Rabu, 22 Jun 2016

Sombong

MUHASABAH DIRI |

Perkongsian ilmu yang dinukil dari kitab hikam ibnu Ato'illah       

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia gembira.

Sabda  Rasulullah ﷺ :

لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ

"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud).

Isnin, 13 Jun 2016

Sifir 7

🌹Kata Ustaz🌹

🌹Kita, khidupn kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

🌹7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.

🌹7 x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

🌹7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

🌹7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

🌹7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

🌹7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

🌹7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

🌹7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

🌹7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

🌹🌹🌹kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

🌹Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

🌹🌹🌹🌹Ingat!!
Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1 , byk juga yg umurnya ditangga ke 3.

🌹Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

🌹Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah. 

🌹Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .

#ustazkamil

~ HUKUM SENTUH SUAMI & ISTERI KETIKA BERWUDHU' APAKAH WUDHU' BATAL?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.

Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,

1) Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah
2) Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah
3) Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR

Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada  ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ أَوْ لاَمَسْتُم النِّسَآءَ ".....atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu".

Yang kedua, pekataan لاَمَسْتُم menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah "JIMAK" . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid). 
Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-

Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).

Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.

Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah n dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).

Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat  bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).

MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh  Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.

Ahad, 5 Jun 2016

Sedikit tazkirah hati

Sedikit Perkongsian Ringkas Kuliyah Maghrib Panjang Terakhir Di Surau Feri Kemasek Sebelum Menyambut Satu Ramadhan..

Oleh Ustaz Tabarani ( Imam Masjid Geliga, Chukai, Kemaman ).

بِسْمِ اللّهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿٤٢﴾

( Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman ) akan tiba masa didedahkan kedahsyatan huru-hara ( hari kiamat ), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ ﴿٤٣﴾

Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi dengan kehinaan; dan juga sesungguhnya mereka ( di dunia ) dulu telahpun diseru supaya akan sujud ( tetapi mereka enggan ) sedang mereka dalam keadaan sihat.

1. Sekiranya menyesal di dunia ini berkaitan dengan urusan akhirat masih lagi mempunyai ruang untuk benar-benar kembali bertaubat dan berusaha memperbaiki amalan.

2. Adapun kesemua penyesalan di akhirat, adalah suatu keadaan yang sangat sukar dibayangkan, kerana tiada lagi peluang untuk kembali ke dunia. Ianya adalah mustahil.

3. Dan Allah telah kongsikan segala rakaman dialog kesal tersebut di dalam al-Quran, sebagai kesemua peringatan akan pedihnya segala penyesalan yang kosong daripada harapan.

4. FirmanNya : Sehingga apabila datangnya kematian kepada salah seorang dari mereka ( orang kafir ), dia akan merayu berkata: 'Tuhanku, kembalikan semula aku !!!' [ 23:99 ].

5. FirmanNya lagi : Engkau lihat ketika mereka tertunduk di depan tuhan mereka, akan menyebutkan : "Tuhan kami !!! Kami dah lihat. Kami dengar. Kembalikan akan kami !!!" [ B32:12 ].

6. FirmanNya tentang ahli neraka : Mereka berteriak di dalam neraka itu : “Tuhan kami, keluarkan kami !!! Kami akan beramal soleh dan tidak seperti yang telah kami kerjakan” dulu [ 35:37 ].

7. Gambaran penyesalan yang tak dapat dilihat penghujungnya ini telah dibawa ke masa kita melalui jalan wahyu, dalam keadaan kita masih di sini.

8. Bermakna, peluang masih ada. Pintu rahmatNya sentiasa kekal luas terbuka. Agar kita bertindak cerdik dan tidak ditimpa segala nasib yang sama seperti 'mereka'.

9. Putus asa adalah musuh utama di dalam perjalanan membasmikan penyesalan ini. Jangan biarkan diri terbelenggu dengan segala bisikan yang menyuruh berhenti.

10. Walaupun dengan apa langkah sekalipun, perlahan, rapat, terus ke hadapan asal teruskan. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai pemangkin kepada segala proses memperbaiki akan kehidupan ini.

## Ramadhan bakal tiba lagi..

Diantara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia :

11. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari sepaling kurangnya.

12. Solat tarawih berjemaah dngan minima 8 rakaat disetiap malam. Solat Witir dengan minima 3 rakaat semalam.

13. Memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun dengan hanya sebiji tamar setiap hari.

14. Solat fardhu berjemaah di setiap 5 waktu setiap hari.

15. Menunaikan solat tahajud disetiap malam dengan minima 2 rakaat.

16. Menunaikan solat sunat dhuha setiap pagi.

17. Sentiasa sedekah disetiap hari walaupun dengan minima seringgit.

18. Pastikan bersahur setiap hari serta beriktikaf di masjid setiap hari walaupun sekadar 10 minit.

19. Sentiaaa bertadarus Al-Quran sambil usaha-usaha memahami apa maksudnya.

20. Sentiasa menziarahi orang yang kurang bernasib baik.

21. Kurangkan ziarahi ke bazar-bazar ramadhan.

22. Sentiaaa pilih makanan sunnah sebagai menu berbuka harian.

23. Mengelakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.

24. Sentiasa menjauhkan diri dari segala aktiviti yang laghaa. Lebih baik dengan memperbayakan zikir harian serta banyakkan berdoa.

25. Menlazimikan bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari.

26. Mengajarikan diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

27. Menjaga serta menghubungkan silaturrahim.

28. Menjaga serta menutup aurat dengan sempurna.

29. Menjaga segala lisan ataupun percakapan, segala pandangan, segala pendengaran serta menjaga hati daripada perkara-perkara yg dilarang.

30. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan apajua makanan terutamanya juadah berbuka.

31. Perbanyakkan segala amalan-amalan sunat termasuk solat sunat rawatib.

32. Menlazimikan sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga ( terutama suami dan anak-anak lelaki ).

Menlazimikan untuk mengawal dan tahan marah, mendidik diri untuk lebih bersabar.

Menlazimikan lidah untuk sentiasa memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.

33. Sentiasa menjaga ikhtilat yakni hubungan diantara kaum lelaki dan kaum perempuan.

34. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

35. Ikhlaskan hati kita segalanya kerana Allah, menhadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan pada kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir bagi kita.

AllahuAkbar !!! AllahuAkbar !!! AllahuAkbar !!!!.. Alhamdulillah..

Semoga ianya menjadikan sedikit panduan bagi kesemua kita untuk bersedia membawa bekalan yang secukupnya menuju ke hari yang kekal nanti - In Syaa Allah.

Khamis, 2 Jun 2016

9 ANTARA TANDA TANDA AWAL KANSER

9 ANTARA TANDA TANDA AWAL KANSER YANG KITA TIDAK PERNAH PEDULI

Sebut sahaja nama kanser, mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarnya namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenarnya kanser, biar saya mulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri  sebenar apa yang di maksudkan dengan kanser. Selamat berkenalan ya!

APAKAH ITU KANSER?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Lazimnya, dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap ‘Tidak apa-apa’ , cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.Saya tidak salahkan sesiapa tetapi alangkah baiknya jika kita tidak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkan bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser.

Bukan apa, sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4. Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbijak dalam hidup ini.InsyaaAllah

1.    Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2.    Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri.

Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta ‘ultrasound'

3.    Perut berasid atau rasa penuh walaupun makan hanya sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati. Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.
  
4.    Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

5.    Muka Membengkak

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

6. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

7.    Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

8.    Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal.

9.    Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.

Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

Artikel ini dikongsi dari klinikkeputihan.blogspot.com  (Klinik Keputihan Dr.Salwa)

Rabu, 1 Jun 2016

Ramadhan

Ramadhan bakal tiba...
Sekadar ingatan utk diri sendiri...

Ingatan juga utk sahabat2...

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia :
0⃣1⃣Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
0⃣2⃣Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
0⃣3⃣Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
0⃣4⃣Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
0⃣5⃣Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
0⃣6⃣Sunat dhuha setiap pagi.
0⃣7⃣Sedekah setiap hari minima seringgit.
0⃣8⃣Pastikan sahur setiap hari.
0⃣9⃣Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
1⃣0⃣Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
1⃣1⃣Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
1⃣2⃣Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
1⃣3⃣Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
1⃣4⃣Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
1⃣5⃣Jauhkan aktiviti yg lagha.
1⃣6⃣Zikir harian, banyakkan berdoa.
1⃣7⃣Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
1⃣8⃣Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
1⃣9⃣Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
2⃣0⃣Menjaga dan menghubung silaturrahim
2⃣1⃣Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
2⃣2⃣Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
2⃣3⃣Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
2⃣4⃣Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
2⃣5⃣Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
2⃣6⃣Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
2⃣7⃣Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
2⃣8⃣Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
2⃣9⃣Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
3⃣0⃣Ikhlaskan hati kerana Allah, hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post