Jumaat, 5 Mei 2017
Isnin, 17 April 2017
Beza upaya
Apa itu beza upaya?
Beza upaya adalah dalam suatu keadaan dimana berlaku daya gerakan/ pengaliran bukan kerana atas faktor ditolak/ dipaksa gerak oleh suatu tenaga. Maknanya, beza upaya adalah gerakan/pengaliran dengan sendirinya.
Jadi, macam mana tu?
Contoh:
Kenapa air sungai mengalir? Tetapi air di dalam baldi tidak mengalir?
Air sungai mengalir sebab air datangnya daripada gunung, bermula daripada puncak. Atas kerana faktor gunung yang tinggi, air akan mengalir ke bawah yang mana seterusnya air mengalir ke sungai. Jadi, air sungai sentiasa mengalir.
Air di dalam baldi tak mengalir?
Isikan air ke dalam bekas/ baldi dan air nampak kaku (tidak mengalir)
Maksudnya, air akan mengalir daripada tempat tinggi ke tempat yang rendah. Juga boleh dikatakan sebagai hukum graviti.
Begitu juga perumpaannya apabila bola diletakkan di atas permukaan yang menyendeng/curam dan bola akan bergolek ke paras rendah. Bola tidak boleh bergolek di atas permukaan yang rata. kan..?
Jadi, beza upaya boleh diungkap sebagai suatu gerakan/pengaliran yang berlaku jika ada perbezaan diantara dua titik sama ada dalam bentuk tekanan tinggi vs rendah atau, ruang yang berisi vs kosong.
Pengaliran air disebut sebagai arus (water flow). Berapa lajunya pengaliran arus diukur dengan masa.
Dalam litar elektrik, beza upaya juga diperlukan untuk mewujudkan arus elektrik. Beza upaya dalam elektrik disebut sebagai daya gerak elektrik (electromotive force), unit volts. Nilai volt ditentukan sebesar mana beza upaya yang dihasilkan. Sebab itu, tenaga elektrik yang dihasilkan pada peringkat penjanaan adalah tinggi (11KV, 22KV dan 33KV) untuk mendapatkan nilai beza upaya yang tinggi selain untuk mengatasi kesusutan voltan. Kemampuan beza upaya sebegini boleh menampung sejumlah penggunaan tenaga elektrik yang efisien. Ini dikatakan suatu penghasilan tenaga elektrik berskala besar. Beza upaya dalam litar elektrik akan mewujudkan pengaliran arus.
Arus elektrik terdiri daripada pengaliran sejumlah elektron/ cas elektrik. 1 cas elektrik mengandungi 6.28 X 1,000,000,000,000,000,000 elektron. Pengaliran arus diukur dalam unit Ampere masa tertentu. t = Q/I. Nilai ampere yang besar ditentukan berapa banyaknya cas elektrik mengalir dalam satu masa. Contoh:
Dalam masa 1 saat, didapati sebanyak 500 cas-cas elektrik mengalir. Jadi;
I = Q/t
500/1 = 500A
Persoalannya, kenapa alat-alat elektrik berbeza penggunaan arusnya? Nak charging H/P 1-2A sahaja digunakan, Lampu mentol 100W hanya 0.4.167A sahaja. Ia adalah kerana penggunaan kuasa suatu peralatan elektrik adalah berbeza. Kuasa adalah kadar kerja yang dilakukan dalam suatu masa. Kuasa yang dibekalkan di dalam litar elektrik akan disalurkan kepada peralatan tersebut untuk dihidupkan.
Haha..umpama membekalkan sejumlah pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan suatu projek dalam suatu masa/tempoh yang dikehendaki. Sekiranya beban kerja itu berat atau besar, memerlukan pekerja yang ramai jika hendak siap dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Jika jumlah pekerja tidak mencukupi, maka tempoh penyiapan akan jadi lebih lama. Dalam elektrik, sejumlah kuasa yang mencukupi akan memberi kecekapan maksimum kepada suatu alat elektrik untuk berfungsi. Fahamkan...
Oleh itu, untuk mendapatkan kuasa yang banyak, pengaliran arus hendaklah tinggi. Untuk mendapatkan arus yang tinggi, beza upaya hendaklah tinggi, umpama air terjun. P=IV.
Baik itu saja info yang mampu saya sampaikan. Ada masa nanti, saya akan create entry baru untuk manfaat kepada semua juruelektrik.
Terima kasih..
KW & KVA
kali ni nak share pasal istilah KW & KVA.
Kenapa ada sesetengah peralatan ditulis sebagai KW atau KVA?
Misalnya, peralatan yang menggunakan tenaga elektrik disebut dalam unit KW; 1KW, 1.5KW atau lain-lain.
Manakala peralatan yang menghasilkan tenaga elektrik disebut dalam unit KVA; 5KVA, 10KVA dan lain-lain.
Jadi, unit KW lebih menjurus kepada peralatan@beban yang menggunakan tenaga elektrik. Unit KW mengambil kira termasuk nilai kejatuhan faktor kuasa. Di Malaysia, nilai terendah dihadkan sehingga 0.85, bersamaan dengan pisahan sudut 32.2 darjah. Beban yang menyumbang kepada kejatuhan faktor kuasa adalah beban bergegelung (coil@winding)..such motors, welding set etc..kerana kewujudan medan magnet.
240V X 0.85
Unit KVA menjurus kepada peralatan yang mengeluarkan tenaga elektrik. Unit KVA tidak mengambil kira nilai kejatuhan faktor kuasa. such electtric generator & transformer. Bagi pihak pembekal tenaga elektrik, mereka tidak dapat menganggarkan secara tepat nilai kejatuhan faktor kuasa kerana tidak tahu jenis-jenis peralatan elektrik yang digunakan.
Walau bagaimanapun, keupayaan suatu generator@transformer untuk menampung sejumlah keperluan tenaga hendaklah mencukupi.
Kejatuhan faktor kuasa yang ketara akan menyebabkan terdapat kuasa yang dibazirkan. Misalnya..,sepatutnya tenaga yang digunakan untuk satu alat ialah 1200W, tetapi alat tersebut menyebabkan kuasa jatuh sehingga 1020W..So, pembaziran sebanyak 180W. Untuk menjadikan ia semula kepada 1200W, pihak pembekal terpaksa meningkatkan output transfomer dan saiz kabel ditukarkan. Guys, mungkin bagi pihak pembekal yang 180W boleh diabaikan. Bagaimana pula sekiranya berpuluh malah beratus alat bersambung? Mudah, jurang kejatuhan akan menjadi lebih besar. Sudah tentu keadaan ini membimbangkan pihak pembekal. Kenapa tidak, terpaksa upgrade banyak benda. Apabila ianya melibatkan kos, maka pihak pembekal boleh mengenakan caj denda kepada pengguna.
Walau apapun, peranan pengguna adalah penting agar jurang kejatuhan dapat dikurangkan. Bagaimana? Biasanya kapasitor digunakan secara tetap atau berperingkat. Sifat kapasitif adalah berlawanan dengan sifat induktif (gegelung) yang mana sifat kapasitif arus mendahului manakala sifat induktif arus ketinggalan. Jelaskan?
VA = 240V X 5A = 1200VA
W = 240V X 5A X 0.85 = 1020W
Sebanyak 180W dibazirkan.
So, kaedah kawalan agar kejatuhan faktor kuasa tidak melebihi had; konsep ini digunakan;
F.K = KW/ KVA
iaitu, nisbah diantara keduanya.
Contoh..,pihak pembekal menghadkan kejatuhan sehingga 0.85, Kuasa dibekalkan 11,000VA dan kuasa digunakan 10,000W.
F.K = 10,000W / 11,000VA
= 0.90
Oleh itu, nilai 0.90 masih boleh diterima kerana tidak rendah daripada 0.85. Jelaskan?
Dengan menggunakan kalkulator, kita boleh tukarkan 0.9 dalam bentuk sudut, iaitu 25.8 darjah. Nisbah atau jarak sudut boleh ditunjukkan dalam bentuk rajah trigonometri (segi tiga);
Bagi menentukan nilai kapasitor yang digunakan, nilai KVAr adalah sebagai panduan.
Ok guys, sedikit-sebanyak yang saya boleh kongsi-kongsikan.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 13 Mac 2017
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Seorang Syeikh yang alim lagi berjalan-jalan santai bersama salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di tengah-tengah asyik berjalan sambil bercerita, keduanya melihat sepasang sepatu yang sudah usang lagi lusuh. Mereka berdua yakin kalau itu adalah sepatu milik pekerja kebun yang bertugas di sana, yang sebentar lagi akan segera menyelesaikan pekerjaannya.
Sang murid melihat kepada syeikhnya sambil berujar: "Bagaimana kalau kita candai tukang kebun ini dengan menyembunyikan sepatunya, kemudian kita bersembunyi di belakang pohon-pohon? Nanti ketika dia datang untuk memakai sepatunya kembali, ia akan kehilangannya. Kita lihat bagaimana dia terkejut dan cemas!”
Syeikh yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakanda, tidak pantas kita menghibur diri dengan mengorbankan orang
miskin. Kamu kan seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirinya. Sekarang kamu cuba memasukkan beberapa lembar wang kertas ke dalam sepatunya, kemudian kamu saksikan bagaimana respon dari tukang kebun miskin itu”.
Sang murid sangat takjub dengan usulan gurunya. Dia
langsung saja berjalan dan memasukkan beberapa lembar wang ke dalam sepatu tukang kebun itu. Setelah itu ia bersembunyi
di balik semak-semak bersama gurunya sambil mengintip apa
yang akan terjadi dengan tukang kebun.
Tidak beberapa lama datanglah pekerja miskin itu sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat sepatunya ia tinggalkan sebelum bekerja.
Ketika ia mulai memasukkan kakinya ke dalam sepatu, ia menjadi terperanjat, kerana ada sesuatu di dalamnya. Saat ia keluarkan ternyata ada wang. Dia memeriksa sepatu yang satunya lagi, ternyata juga berisi wang.
Dia memandangi wang itu berulang-ulang, seolah-olah ia tidak percaya dengan penglihatannya. Setelah ia memutar pandangannya ke segala penjuru ia tidak melihat seorangpun.
Selanjutnya ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya, lalu ia berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah ia bicara kepada Allah Ar Razzaq :
“Aku bersyukur kepada-Mu wahai Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu bahwa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan makanan hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari celaka".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandangi
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah. Sang murid sangat terharu dengan pemandangan yang ia lihat di balik persembunyiannya. Air matanya meleleh tanpa dapat ia bendung.
Ketika itu Syeikh yang bijak tersebut memasukkan pelajaran kepada muridnya :
“Bukankah sekarang kamu merasakan kebahagiaan yang lebih
dari pada kamu melakukan usulan pertama dengan menyembunyikan sepatu tukang kebun miskin itu?”
Sang murid menjawab:
“Aku sudah mendapatkan pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ..
Semoga bermanfa'at ...
Khamis, 9 Mac 2017
Petua
1) - *Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu*.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) - *Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut*.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) - *Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit*.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
4) *Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri*
Surah Al - Baqarah, ayat 102
5 ) *Resdung*
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83
6) *Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)*
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21
7) *Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita*
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69
8) *Angin pasang*
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70
9) *Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung*
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) *Susah tidur malam*
Surah Al - kahf, ayat 11
11) *Angin dalam badan, sakit - sakit sendi*
Surah - fussilat, ayat 44
12) *Merawat histeria*
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7
Rabu, 8 Mac 2017
Kisah Azazil
Kisah Azazil Diusir Dari Syurga
Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat. Namun sebenar-benarnya Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Azazil Ketua Malaikat. Berikut ialah Kisah Azazil Diusir dari Syurga kerana sikap takbur.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Al-Kahf [50]
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi ketua malaikat ataupun imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya.
Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Selain doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali juga sebagai Sayidul Malaikat alias penghulu para malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan surga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menjuluki Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meski berbeda-beda.
•Pada langit lapis pertama , ia berjuluk Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah
•Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah,
•Di langit lapis ke tiga, ia berjuluk Saajid atau ahli sujud,
•Di langit ke empat ia dijuluki Khaasyi karena selalu merendah dan takluk kepada Allah,
•Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Karena ketaatannya kepada Allah,
•Di langit keenam Gelar Mujtahid, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.
•Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.
Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
Al Baqarah : 30
Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau."
Al Baqarah : 30
Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Al Baqarah : 30
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Israa [61]
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [62]
Allah berfirman (kepada iblis):
Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Israa [63]
Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelaran dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tidak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam karena merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelar baru baginya Iblis.
"Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya iamenentang dan berkata,
"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."
Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman.
"Keluarlah kamu dari surga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
Azazil alias Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,
"Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."
Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberi tempoh waktu. Katanya,
"Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta yaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.
" Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
Khamis, 2 Mac 2017
Gastrointestinal tract
Learning more about Digestive system
Gastrointestinal tract
The GI tract is the pathway food takes from the mouth, through the esophagus, stomach, small and large intestine within where the nutrients are extracted for the needs of the body. The residue then passes to the rectum where it is evacuated.
The gastrointestinal tract (digestive tract, GI tract, GIT, gut, or alimentary canal) is an organ system within humans and other animals which takes in food, digests it to extract and absorb energy and nutrients, and expels the remaining waste as feces and urine. The mouth, oesophagus, stomach, and intestines are part of the human alimentary canal.
All bilaterians have a gastrointestinal tract, also called a gut or an alimentary canal. This is a tube that transfers food to the organs of digestion. In large bilaterians, the gastrointestinal tract generally also has an exit, the anus, by which the animal disposes of feces (solid wastes). Some small bilaterians have no anus and dispose of solid wastes by other means (for example, through the mouth). The gastrointestinal tract contains thousands of different bacteria in their gut flora.
The human gastrointestinal tract consists of the esophagus, stomach, and intestines, and is divided into the upper and lower gastrointestinal tracts. The GI tract includes all structures between the mouth and the anus, forming a continuous passageway that includes the main organs of digestion, namely, the stomach, small intestine, and large intestine. In contrast, the human digestive system comprises the gastrointestinal tract plus the accessory organs of digestion (the tongue, salivary glands, pancreas, liver, and gallbladder). The tract may also be divided into foregut, midgut, and hindgut, reflecting the embryological origin of each segment.
The whole human GI tract is about nine metres (30 feet) long.
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...



