015

Amalan terbalik

GEMPAR AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas 
sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan 
kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan 
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja 
bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang 
Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Ahad, 5 April 2015

Pegaga

KHASIAT PEGAGA
Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

1. Serikan Wajah :
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Kecutkan Peranakan :
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka :
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

4. Mengubati Sakit Kepala :
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan :
Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid :
Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.

Selamat mencuba.

Jumaat, 3 April 2015

Perempuan

Menjaga maruahnya.

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)

Khamis, 2 April 2015

Sombong dalam pergaulan

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat di kesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong menurut Rasulullah
S.A.W iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji ,dia berasa bangga dan senang hati.

Rabu, 1 April 2015

GST satu perjuangan lampau

GST : MEMPERINGATI 100 TAHUN [1915-2015] PERLAWANAN TOK JANGGUT MENENTANG CUKAI.

1915, 100 tahun lampau, bangkitnya satu sosok pejuang yang juga ulama’ mengobarkan ruh perjuangan dalam jiwa orang kampung di jajahan Pasir Puteh, menentang penindasan yang dilakukan oleh hegemoni zalim. Tok Janggut hadir untuk membebaskan rakyat Pasir Puteh daripada ditindas dengan pelbagai cukai yang zalim.

1 Januari 1915 Peraturan cukai tanah yang baru turut diperkenalkan pada kepada rakyat (100 Tahun selepas itu, peraturan cukai baru (GST) diumumkan pada 1 April 2015). Peraturan ini mewajibkan rakyat membayar cukai tanah samaada tanah yang diusahakan atau tanah tidak diusahakan. Berbeza dengan cukai sebelum ini yang menggunakan cukai berdasarkan hasil tanah, jika banyak hasil tanahnya maka banyaklah cukainya dan jika sedikit hasil tanahnya maka sedikitlah cukainya, atau dikecualikan langsung kepada tanah yang hasilnya tidak menjadi. Tetapi kali ini, samaada tanah itu diusahakan atau tidak diusahakan akan tetap dikenakan cukai yang tetap mengikut kelas-kelas tanah dari $0.40 sehingga $1.20 bagi seekar.

Selain itu, cukai pokok kelapa berbuah sepokok dikenakan 3 sen, pokok pinang sepokok dicas 1 sen, sireh 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau 20 sen untuk seekor. (Teringat abah pernah cerita tahun 1970an pergi sekolah bawa 20sen, boleh beli makanan untuk pagi dan tengahari, 20 sen tahun 1915 lebih tinggi nilainya). Cukai ini sangat membebankan rakyat kerana dikenakan kepada perkara keperluan harian rakyat, tidak seperti sebelum ini, cukai hanya dikenakan atas lebihan keperluan rakyat seperti pokok pinang jika lebih daripada 10 batang barulah dikenakan cukai.
Macam sama dengan GST je.

Akibat kezaliman ini, Tok Janggut bersama teman-temannya telah memulakan satu gerakan anti-hasil (anti-cukai@anti-gst) di jajahan Pasir Puteh dengan mengarahkan pengikutnya memboikot pembayaran cukai kepada kerajaan. Hasilnya pada April 1915, kutipan cukai di kawasan Bukit Abal dan Gaal telah jatuh mendadak dari $3000 kepada $89.32. Kuasa rakyat menggugat hegemoni kerajaan zalim. GST zaman kini lagi zalim, dah siap-siap masuk dalam harga bukan dibayar secara berasingan mahu tidak mahu memang rakyat kena bayar.

Tidak berhenti disitu, Tok Janggut meneruskan lagi perlawanan dengan pemerintah British, dengan mengadakan perbincangan dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akid tentang strategi untuk menentang British. Akhirnya keputusan diterima untuk membebaskan Pasir Puteh daripada penjajahan British.

Setelah berjaya menguasai Pasir Puteh, Tok Janggut diangkat sebagai Perdana Menteri dan Ungku Besar Jeram diangkat sebagai Raja di Pasir Puteh. Seruan Jihad Tok Janggut untuk membebaskan Pasir Puteh daripada penjajah telah dimanipulasi oleh British dan menggelar Tok Janggut sebagai pemberontak kepada Sultan Kelantan. 2015, pejuang yang membantah dan bertanya soalan tentang GST digelarkan sebagai penceroboh dan pencetus huru hara oleh pihak penguasa. Kerja manipulasi isu sama macam perangai dengan penjajah British.

Setelah melalui beberapa peristiwa, akhirnya berlaku pertembungan terakhir antara pasukan Malay State Guides pimpinan pegawai British dan Tok Janggut di Kampung Dalam Pupuh. Berlaku tembak menembak, dan akhirnya Tok Janggut gugur syahid melawan penjajah. Jenazahnya dibawa dan diarak sekitar Kota Bharu, kemudian digantung secara terbalik kaki diatas kepala dibawah di Padang Merdeka selama 4 jam, sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Tidak cukup dengan pembunuhan pejuang agama dan rakyat itu, British masih belum kenyang dengan darah Tok Janggut, mereka terus mencari saki baki 16 orang pengikut Tok Janggut untuk dihukum. Ditawarkan dengan kadar lumayan antara $250 – $500 untuk setiap orang. Ada dikalangan pengikut Tok Janggut dihukum tembak sampai mati, dipenjara seumur hidup, dan ada juga yang ditembak oleh orang upahan British.

Inilah perjuangan tidak akan pernah sunyi dan sepi dari ancaman dan gertakan. Saat ini, mungkin Tok Janggut berbangga melihat anak cucunya berani menentang dan melawan pelaksanaan GST sebagaimana Tok Janggut

Kehidupan Zuhud Nabi Muhammad S.A.W

Suatu ketika Rasulullah SAW bersumpah akan berpisah dengan isteri-isterinya selama satu bulan, sebagai peringatan bagi mereka kerana kurang biasa mengikuti kehidupan beliau yang zuhud. Selama sebulan beliau tinggal seorang diri dalam sebuah kamar sederhana yang letaknya agak tinggi.

Terdengar kabar di kalangan para sahabat bahwa Nabi SAW telah menceraikan semua isterinya.

Ketika Umar bin Khaththab mendengar kabar ini, segera ia berlari ke masjid. Setiba di sana, ia melihat para sahabat sedang duduk termenung, mereka bersedih dan menangis. Juga kaum wanita, mereka menangis di rumah-rumah mereka.

Kemudian Umar pergi menemui putrinya, Hafshah, yang telah dinikahi oleh Rasulullah SAW. Umar pun mendapati Hafshah sedang menangis di kamarnya. Dia kemudian bertanya kepada Hafshah, “Mengapa engkau menangis? Bukankah selama ini aku telah melarangmu agar tidak melakukan sesuatu yang dapat menyinggung perasaan Rasulullah SAW?” Hafshah tak menjawab apa-apa, dia terus menangis.

Umar lalu kembali ke masjid, terlihat olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis di mimbar. Kemudian dia duduk bersama para sahabat, lalu berjalan ke arah kamar Nabi Muhammad SAW, yang terletak di tingkat atas masjid. Umar mendapati Rabah, sahabat yang selalu mengikuti Rasulullah, dan dia meminta kepada Rabah agar memohonkan izin kepada Rasulullah untuk menemuinya.

Rabah menghadap Nabi SAW, kemudian kembali dan memberitahukan bahwa dia telah menyampaikan permohonan izin Umar, namun Nabi SAW hanya diam. Permintaan untuk menjumpai Nabi SAW diulang beberapa kali, hingga ketiga kalinya barulah Nabi Muhammad SAW mengizinkan Umar untuk naik menghadapnya.

Ketika masuk, Umar melihat Nabi SAW tengah berbaring di atas sehelai tikar yang terbuat dari pelepah daun kurma, sehingga pada badan Nabi SAW yang putih bersih itu terlihat jelas bekas-bekas guratan daun kurma. Di tempat kepala beliau ada sebuah bantal yang terbuat dari kulit binatang yang dipenuhi daun dan kulit pohon kurma.

Selepas mengucapkan salam kepada beliau, Umar kemudian bertanya,” Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan, ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, ‘Tidak.”

Umar sedikit lega, lalu dia mengatakan,”Ya Rasulullah, kita adalah kaum Quraisy yang selamanya telah menguasai wanita-wanita kita. Tetapi setelah kita hijrah ke Madinah, keadaannya sungguh berbeza dengan orang-orang Ansar. Mereka telah dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita terpengaruh dengan kebiasaan kaum Ansar.” Nabi SAW tersenyum mendengar perkataan Umar.

Umar pun Menangis.

Umar lalu memperhatikan keadaan kamar Nabi SAW. Terlihat tiga lembar kulit binatang yang telah disamak dan sedikit gandum di sudut kamar itu, selain itu tidak terdapat apa pun. Umar menangis sesenggukan melihat keadaan Nabi yang seperti itu.

Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”

“Bagaimana saya tidak menangis, ya Rasulullah. Saya sedih melihat bekas tanda tikar di badan Tuan yang mulia dan saya prihatin melihat keadaan kamar ini. Semoga Allah SWT mengkaruniakan kepada tuan bekal yang lebih banyak.

Orang-orang Parsi dan Romawi yang tidak beragama dan tidak menyembah Allah, tetapi raja mereka hidup mewah. Mereka hidup dikelilingi taman yang di tengahnya mengalir sungai, sedangkan engkau adalah Rasul Allah, tetapi engkau hidup dalam keadaan sangat miskin,” kata Umar bin Khaththab.

Mendengar jawaban Umar, Rasulullah SAW bangun dan berkata, “Wahai Umar, sepertinya engkau masih ragu mengenai hal ini. Dengarlah, kenikmatan di alam akhirat tentu akan lebih baik daripada kesenangan hidup dan kemewahan di dunia ini. Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti. Di sana kita akan mendapatkan segala-galanya.”

Kata-kata Nabi “Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti” tentu tidak dimaksudkan untuk mengatakan bahawa keadaan di akhirat, dalam hal ini di syurga, sama dengan “kenikmatan tersebut”. Kerana, dalam sebuah hadis dikatakan, kenikmatan di syurga itu sungguh luar biasa, belum pernah kita lihat dan kita dengar sebelumnya, bahkan kita bayangkan saja belum.

Mendengar sabda Nabi, Umar merasa menyesal. Lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah SWT untuk saya. Saya telah bersalah dalam hal ini.”
Rasulullah SAW membesarkan hati sahabatnya itu. Umar pun merasa lega.

Kehidupan beliau yang zuhud itu pun menjadi salah satu keutamaan beliau yang sebelumnya sering disalah ertikan oleh para isterinya. Dan setelah kejadian itu, Rasulullah menasihati para isterinya akan kepastian janji-janji Allah SWT di yaumul akhir. Para isteri itu pun akhrinya menyesali perilaku mereka dan memperbaharui kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW bahawa, apa pun yang terjadi, mereka semua memilih ikut Rasulullah SAW, termasuk untuk hidup zuhud.

 

1 APRIL

PERISTIWA HITAM 1APRIL.

::ERA SALIB::
Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post