Selasa, 19 Disember 2017

Terapi migrain

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya.

Rabu, 6 Disember 2017

Jenis pegangan hartanah

Jenis pegangan hartanah

Ada 3 jenis pegangan hartanah, iaitu:

Pegangan milik bebas (freehold),Pajakan (leasehold), danHakmilik Sementara (boleh jadi freehold atau leasehold). Apakah maksud hartanah jenis pegangan milik bebas (freehold)? 

Dalam kata yang mudah, pegangan milik bebas bermaksud pembeli adalah pemilk hartanah itu, tanpa ada kekangan untuk sebarang tempoh (maksudnya, ia adalah hakmilik kekal si pembeli).

Kalau nak lagi jelas, pegangan milik bebas tak perlu risau hartanah yang dibeli itu dipulangkan semula kepada pihak kerajaan. Tapi, ia bergantung sebab ada juga kes pengambilan balik tanah freehold oleh kerajaan, namun ia jarang berlaku.

Dalam dokumen hakmilik muktamad (atau panggilan lainnya, final title), hartanah freehold dikenali sebagai Geran. Ia juga ada 2 nama berlainan, sama ada Geran sahaja atau dipanggil Geran Mukim.

boleh lihat contoh gambar geran di bawah ni

Geran ini merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri. Manakala Geran Mukim pula merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah.  Ia adalah 2 perkara yang sedikit berbeza.

Apakah pula maksud hartanah jenis pajakan (leasehold)? 

Pegangan jenis leasehold pula adalah jenis pegangan ke atas sesuatu hartanah untuk tempoh masa yang telah ditetapkan.

Ketika ini, tempoh pajakan yang biasa kita akan dengar untuk leasehold adalah selama 99 tahun.

Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin akan jumpa tempoh pajakan yang lebih lama. Manakala untuk jenis hakmilik lama atau tujuan selain kediaman, kita mungkin akan dapat tempoh pajakan untuk tempoh selama 30 atau 60 tahun.

Tanah ini akan kembali jadi hakmilik kerajaan negeri apabila dah tamat tempoh pegangan.

Namun, ia perkara yang jarang berlaku. Biasanya, pemilik tanah leasehold ini akan diberi peluang untuk memperbaharui (atau panjangkan) tempoh pajakan ini.

Pemilik perlu membayar sejumlah premium mengikut kadar nilai semasa yang telah ditetapkan.

Untuk memperbaharui tempoh pajakan ini, tak perlu tunggu sehingga tamat tempoh, baru kita boleh buat.

Kita boleh sahaja memohon untuk panjangkan tempoh ini apabila ia jadi semakin pendek tempohnya (sekitar 30 atau 50 tahun). Kita boleh buat perkara ini di Pejabat Tanah.

Petugas di Pejabat Tanah akan maklumkan kepada korang jumlah premium yang perlu dibayar, dan buat bayaran sebelum ia diluluskan.

Di negeri Selangor (sekitar tahun 2011), pemilik yang nak terus tinggal di hartanah leasehold hanya perlu bayar RM1,000 sahaja, berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran semasa (sehingga pemilik jual hartanah itu).

Jumlah ini sangat kecil dan ia adalah tindakan yang baik daripada kerajaan negeri Selangor.

Adakah dokumen leasehold lain daripada freehold?

Dokumen pegangan jenis pajakan juga ada pengenalan tersendiri mirip hakmilik freehold. Ia bergantung kepada status Pajakan atau Pajakan Mukim, sama seperti hartanah freehold.

Adakah banyak projek perumahan sekarang berstatus freehold?

Secara am, tanah yang digunakan untuk projek perumahan pada masa ini memegang status Pajakan. Ini sebab tanah yang ada sekarang dipinjamkan kepada oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek perumahan terdahulu yang tanah itu dimiliki oleh individu sahaja yang memiliki status freehold. 

Apakah perbezaan antara hartanah jenis freehold danleasehold dari sudut nilai?

Dari segi nilai pula, hartanah dengan ciri-ciri yang sama (tak kira rumah jenis landed, apartment, semi-d, atau sebagainya) mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan freehold berbanding leasehold. 

Selain itu, faktor lain yang akan mempengaruhi nilai hartanah adalah seperti permintaan (demand) hartanah.

Ia juga bergantung kepada tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk hartanah leasehold, dan ini perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kerja pindahmilik yang boleh makan masa sehingga 1 tahun.

Apa pula maksud pegangan jenis Hakmilik Sementara?

Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini, dokumen hakmilik muktamad akan gunakan nombor pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, atau Pajakan Mukim.

Untuk pegangan jenis ini, nombor pengenalan yang mungkin korang pernah lihat adalah seperti H.S (D) 1234, atau H.S (M) 1234. Huruf pengenalan H.S ini merujuk kepada Hakmilik Sementara, dan huruf (D) dan (M) ini pula merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah.

Ia boleh dijelaskan begini:

D (Daftar): Pejabat Pendaftar Negeri, danM (Mukim): Pejabat Tanah Daerah.

Ramai yang keliru dengan menganggap Hakmilik Sementara sama seperti hartanah leasehold.

Ini adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh jadi pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold), dan ia boleh dirujuk dalam dokumen hakmilik.

Walaupun Hakmilik Sementara bukan dokumen hakmilik muktamad, ia tetap sah digunakan menurut segala butiran yang tercatit dalam dokumen itu, sehingga hakmilik muktamad dikeluarkan.

Hakmilik muktamad adalah hakmillik yang berdasarkan ukuran akhir (atau sebenar) daripada pihak Pejabat Tanah. Ada kemungkinan saiz ini akan sedikit berbeza daripada saiz dalam dokumen Hakmilik Sementara sebelum ini.

Hukum keputihan

Assalamualaikum. Saya berterimakasih kepada Yasmin Khaula (Pensyarah Syariah USIM) dan Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif (kelulusan Syariah University Al-Azhar), kerana mengesahkan fiqah wanita berkenaan keputihan wanita.

Saya faham kenapa pendapat ulama-ulama berbeza tentang keputihan wanita. Jika kita tidak pasti daripada mana asal datangnya, itu lah yang menyebabkan perbezaan pendapat.

Saya sampaikan hanya yang jelas dahulu. Yang mana belum jelas boleh rujuk kepada expert ugama.

PERTAMA:
Segala yang mengalir di dalam tubuh bila keluar di luar badan dinamakan najis seperti darah, kencing, muntah, tahi.

KEDUA:
Jika keputihan, cecair atau lendir itu yang berasal daripada luar faraj dan rahim (iaitu bahagian kemaluan di luar yang boleh dibasuh), maka ianya bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

KETIGA:
Jika keputihan cecair atau lendir datangnya daripada dalam faraj atau rahim tetapi belum lagi keluar daripada dalam faraj, ia bukan lah najis, sehingga ia keluar daripada pintu faraj. Tidak ada dalam Islam yang menyuruh kita meruang.

KEEMPAT:
Bila keputihan keluar daripada faraj, ia membatalkan wudu. Cuci kemaluan dan ambil wudu semula.

KELIMA:
Jika semasa solat, keluarnya cecair, dan kita tidak pasti sama ada cecair itu asalnya datang dari luar atau dari dalam faraj, tidak batal wudu.

KEENAM:
Jika semasa solat, keluarnya cecair yang datang dari faraj, dan kita tidak sengaja sebab ini adalah di luar kawalan wanita, ramai ustaz ustazah berpendapat solat kita tidak batal, tetapi cuci dan ambil wudu semula dan pakai pad/panty liner apabila masuk waktu untuk solat yang kemudian, seperti juga kencing yang tidak lawas.

-----------------------------------------------

Sekarang saya nak tunjuk pula anatomi wanita yang ramai ustaz ustazah tidak tahu, tetapi ini sebenarnya menyokong pendapat ulama . Sila lihat gambar.

Sekarang saya sampaikan pendapat dari ilmu sains kesihatan wanita yang juga tidak bercanggah dengan pendapat ustaz dan Ustazah.

Memang tidak ada kelenjar di dalam faraj yang membuat cecair atau lendir kelembapan faraj.

Semua lendir yang bukannya berpenyakit dan bukannya darah (bukan haid, wiladah, nifas dan istihadah) datang dari 3 tempat dan semua wanita yang subur dan sihat mengalaminya:

1) Kelenjar Bartholin's Gland.

Tempatnya di luar faraj dan luar rahim. Ia mengeluarkan lendir dari di pintunya di sebelah permukaan luar dinding faraj. Ia membasahkan permukaan luar Qubul dan dinding faraj. Tidak ada bau dan adakala nya lendir ini keputihan sedikit dan adakala seakan-akan kekuningan sedikit terutamanya jika sudah dibiarkan kering berkerak di seluar dalam, dan ia boleh menjadi lebih melekit jika wanita tak minum air dengan secukupnya (dehydration)

Ini lah dinamakan Ruthubah Al-Faraj atau Rutubatul Farj. Hukumnya BUKAN NAJIS, seperti peluh di badan kita. Tidak membatalkan wudu.

Tanpa lendir ini wanita tidak akan selesa membuat hubungan kelamin. Kelenjar Bartholin's ini  mengeluarkan lebih lagi lendir semasa hubungan kelamin.

Ini lah dinamakan MAZI. Hukumnya juga BUKAN NAJIS tetapi sebab ia keluar dalam keadaan shahwat, ia membatalkan wudu, dan kena mandi hadas, walaupun ia datangnya dari kelenjar yang sama yang membuat Ruthubah Al-Faraj.

Tugas kelenjar Batholin's juga menjaga kelembapan faraj sentiasa, melindungi kulit faraj daripada serangan bakteria dan juga air kencing yang datang dari saluran urethra. Jika faraj kering, wanita tidak akan rasa selesa apabila terkena air kencing. Sewaktu selesai kencing kelenjar ini akan mengeluarkan lendir keputihan yang melindungi dinding faraj.

Ini lah yang dinamakan WADI iaitu lendir keputihan yang didapati keluar selepas kencing. Ia juga BUKAN NAJIS, tetapi memang pun selepas kencing, kita cuci kemaluan dan ambil wudu semula.

2)Kelenjar Skene's Gland itu sekarang dikenali dengan nama baru, iaitu Prostate Wanita. Ia menjadi bengkak dalam shahwat dan mengeluarkan air MANI pada masa persetubuhan, juga di luar pintu faraj. Ia BUKAN NAJIS, tapi sebab keluar dalam shahwat, membatalkan wudu dan kena mandi hadas.

3)Cervical mucus.
Ini adalah lendir atau keputihan yang datang dari pangkal rahim bagi wanita yang subur di antara haid. Ia juga dikeluarkan semasa mengandung dengan tujuan melindungi wanita daripada kemasukan kuman, dan menetapkan pH yang seimbang di dalam faraj. Bila ia keluar daripada faraj, walaupun ianya BUKAN PENYAKIT, ia digelar NAJIS dan membatalkan wudu. Tak perlu mandi hadas sebab bukan dalam shahwat, tetapi sebab ia NAJIS kena bersihkan seluar dalam atau tukar panty liner.

Saya sertakan Fatwa Majlis Jordan.

Jika ada keraguan, atau perlukan kepastian mengenai penyakit, sila buat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan. Bukan makan jamu atau Maajun yang tidak berdaftar.

Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Bosnia Herzegovina

Tahukah anda mengenai sejarah Bosnia?

Bosnia Hercegovina mempunyai populasi penduduk seramai 3.8 juta orang dan 40 peratus daripada jumlah tersebut beragama Islam iaitu kira-kira 1.5 juta orang.

Tanggal 6 April 1992 hingga Disember 1995 mengingatkan penduduk dunia kepada kekejaman tentera Serbia terhadap umat Islam Bosnia di bekas jajahan Yugoslavia sepanjang tiga tahun perang itu tercetus. Bagi mangsa perang yang terselamat, penderitaan yang dilalui sepanjang tiga tahun perang itu tidak pernah luput daripada ingatan, terutamanya bagi etnik Bosnia yang beragama Islam.

Ia bermula dengan pembunuhan seorang gadis etnik Islam Bosnia oleh seorang penembak curi askar Serbia ketika gadis itu menyertai sekumpulan 100,000 penduduk Bosnia daripada pelbagai agama dan etnik berarak secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia Herzegovina daripada Yugoslavia dan menyatakan protes mereka terhadap tindakan Tentera Rakyat Yugoslav (JNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosnia dan Croat.

Beberapa pertubuhan dunia melaporkan, hampir 200,000 orang terbunuh dalam perang itu dan kebanyakan mangsa merupakan 65 peratus golongan etnik Islam Bosnia, termasuk lebih 1,000 kanak-kanak.Pelbagai kisah penderitaan diceritakan sendiri oleh mangsa perang, saudara-mara, ahli keluarga yang terbunuh dalam perang itu termasuk kekejaman askar Serb, lebih-lebih lagi tentera Serbia di bawah komander Bosnia Serb, Jeneral Ratko Mladic yang diarah oleh pemimpin Yugoslovia ketika itu, Radovan Karadzic untuk melancarkan kempen penghapusan etnik bagi membunuh penduduk Islam Bosnia. Mladic yang dikenali dengan gelaran 'Penyembelih Bosnia' kerana peranan dan bertanggungjawab melakukan 'Penyembelihan Srebrenica', iaitu tragedi pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah selepas Perang Dunia Kedua, ketika menceroboh Srebrenica, 120 kilometer dari Sarajevo, dengan membunuh lebih 8,000 penduduk Islam tempatan serta memusnahkan hampir 80 peratus rumah di Srebrenica. Ketika serangan dilancarkan, hampir 15,000 orang bertarung nyawa dengan mendaki gunung di bandar Tuzla dan terpaksa berjalan sejauh 100 kilometer bagi mengelakkan dibunuh jika ditemui oleh tentera Serbia.

Keganasan tentera Serb tidak terhenti setakat itu, penghapusan etnik turut dilakukan terhadap wanita Islam Bosnia dan melakukan keganasan termasuk merogol mereka yang ditempatkan di seluruh kem tahanan di Bosnia. Sesetengah wanita dirogol berulang kali oleh tentera Serb pada setiap malam.

Dilaporkan kira-kira 50,000 wanita Islam Bosnia menjadi mangsa rogol dan 2.2 juta lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Serb. Malah, wanita Islam yang sedang mengandung juga tidak terlepas daripada kekejaman Serbia apabila janin atau bayi mereka yang di dalam kandungan dikorek keluar dengan tujuan tiada lagi bayi etnik Islam Bosnia yang lahir ke muka bumi ini. Dalam kes yang dilaporkan berlaku di dalam sebuah kem pelarian mangsa perang yang ditawan oleh tentera Serb, menyaksikan ribuan penduduk Islam diasingkan antara lelaki dan wanita. Sementara itu, sebahagian wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke kem lain dan selebihnya terutama lelaki dibunuh dengan kejam sama ada disembelih atau ditembak.

Ada juga saksi menceritakan jiran-jiran yang bukan berketurunan Bosnia Islam turut mengambil kesempatan membunuh lelaki dan merogol wanita etnik Bosnia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula 'gagal' menyalurkan bantuan kerana askar Serb sering menghalang bantuan kepada penduduk Bosnia yang terjejas akibat bekalan elektrik dan gas terputus dan makanan yang tidak mencukupi terutamanya pada musim sejuk.

Penduduk Bosnia terkepung selama 1,426 hari di Sarajevo, ibu negara Bosnia-Herzegovina. Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan, lebih lama daripada kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) semasa Perang Dunia Kedua. Seramai 380,000 penduduk Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena tembakan meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari. Selepas perang tamat, banyak kubur besar mangsa askar Serb ditemui satu persatu, mengandungi tulang dan mayat manusia yang ditanam beramai-ramai dipercayai mayat penduduk Bosnia. Selepas lama perang itu berlalu, kesengsaraan penduduk Islam Bosnia terus dikenang dengan mengadakan pelbagai acara dan tragedi itu pasti tidak akan hilang daripada ingatan sampai bila-bila.
- Sumber Utusan Malaysia

Isnin, 4 Disember 2017

Mengenal akhlak Rasulullah swt

MENGENAL AKHLAK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW ﷺ*

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Salam Maulidur Rasul 1439H

Jom perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Ahad, 3 Disember 2017

Pengertian IQ, EQ, SQ, AQ, Dan ESQ

Intelligence Quotient (IQ)

IQ merupakan kependekan dari Intelligence Quotient yang artinya ukuran kemampuan intelektual, analitis (kemampuan menganalisa), logika dan rasio seseorang. Dengan demikian, IQ berkaitan pada keterampilan berbicara, kesadaran akan sesuatu di sekelilingnya dan penguasaan matematika.

Salah satu contoh sederhananya ialah apabila langit mendung, maka hari akan hujan.

Atau, papa mempercayai kita untuk meletakkan televisi di dalam kamar, namun ia melarang kita menonton televisi lewat dari jam 9 malam. Apa yang terjadi bila kita melanggarnya? Papa akan memarahi kita dan menarik fasilitas (televisi) tersebut.



Emotional Quotient (EQ)

EQ adalah kemampuan berkomunikasi seseorang dalam dua dimensi, yaitu arah ke dalam (personal) dan arah ke luar (interpersonal).

Personal ialah komunikasi yang dilakukan seseorang pada dirinya sendiri. Hal ini berguna untuk menumbuhkan kesadaran diri (self awareness), penerimaan diri (self acceptance), menghargai diri sendiri (self respect), dan penguasaan diri (self mastery).

Contohnya ketika kita mengharapkan papa membelikan handphone tetapi papa tidak mengabulkannya. Pada masalah ini EQ personal kita bermain, seberapa besar kesadaran diri tentang manfaat handphone terhadap kita.

Kemudian ketika kita menyadari bahwa manfaatnya sangat kecil, kita mulai menerima keputusan papa tersebut. Dengan menerima hal itu pula, kita tidak akan merasa sebagai orang yang menyedihkan meskipun teman-teman kita memiliki handphone.

Sementara interpersonal adalah kemampuan memahami, menerima, mempercayai, dan mempengaruhi orang lain. Salah satu contoh adalah ketika kamu meminta saran dari teman dekatmu, temanmu itu akan memberikan tanggapannya. Tanggapannya itulah yang perlu kamu pahami dan terima dengan baik.



Spiritual Quotient (SQ)

SQ adalah kemampuan seseorang untuk dapat memahami arti hidup. Hal ini menyangkut hubunganmu dengan Tuhan, Sobat Orbit.



Adversitas Quotient (AQ)

AQ adalah kemampuan seseorang saat menghadapi segala kesulitan. Beberapa orang mencoba untuk tetap bertahan menghadapi kesulitan tersebut, sebagian orang lainnya mudah takluk dan menyerah.



Emotional Spiritual Quotient (ESQ)

ESQ merupakan sebuah singkatan dari Emotional Spiritual Quotient yang merupakan gabungan EQ dan SQ, yaitu Penggabungan antara pengendalian kecerdasan emosi dan spiritual. Definisi, Emosional Spiritual Quotient (ESQ) Model adalah Model Kemampuan seseorang untuk memberi Makna Spiritual terhadap Pemikiran, Prilaku/Ahlak dan Kegiatan, serta Mampu Menyinergikan IQ (Intelegent Quotient) yang terdiri dari IQ Logika/Berpikir dan IQ Financial / Kecerdasan memenuhi kebutuhan hidupnya/keuangan, EQ (Emosional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) secara komprehensif.

Manfaat yang bisa di dapat adalah tercapai nya keseimabangan antara hubungan Horizontal (manusia dengan manusia) dan Vertikal (manusia dan Tuhan). ESQ juga dapat membuat kita lebih percaya diri dalam melakukan suatu tindakan.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post