Ahad, 22 November 2015

Healthy

Heartbreaking

Cerita Akhir Zaman

An-Nawwas bin Sim’an r.a berkata: Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w menyampaikan hal ehwal Dajjal. Kadang-kadang suara baginda terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun Madinah. Ketika kami kembali, baginda mengetahui ada sesuatu yang sedang kami fikirkan.

Baginda bertanya: Ada apa dengan kalian?
Kami menjawab: Wahai Rasulullah s.a.w, pagi tadi engkau menyebut perihal Dajjal, kadang-kadang suaramu terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun yang ada di sini.

Baginda bersabda: Bukan Dajjal yang paling aku takutkan akan memperdayai kalian, sebab jika Dajjal muncul di saat aku masih hidup, maka aku akan mengatasinya dan menjaga kalian darinya. Dan jika ia muncul ketika aku telah tiada, maka setiap orang harus mengatasi dengannya, dan sesungguhnya Allah lah yang akan mengambil perananku untuk menjaga setiap muslim.

Sesungguhnya saat muncul, Dajjal adalah seorang pemuda berambut sangat kerinting, matanya menonjol keluar, seperti mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan.

Barangsiapa di antara kalian yang melihatnya, maka hendaknya membacakan ayat-ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia muncul di sebuah jalan yang terletak antara Syam dan Iraq, lalu membuat kerosakan di kanan dan di kiri.

Wahai hamba-hamba Allah, bertahanlah. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi?

Baginda menjawab: Empat puluh hari. Sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, sehari lagi seperti seminggu dan hari-hari yang lainnya sama seperti hari-hari yang biasa kamu alami.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, tentang satu hari yang sama seperti setahun, apakah kami cukup melakukan solat seperti hari biasa (lima kali sepanjang tahun)?

Baginda menjawab: Tidak, akan tetapi perkirakanlah jarak waktunya.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kecepatan perjalanan Dajjal di bumi?

Baginda menjawab: Seperti hujan yang ditiup angin. Dajjal mendatangi sesuatu kaum dan mengajak mereka agar menjadi pengikutnya. Mereka pun beriman dengannya dan mahu menjadi pengikutnya. Saat itu juga Dajjal menyuruh awan untuk menurunkan hujan , maka turunlah hujan, dan menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan peliharaan kaum tersebut bertambah besar, susunya bertambah banyak dan badannya bertambah gemuk.

Kemudian Dajjal mendatangi kaum yang lain, dia mengajak mereka agar menjadi pengikutnya, tapi mereka menolak. Setelah Dajjal meninggalkan mereka, maka pada pagi harinya tanah mereka menjadi kering dan harta mereka musnah.

Dajjal melewati tempat peninggalan yang lama, lalu berkata: Keluarkanlah harta yang terpendam di tanahmu! Maka keluarlah harta Qarun yang terpendam di dalamnya dan mengikuti Dajjal seperti lebah-lebah jantan yang mengikuti ratunya.

Setelah itu Dajjal memanggil seorang anak muda belia, lalu menebaskan pedangnya ke arah tubuh pemuda tersebut hingga terbelah menjadi dua dengan tepat sekali. Setelah pemuda itu dihidupkan kembali, Dajjal memanggilnya lagi dan mengajaknya agar menjadi pengikutnya. Sang pemuda hanya menghadap kepadanya dengan wajah yang tampak tegar dan ketawa.

[Dalam hadith lain dikisahkan bahawa setelah pemuda itu dihidupkan, maka dia lebih yakin bahawa Dajjal itu pembohong yang besar lalu diberitahu kepada orang ramai akan siapa Dajjal. Pemuda itu akhirnya dicampakkan ke dalam kobaran api yang disangkakan oleh pengikut Dajjal adalah neraka, padahal pemuda itu masuk syurga].

Dalam keadaan seperti itulah Allah Ta’ala mengirimkan Isa a.s putera Maryam. Isa turun di Manarah Baidha’ yang terletak di sebelah timur Kota Damaskus dengan memakai dua pakaian yang dicelup. Dia meletakkan tangannya di celah-celah sayap dua malaikat. Jika Isa menundukkan kepalanya, maka titik-titik air jatuh darinya dan apabila mengangkat tegak kepalanya, maka bercucurlah air darinya seperti butir-butir mutiara yang jatuh.

Setiap orang kafir yang merasakan hembusan nafasnya akan mati padahal hembusan nafasnya menyebar sejauh mata memandang. Isa mengejar Dajjal sampai menemukannya di daerah Bab Ludd dan membunuhnya di sana. Kemudian Isa mendatangi suatu kaum yang telah dijaga oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan menerangkan kedudukan-kedudukan mereka di syurga.

Dalam keadaan seperti itu Allah mewahyukan kepada Isa a.s:

“Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu (manusia) yang sangat kuat sehingga tidak ada yang sanggup berperang melawan mereka. Kerana itu, bawalah hamba-hambaKu yang taat ke gunung Thur dan berlindunglah di sana.”

Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj. Mereka bergerak dengan cepat dari segala arah. Kelompok mereka yang berada di garis depan melewati danau Thabariyah dan meminum airnya.

Ketika kelompok di garis belakang tiba, mereka berkata:
Sebelumnya danau ini masih penuh dengan air.

Nabi Isa dan para pengikutnya dikepung. Keadaan mereka semakin memprihatinkan sehingga satu kepala lembu yang ada di tangan mereka lebih berharga dari seratus dinar yang ada di tangan kalian saat ini.

Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala. Maka Allah menjadikan ulat pada leher Yakjuj dan Makjuj sehingga esoknya mereka semua mati sekaligus. Isa a.s dan para pengikutnya turun dari gunung, tapi seluruh tempat di daerah tersebut penuh dengan mayat dan menyebarkan bau busuk yang menyengat. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala, maka Allah mengirimkan burung-burung besar seperti leher unta yang mengambil mayat-mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj dan melemparkannya di tempat-tempat yang dikehendaki Allah. Lalu Allah menurunkan hujan yang sangat deras dan meliputi seluruh kota dan pendalaman sehingga tanah menjadi bersih dan licin.

Kemudian dikatakan kepada bumi: Keluarkanlah buahmu dan kembalikan berkahmu. Di masa itu sekelompok masyarakat boleh memakan buah delima dan menggunakan kulitnya untuk melindungi kepala dari sengatan matahari. Susu pun menjadi berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk diminum oleh sekelompok masyarakat. Susu seekor lembu cukup untuk diminum oleh satu kabilah (suku) dan susu seekor kambing cukup diminum oleh sekelompok keluarga besar.

Dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang sangat menyegarkan dan menghembus di bawah ketiak mereka. Bersamaan dengan hembusannya, Malaikat mencabut nyawa setiap orang mukmin dan muslim, sehingga yang tersisa di bumi adalah orang-orang yang bergelumang dengan dosa. Mereka biasa berzina di tempat terbuka seperti keldai. merekalah yang mengalami kejadian Hari Kiamat. (Hadith Riwayat Muslim)

Sumber: http://www.syahirul.com/

Firaun dan Alquran

Jasad Firaun diselimut dengan kain kafan selebar 1.5 meter dan panjang 4.5 meter. Topeng emas dikenakan pada bahagian muka dan bahu. Setelah isi perut dikeluarkan dan diisi dengan kayu-kayan dan bunga-bunga kering selepas garam nitrat dilumurkan, teknik Mesir Kuno menanam mayat, jasad diletakkan di dalam peti kayu selepas dilapiskan dengan kain kafan emas sebelum dimasukkan ke dalam peti lain, yang diperbuat daripada granit. Jasad Firaun dikebumikan di Luxor, iaitu penempatan makam raja-raja Mesir.

Banyak benar peristiwa yang berlaku di makam pengebumian mumia Firaun. Rakyat mencuri, merompak, dan merampas kesemua emas-emas yang ada, harta benda yang ditanam sekali dengan mumia menyebabkan Ramses XI, penguasa terakhir dari Dinasti XXI, memerintahkan supaya seluruh mumia Firaun dipindahkan ke makam rahsia di Dar Al-Bahr. Ini berlaku pada tahun 969 SM.

Selama 2800 tahun penempatan baru makam-makam mumia Firaun itu tidak dikenalpasti. Sehinggalah pada tahun 1872 M, seorang petani Mesir menemui satu pintu masuk menuju ke makam rahsia para Firaun. Petani ini mencuri sekian  banyak barang emas dan harta benda yang terdapat di penempatan baru itu. 10 tahun kemudian, pihak berkuasa Mesir menyedari hasil penemuan tersebut dan pada Julai 1881 M, Jabatan Pemuliharaan Benda-benda Purbakala Mesir memindahkan seluruh mumia ke Muzium Nasional Mesir.

Pada tahun 1902, para arkeologis Mesir mula mengkaji, membuka satu-persatu helaian kain kafan mumia dan merasa terkejut apabila salah satu dari mumia-mumia Firaun itu tangannya terangkat ke atas. Hal ini membolehkan arkeologis mengenal pasti yang manakah Ramses II kerana seperti yang diceritakan, tangan Ramses II dengan kuat menahan gelombang air yang berlipat dahsyat menghempap dirinya.

Lebih kurang 70 tahun kemudian, iaitu tahun 1975, Perancis menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk terus mengkaji mumia Firaun Ramses II yang sangat terkenal itu. Hal iti diterima baik oleh Mesir dan pengkajian dipimpin oleh Dr. Maurice Bucaille yang merupakan seorang doktor pakar bedah dan autopsi Perancis. Mari kita lihat apakah penemuan Dr. Maurice Bucaille selepas pembedahannya terhadap mayat Ramses II.

Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad Firaun dan ini merumuskan bahawa garam ini ialah akibat begitu lama tenggelam di dalam laut. Di dalam laporan beliau berjudul "Sebuah Penelitian Perubatan Moden" atau tajuk asalnya, "Les Momies Des Pharaons Et La Midecine", Dr. Bucaille mengemukakan teknik-teknik yang digunakan oleh Mesir Kuno yang sangat ajaib kerana berjaya mengekalkan mayat yang telah tenggelam di dalam lautan kerana itu agak mustahil.

Tidak lama selepas itu, Dr. Bucaille mendapat pengkhabaran bahawa hal ini tidak mengejutkan bagi orang Islam kerana Al-Quran sudah memberitahunya sejak lama. Dr. Bucaille terkejut dan terus mencari kebenarannya. Apabila beliau merujuk kepada Injil sekalipun, ia hanya mengatakan bahawa Firaun tenggelam ketika mengejar Bani Israel, tidak disebutkan pula berkaitan mayat Firaun akan terpelihara (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Lalu, Dr. Bucaille merujuk Al-Quran pula.

Surah Yunus ayat 92 ini memberikan jawapan kepada persoalan Dr. Bucaille:

"Pada hari ini, Kami biarkan kamu terlepas dengan badanmu yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut. Ini sebagai tanda untuk orang-orang selepasmu, supaya kamu mengambil iktibar. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus:92).

Kalimah "Alyaum" datang dalam bentuk "makrifah", bererti ia khusus dan diketahui, dan ia merujuk kepada hari ini. Dan Allah berfirman lagi, "... kamu terlepas dengan badanmu," disebut "badan" kerana ia bererti Allah menjaga badannya sahaja, bukan nyawanya. Sebab itu jasad mumia Firaun masih elok terjaga dan tidak reput. Yang paling menarik, Allah menyebutkan terus siapakah sasaran Allah kepada mumia ini, iaitu "liman khalfaka", orang-orang selepas kamu. "Li" (لِ) digunakan dalam keadaan khusus kepada seseorang, berbeza dengan (إلى) yang digunakan untuk menuju kepada sasaran yang umum. Bererti, bukti mumia ini khusus hamya kepada mereka yang mahu mengambil iktibar.

Dan diakhirnya, Allah tetap memberitahu masalah paten semasa, iaitu "kelalaian", atau alpa, atau lebih tepat, "tidak rasa nak ambil tahu" tentang tanda-tanda kekuasaan ini.

Disebabkan ayat ini. Dr. Bucaille mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui kebenaran Al-Quran yang berusia 1400 tahun, tetapi sudah menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala beliau. Malah, dengan jelas menyatakan apa yang beliau kemukakan, iaitu pemeliharaan jasad Firaun, yang langsung tidak disebutkan oleh Injil dan Taurat.

Itu bukan penamat bagi karier Dr. Bucaille. Beliau kemudiannya mengkaji seluruh isi Al-Quran dari perspektif sains dan mengeluarkan beberapa buku seperti "The Bible The Quran And Science" yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Laporan beliau berkaitan teknik perubatan mumia yang disebutkan di atas menatijahkan beliau meraih anugerah penghargaan tertinggi kerajaan Perancis iaitu "Le Prix Diane Potier-Boes" dan anugerah Prix General daripada "Academie Nationale De Medicine", Perancis.

Terima kasih Dr. Yahya Maurice Bucaille (nama selepas Islam) kerana akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran dan mengeluarkan kami dari kemaruk "ghafilun" (alpa) dari memerhati "tanda-tanda kekuasaanNya".

Hafizul Faiz
Refleksi Kisah Nabi Musa 16: Jasad Firaun Dan Terima Kasih Kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille
26 Oktober 2015

Rabu, 18 November 2015

Tanda2 kanser

Sabar

kelebihan org yg sabar ..

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.

Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)

Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.

Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.

Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman:  'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.

Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.” (Hadis riwayat Hakim)

Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW  bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Bukhari).

Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).

Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post