Ahad, 21 November 2021

KESAN JIKA TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL

Takaful atau pelan perlindungan masih lagi menjadi topik sensitif untuk dikupaskan memandangkan mentaliti masyarakat terhadap Takaful masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Statistik pun mengatakan Hanya 44% Rakyat Malaysia Ada Takaful.


“Tak mampu lah..” dan “Nanti dulu lah..” merupakan alasan utama.

Ramai yang melihat Takaful sebagai satu bebanan dan komitmen yang tidak penting. Namun, tiada satu pun kerugian jika anda mengambil Takaful atau pelan perlindungan, apatah lagi jika anda sudah berkeluarga. 

Sebenarnya, terdapat banyak keburukan tiada Takaful yang perlu anda risaukan. Biarpun yakin 100% takkan ada apa-apa penyakit pada kemudian hari, apakah anda percaya bahawa malang itu tidak berbau?

Jadi apakah yang akan terjadi jika kita tiada perlindungan Takaful?

#1 Tiada Perlindungan Masa Hadapan

Pasti kita pernah melihat situasi mereka yang memerlukan bantuan kos pembedahan dan rawatan yang mencecah nilai ribuan ringgit. Tanpa Takaful, itulah risiko dan keburukan yang perlu kita sedari.

Dari mana datangnya wang yang banyak untuk kita biayai kos rawatan suatu hari nanti?

#2 Lebih Berisiko Ketika Bekerja

Kenapa ada orang yang kerja membanting tulang demi sesuap nasi walaupun kerjanya amat berat? Tanpa pekerjaan, dia tidak dapat menyara keluarganya.

Biarpun kerja tersebut berisiko tinggi, tetapi dia tetap rajin dan bekerja kuat. Risiko berbaloi dengan pelan perlindungan yang telah diambil olehnya, sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku padanya, waris dan anaknya tetap terjamin.

Keburukan tiada Takaful adalah risiko kerja menjadi lebih tinggi.

#3 Mengikut Sejarah Keluarga

Sekiranya sejarah keluarga kita mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan tidak berapa elok, jangan teragak-agak untuk mengambil Takaful. Kemungkinan kesihatan kita juga bakal mengikut sejarah keluarga, siapa tahu masa akan datang bagaimana?

Pilihlah polisi Takaful yang benar-benar memberi perlindungan bagi situasi sebegini.

#4 Tiada ‘Backup’ Kewangan

Ada Takaful yang menekankan konsep simpanan dan pelaburan, di mana mereka akan membayar kita semula berdasarkan jumlah yang kita carum setiap bulan. Ada juga Takaful yang tiada elemen simpanan atau pelaburan.

Sekiranya tiada Takaful, kita mungkin berdepan dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan dan hanya berharap kepada duit simpanan dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

#5 Tiada Manfaat Kepada Waris

Sudahlah miskin harta, tinggalkan waris dalam kesusahan pula.

Keburukan tiada Takaful adalah waris tidak mendapat apa-apa manfaat apabila kita sudah tiada lagi. Kasihan kepada mereka yang terpaksa menggantikan tempat anda untuk mencari rezeki.

Itulah yang akan terjadi jika kita tiada Takaful. Jangan risau, kita masih mampu mengubahnya.

#6 Tidak Mampu Biaya Kos Perubatan Susulan

Apabila kita mengalami kemalangan atau kesakitan, pastinya memerlukan rawatan susulan. Apa akan jadi jika tiada Takaful? Kita terpaksa bayar sendiri 100%.

Kita terpaksa memikirkan cara untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan susulan. Ada Takaful yang menawarkan pembiayaan bagi rawatan susulan untuk beberapa kali. Ini pastinya akan memudahkan urusan anda.



#7 Tiada Keyakinan Diri dan Tiada Aset

Sebenarnya, mengambil pelan perlindungan atau Takaful adalah satu tiket untuk kita menjadi lebih yakin. Takaful boleh dikatakan aset perlindungan hayat untuk diri kita.

Rugi bagi mereka yang tidak fikir secara jauh dan matang. Mereka yang ada Takaful ni kira golongan yang bijak dan berfikiran jauh.

#8 Jauh Daripada Peluang Jana Pendapatan

Perasan tak, orang yang ada Takaful ini pasti mempunyai kesedaran dan pandai menasihati orang. Ini kerana sikap mereka yang menyedari kepentingan Takaful.

Jika kita mempunyai ciri-ciri Takaful Advisor yang baik, apa kata kita jana pendapatan sampingan dengan mempromosikan Takaful secara part time kepada rakan-rakan dan ahli keluarga?

Sambil bagi kesederan, dapat juga buat pendapatan sampingan.

Tidak ada satu kerugian pun jika kita mulakan dengan mengambil perlindungan Takaful yang sesuai hari ini juga!






Nak fahamkan lagi keburukan kalau tak ada Takaful? Cuba tanya dekat seorang balu.

Sabtu, 20 November 2021

TIP TAKAFUL : KELEBIHAN MELABUR DALAM TAKAFUL

 Peluang pelaburan tersedia menerusi pelbagai cara di serata dunia. Sama ada anda melaburkan wang di pasaran saham, membeli saham daripada syarikat rakan anda ataupun membeli hartanah untuk disewa atau dijual, semua cara ini berpotensi untuk menggandakan wang anda. 

Sebab utama dan yang paling asas untuk membuat sesuatu pelaburan adalah untuk menjana lebih banyak wang. Tidak dinafikan setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Secara umumnya, semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung. Maka, kemungkinan untuk memperolehi keuntungan yang tinggi adalah sama dengan kemungkinan untuk kehilangan semua wang yang telah anda laburkan. 

Tetapi sebelum anda mengetepikan niat untuk melabur, terdapat pelbagai pilihan pelaburan dengan risiko yang kurang membahayakan kewangan anda. Menjadikan pelaburan lebih selamat dan berpatutan Ramai di antara kita tidak mempunyai wang dalam ribuan atau ratusan ribu untuk membuat pelaburan yang besar. Ini mungkin bagus juga kerana kurang kecenderungan untuk anda melaburkan wang anda dalam pasaran yang berisiko tinggi. Namun begitu, pulangan yang anda perolehi daripada simpanan dalam akaun bank adalah rendah ataupun tiada pulangan langsung. 

Satu cara pelaburan yang selamat, tetap dan berpatutan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan. Anda bukan sahaja boleh meraih pulangan pelaburan daripada bayaran sumbangan bulanan yang rendah tetapi juga mendapat perlindungan serta jaminan kewangan untuk diri anda dan orang tersayang. 

Bagaimana pelaburan dalam Takaful berfungsi ?. 

Melabur dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah mudah dan tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi. Sama ada anda memilih untuk membuat sumbangan pada setiap bulan, setiap suku tahun, ataupun sekali setahun, bayaran sumbangan anda akan dibahagikan kepada tiga: 

1) sebahagian jumlah akan dimasukkan ke dalam dana Tabarru`, 

2) bayaran Wakalah atau fi pengendali Takaful, dan 

3) selebihnya akan dimasukkan kedalam dana berkaitan pelaburan patuh syariah pilihan anda. Anda tidak boleh membuat pengeluaran daripada dana Tabarru`, kerana sumbangan dalam dana ini akan digunakan untuk membayar segala manfaat dan tuntutan, termasuk tuntutan bagi bil rawatan hospital serta hibah. 

Pelaburan anda boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuk mengekalkan jumlah pengeluaran dan baki minimum dalam akaun pelaburan. Jumlah minimum ini bergantung pada jenis dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Sudah tentu, jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dan lebih lama dana itu dilaburkan, lebih tinggi pulangan tunai yang dijanakan. 

PruBSN menyediakan tujuh jenis dana berkaitan pelaburan patuh syariah yang disertakan bersama sijil Takaful kami. Setiap satu mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza. Anda akan kekal mendapat perlindungan dan menerima manfaat daripada pelan Takaful anda tanpa mengira prestasi pelaburan anda. 

Kami kongsikan ciri-ciri utama pelan Takaful berkaitan pelaburan untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. 

Dapatkan perlindungan dengan PruBSN Setia, pelan paling menyeluruh Jika anda mahu mendapatkan manfaat sepenuhnya dari sijil Takaful anda, PruBSN Setia adalah pelan paling tepat untuk anda. PruBSN Setia bukan sekadar pelan berkaitan pelaburan, ia juga menawarkan manfaat kematian dan hilang upaya kekal & menyeluruh; pembayaran balik untuk perbelanjaan medikal dan kemasukan hospital; perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, rawatan akibat kemalangan; dan perlindungan pendapatan akibat kemalangan. 

PruBSN Setia juga memberikan pilihan penambahan rider untuk mendapatkan pelan yang lebih menyeluruh dan sesuai mengikut keperluan anda, serta tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun! Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, jumlah pulangan yang diperoleh melalui Takaful Saver akan membantu anda membina wang simpanan untuk persaraan anda pada masa depan. 

Lindungilah masa depan anak anda dengan PruBSN Impian Direka untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan anak anda, PruBSN Impian merupakan pelan khas untuk kanak-kanak yang berumur antara 14 minggu dalam kandungan sehingga 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberikan manfaat perbelanjaan perubatan bagi penyakit kanak-kanak serta rawatan lain disebabkan penyakit dan kecederaan, tetapi juga melindungi ibu dan bayi dalam kandungan melalui manfaat Pregnancy Care. Dengan kadar sumbangan yang berpatutan dan fleksibel, PruBSN Impian disertakan dengan rider Takaful Saver Impian bagi membantu anda membuat simpanan dan pelaburan untuk keperluan kewangan masa hadapan anak anda. Simpanan dan pelaburan boleh dikeluarkan dan dihadiahkan kepada anak apabila mereka mencapai umur 19 tahun. 

PruBSN Impian juga menawarkan EduAchieve Bonus yang memberikan ganjaran berbentuk wang tunai kepada anak anda atas kecemerlangan akademik dalam peperiksaan peringkat kebangsaan di sekolah rendah dan menengah, serta pencapaian akademik di peringkat Diploma atau Ijazah di universiti tempatan, selagi mereka berumur bawah 18 tahun – ini adalah dorongan terbaik untuk mereka cemerlang dalam pembelajaran! 

Berikan ketenangan minda kepada orang yang tersayang dengan PruBSN WarisanPlus 

PruBSN WarisanPlus merupakan pelan Takaful yang direka dengan tujuan memberikan keselamatan dan perlindungan warisan anda kepada orang yang tersayang. Disertakan dengan perlindungan perubatan bagi penyakit unik serta pilihan untuk penambahan rider mengikut keperluan perlindungan anda, PruBSN WarisanPlus menawarkan perlindungan minimum yang tinggi sebanyak RM250,000* akan dapat meringankan beban keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia atau menghadapi hilang upaya kekal & menyeluruh. Pelan ini turut merangkumi pembiayaan kos pengebumian, dan orang tersayang anda akan mendapat hak penuh ke atas manfaat Takaful anda tanpa perlu menjalani prosedur pengurusan harta pusaka yang rumit. 

Dengan sumbangan bulanan serendah RM100 bagi orang dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, PruBSN WarisanPlus adalah pelan yang amat berpatutan dan mampu dimiliki. Selain membina simpanan melalui Takaful Saver atau Takaful Kid, anda juga boleh memilih untuk menjana pendapatan melalui tujuh jenis dana berkaitan pelaburan dengan tahap risiko yang pelbagai untuk meningkatkan jumlah pulangan anda. 

Berminat untuk menggandakan wang anda? Mulakan dengan membuat pelaburan bersama PruBSN hari ini.

Hubungi saya

HIBAH takaful Kenapa Mesti Ada

1. Jika kita masih hidup, sediakan wasiat dan hibah buat keluarga kita. 

 2. Bila isteri bertanya, "Duit KWSP abang siapa penama?" jangan cepat cepat tuduh mereka gila harta. Mereka perlu bahagikan ikut faraid juga nanti lepas tolak semua hutang kita. Bukan hak mereka sepenuhnya. 

 3. Bila isteri minta suami, "Abang dah buat hibah simpanan ASB abang?" jangan cepat tuduh dia mata duitan. 

 4. Ketika kita didalam kubur, kereta buruk kita pun orang akan rebutkan, apatah lagi simpanan. 

 5. "Alah adik beradik abang tak macam tu la..!" ketahuilah bahawa pusat tahfiz pun ada kes pencabulan apatah lagi hak anak yatim yang ditinggalkan. Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai. 


 Bagi isteri, buat simpanan, perlindungan sebelum suami meninggal pergi. Sesungguhnya kematian sangat dekat dengan kita kini.

Jumaat, 17 September 2021

 


Kepentingan Ilmu

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memuliakan manusia dengan kekuatan tubuh badan maupun ketegapannya dan tidak pula Allah s.w.t memuliakan seseorang dengan ketampanan paras rupanya dan ketinggian tubuh badannya. Akan tetapi Allah s.w.t memuliakan manusia kerana akalnya. Allah s.w.t mengurniakan kepada manusia akal untuk memakmurkan bumi ini dan untuk mengabdikan diri mrereka kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Namun kemampuan akal terbatas untuk memikirkan semua perkara yang ada dan untuk mengenali Allah s.w.t. Walaupun akal itu dikurniakan Allah dengan kekuatan kefahaman dan pengetahuan namun ia tetap lemah kecuali dengan panduan daripada Allah s.w.t.

Di dalam menghiasi anugerah Allah ini, ketinggian ilmulah merupakan sebaik-baik perhiasannya . Jika setiap sesuatu perkara mempunyai kunci, maka kunci bagi akal adalah ilmu. Tanpa ilmu manusia tidak mampu mengenal dan mengetahui tujuan sebenar ia diciptakan. Tanpa ilmu juga manusia tidak dapat mengenal siapakah Pencipta mereka. Maka manusia memerlukan ilmu untuk mengenal Allah dan untuk beribadat kepadaNya.

Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan orang-orang yang mempunyai ilmu dengan mereka yang mendapat petunjuk. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 7:

Ertinya: Dan tidaklah mengingati Allah kecuali mereka yang mempunyai akal.

Begitu juga banyak hadith-hadith Rasulullah mengenai keutamaan ilmu dan ulama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Keutamaan orang alim keatas seorang abid seperti keutamaanku ke atas orang-orang yang dekat diantara kamu".

Ini adalah kerana ilmu itu jika disaingkan dengan keimanan, akan membawa seseorang kepada tahap ketaqwaan dan keimanaan yang lebih tinggi lagi. Renungkanlah firman Allah s.w.t yang berbunyi:

Yang bermaksud: "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.". (Surah Faathir ayat 28.)

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa ulama lah yang paling tunduk dan taat kepada Allah. Mereka dapat melihat dan memahami kebesaran Allah s.w.t melalui ilmu mereka. Dengan pemahaman dan penghayatan terhadap kebesaran Allah s.w.t itulah akan membuatkan mereka lebih takut kepada Allah dan secara langsung meningkatkan ketaqwaan mereka.

Di dalam Islam, tidak ada ibadah yang lebih baik dari menuntut ilmu. Kerana ibadah dengan ilmu adalah lebih baik dari ibadah tanpa ilmu. Mereka yang menuntut ilmu dianggap berjuang dalam jalan Allah. Mereka yang menuntut ilmu dihormati oleh sekelian makhluk. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi :

Ertinya: Kelebihan orang mukmin yang alim atas mukmin yang rajin beribadah adalah tujuh puluh kali ganda.

Keutamaan ulama bukan hanya setakat ketika mereka hidup di dunia ini, malah setelah mereka pergi meninggalkan dunia ini jasa mereka tetap dikenang. Jika kita lihat peristiwa pengebumian para shuhada Uhud, apabila mereka dikebumikan secara berdua-dua, Rasulullah mengutamakan orang yang paling berilmu di antara mereka . Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : "Siapakah orang yang lebih mengetahui kitab Allah? Sahabat menjawab : "Ini ya Rasulullah". Maka mayat tersebut didahulukan daripada yang lain, kemudian diletakkan ke dalam liang lahad.

Begitu juga, selepas berlalunya abad lebih dari seribu tahun , manusia masih lagi menyebut tentang ulama-ulama besar yang telah pun menghabiskan masa mereka mengarang ratusan buku di dalam kehidupan mereka . Walaupun mereka sudah lama meninggalkan dunia ini, namun begitu nama-nama mereka tetap terpahat sehingga hari ini kerana ilmu yang mereka tinggalkan. Ulama lah yang membangkitkan tamadun ilmu Islam.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Mujaadilah ayat 11 yang berbunyi :

Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu: Berlapang-lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan (tempat) untukmu. Dan apabila dikatakan: Berdirilah kamu, maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi Ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Sekian, Wassalam..

Rabu, 1 Julai 2020

HUKUM KENAKAN CAJ APABILA PENYEWA TAMAT KONTRAK LEBIH AWAL.

HUKUM KENAKAN CAJ APABILA PENYEWA TAMAT KONTRAK LEBIH AWAL.

SOALAN : Saya ingin bertanya berkenaan sewaan di dalam Islam. Boleh ustaz terangkan serba ringkas. Selain itu saya ada rumah disewakan. dalam kontrak ada saya tetapkan, jika penyewa tamatkan sewaan awal, maka dia kena tanggung sewa itu sehingga ada penyewa baru mengambil tempatnya atau tamat tempoh kontrak asal. Contohnya: kontrak 12 bulan, sampai bulan ke 10 dia kena pindah, maka disini dia kena bayar sewa 2 bulan terakhir walaupun dia tak tinggal di rumah tersebut. Adakah kes ni termasuk dalam riba juga? Bagaimana pula dengan perkhidmatan internet streamyx yang memaksa pengguna membayar penuh jika menamatkan kontrak lebih awal?

JAWAPAN : Pertamanya, tahniah kerana saudara telah bertransaksi dalam urusan sewa menyewa dengan betul apabila kontrak disediakan. Di luar sana, terdapat ramai yang sedang menyewa rumah sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa disertai sebarang perjanjian hitam putih. Sedikit malang kerana saya ada bertemu beberapa individu di Malaysia dan luar negara yang kelihatan berbangga kerana kononnya tuan rumahnya begitu ‘sempoi', mudah dan tidak formal.

Tiada perjanjian, tiada deposit dan lain-lain, semuanya bagus katanya, tidak memeningkan kepala untuk tandatangan di sana sini, tidak perlu cari ‘referees' untuk dokumen dan lain-lain.

Padahal individu tersebut tidak sedar, tidak semua keadaan mudah di atas akan membawa kebaikan buatnya. Mudah memang mudah di awalnya, namun bimbang atas kemudahan itu juga melahirkan ketidakpastian (gharar) seperti boleh dihalau keluar secara tiba-tiba. Tatakala itu, tiada sebarang dokumen boleh yang membantu mempertahankan hak kita selaku penyewa.

Ketahuilah aqad (kontrak) sewaan di dalam Islam adalah :-

1)    AQAD JENIS LAZIM: Ia jenis aqad yang tidak boleh ditamatkan dengan kehendak atau tindakan satu pihak sahaja. Ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang dinamakan aqad lazim.  Namun, jika anda menyewa rumah tanpa sebarang perjanjian hitam putih yang jelas, walau dengan sebaik manapun tuan rumah anda.

Penamatan dari satu pihak mungkin boleh berlaku dan boleh mengakibatkan pergaduhan dan pertengkaran. Telah banyak saya dengar pelajar Malaysia di luar negara yang dihalau keluar dalam tempoh 24 jam oleh tuan rumah mereka, tiada pilihan kerana tiada kontrak untuk menguatkuasakan hak bila berlaku masalah ini. Bila ia berlaku, ia bercanggah dengan hukum Islam kerana ia adalah aqad lazim.

2)    MESTI ADA TEMPOH MULA DAN TAMAT : Tempoh mesti ditetapkan dengan jelas : Bila bermula dan bila tamatnya. Ia amat perlu bagi mengelak sebarang risiko terhadap penyewa dan memudahkan pemberi sewa merancang juga. 

3)    DEPOSIT DIBENARKAN: Hukum Islam membenarkan tuan rumah mengambil deposit yang dinamakan ‘urbun' dalam aqad sewaan. Dan ‘urbun ini adalah termasuk dalam kategori bayaran sewaan juga, cuma ia dibayar in advance' sahaja.

Pengambilan ‘urbun ini dibenarkan atas dalil tindakan Umar Al-Khattab r.a yang melakukannya dengan persetujuan para sahabat yang lain. (Qarar Majma Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dawli no 72 (8/3) )

4)    TANGGUNG JAWAB MAINTANANCE ASAS : Tidak boleh untuk tuan rumah untuk mensyaratkan penyewa untuk memperbaiki kerosakan asal atau kerosakan major pada struktur asas rumah yang bukan rosak disebabkan penggunaan penyewa. Adapun, menukar bulb mentol yang terbakar boleh dipertanggungjawabkan kepada penyewa. (Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah, hlm 138 ; Fatwa Majlis Shariah Al-Barakah, no 9/9)

TUNTUTAN BAKI SEWA

Berkenaan soalan sama ada penyewa boleh menuntut baki 2 bulan sewa dari penyewa yang ingin menamatkan sewaan sebelum tarikh tamatnya. Pandangan majoriti ulama Fiqh [1] menyatakan penyewa mempunyai hak untuk perkara tersebut disebabkan hadis :

Ertinya : Orang Muslim tertanggugjawab atas persetujuan mereka, selagi mana tidak mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" ( Riwayat Ahmad 1/312 ; Ibn Majah 2/783 ; sanadnya baik)

Maka atas dasar hadis terbabit dan sifat sewaan yang tidak boleh ditamatkan kecuali melalui persetujuan kedua belah pihak. Apabila tarikh sewaan telah ditetap dan dipersetujui, kedua-dua belah pihak mesti menunaikan janji masing-masing. Apabila penyewa ingin keluar lebih awal, dia tidak boleh menamatkan kontrak sewa tersebut kecuali dengan persetujuan pemberi sewa.

Atas dasar itu, pemilik rumah sewa berhak menerima baki 2 bulan sewaan berdasarkan salah satu antara tiga situasi berikut :-

a-    Bayaran baki 2 bulan itu dijadikan syarat persetujuan menamatkan kontrak lebih awal. Tatkala itu, hadis berkenaan syarat dan persetujuan bersama adalah terpakai dan wang itu tidak termasuk dalam wang haram atau riba.

b-      Baki bayaran 2 bulan itu masih boleh dibayar atas asas sewaan juga, jika itu berlaku, maka penyewa masih tetap mempunyai hak untuk menggunakan rumah terbabit selama baki 2 bulan. Kemungkinan dia boleh membenarkan ahli keluaragnya yang lain memanfaatkan rumah tersebnut, namun ia tertakluk kepada kandungan kontrak. Dalam konteks ini, pemilik rumah pula tidak boleh menyewakan kepada selainnya sepanjang tempoh tersebut.

c-      Baki bayaran 2 bulan itu, diambil atas dasar WANG GANTI RUGI (TA'WIDH) atas pembatalan kontrak sebelum tempoh.  

Ketiga-tiga situasi di atas adalah diharuskan di sisi undang-undang Islam. Walaupun begitu, dikira satu sifat terpuji jika pemilik bersikap ihsan atau memberi sedikit diskaun kepada penyewa sekiranya alasan yang menyebabkan dia terpaksa menamatkan segera sewaan adalah munasabah dan layak dipertimbangkan sewajarnya.

Kesimpulan, selaku pemilik rumah sewa, anda sememangnya berhak dari sudut hukum Islam untuk menerima semua bayaran sewa yang berbaki dan ia bukan riba di sisi Islam, malah ia juga sah di sisi undang-undang berdasarkan kontrak yang ditandatangani bersama. Cuma pertimbangan untuk memberikan potongan terhadap kos sewa tersebut amat digalakkan di dalam Islam terutamanya jika pemberi sewa tidak terkena sebarang mudarat hasil penamatan awal tersebut dan penyewa pula mempunyai sebab yang munasabah.

Kes yang sama terpakai bagi pengguna internet streamyx sebagai contoh, yang mana kita biasanya mengikat kontrak untuk menggunakan khidmat internet selama 18 bulan, apabila kita ingin menamatkannya lebih awal, kita dituntut membayar semua baki untuk bulan-bulan yang akan datang, ia dibenarkan namun tidak dinafikan jikalau boleh memberi beberapa jalan keluar dengan persetujuan tanpa perlu membayar sepenuhnya tempoh yang brbaki, itu lebih baik disebabkan internet ini tidak melibatkan ruang seperti rumah, justeru, kerugian di pihak pemberi manfaat internet itu tidak begitu besar. 

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Jumaat, 17 April 2020

Ringkasan Terjemahan Surah Al - Khafi


Kenapa kita digalakkan membaca Surah ini terutama setiap malam jumaat ?

" Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. " (Mafhum hadith)
Persoalannya, mengapakah surah ini boleh lindungi kita dari Dajjal? 
( Takkan baca je dah boleh terhindar ? )
Pernah terfikir kenapa?
Inilah Rahsianya
Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain
Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Malah perkataan dajal satu pun tak ada  tertulis dalam surah ini
Betul tak?
So here we go 
Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:
Pemuda gua - Fitnah aqidah / iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan
Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti ! 
So Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal ?
Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi *solusinya* juga !
Bagaimana ?
*Fitnah aqidah* - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
*Fitnah harta* - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati / akhirat.
*Fitnah ilmu* - kena tawadhu' / rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONG untuk menuntut ilmu dari Khidir*.
*Fitnah kekuasaan* - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah.
Tunggu..
*Tapi ada yang lagi mind blowing !!*
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang *lebih dahsyat* lagi.
Tema utama surah ini ialah *DAKWAH!*
Tak percaya? Hehe.
Bukankah para pemuda al-Kahfi *berdakwah* kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu *dakwah*?
Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga *dakwah*?
Dan bukankah Zulqarnain *berdakwah* kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya ? 
Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu *berdakwah*. And it makes complete sense!
Dengan *berdakwah* lah, kita dapat *menjaga diri* kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
*Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar* nak jadi umat yg terbaik? Ini lah cara nya. Perkataan yg paling Allah suka iaitu *ajak manusia kpd Nya.*
Aslih nafsak, wad'u ghairak ! 
Orait kita beralih ke fitnah dajjal.
Ada 4.
*Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.*
Bagaimana?
*Fitnah Iman* :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.
*Fitnah Harta* :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.
*Fitnah Ilmu*:
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
*Fitnah Kuasa* :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi ( sebelum Nabi Isa turun membunuhnya ).
So dah nampak tak *macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?* It makes sense right?
Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan !
Sebab semua fitnah Dajjal tu on the way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.
Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah ( Dajjal ), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain !
Maka marilah
kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya !
  • Ajak lah manusia kpd Allah..ada di antara manusia yg kita kenal atau tak kenal, sayangi lah manusia2 itu yg tak kenal Allah. Paling tidak pun doa kan mereka agar mereka akan sembah Allah sebelum mereka mati
  • Ada di antara org yg kita kenal atau tidak kenal itu pula ada yg sudah pun Islam, namun jauh dari agama, tidak mengamal kan agama.

*Ingat*, semua Nabi dan Rasul telah di hantar kpd manusia pada setiap zaman di seluruh dunia. Allah beri tugas kpd mereka adalah *berdakwah*. Dengan perantaraan dakwah, maka Allah bimbing manusia dgn *Hidayah*. 
Hari ini, manusia pelbagai bangsa di seluruh dunia ini adalah umat Muhammad s.a.w. dan umat ini mewarisi kerja Nabi tersebut. Dan kerja itu adalah ajak manusia kepada Allah swt. Kerja *Dakwah*. 
Kerja ini adalah misi Nabi kita kepada semua manusia, sampai lah kpd manusia yg terakhir lahir sebelum saat nya kiamat. 
23 tahun Rasulullah s.a.w.tarbiyah sahabat2 baginda. Sahabat sahut dan hanya 10 000 sahaja sahabat di kebumikan di Madinah dan Makkah. Di beritakan ada 114 000 lagi para sahabat telah tinggal kan bumi Hijaz utk bawa manusia kepada Allah. Mereka faham tuntutan ini.
Berazam lah utk sahut dan sambut kerja ini di saat dunia ini telah tiba masa nya menyaksikan kehadiran dajjal dan solusi nya ialah buat kerja dakwah terus menerus. Semoga roh surah Al Kahfi ada dlm jiwa setiap dari kita.
Wallahu aqlam.

Isnin, 6 April 2020

covid19

18 Mac - 14 April 2020 
Perintah Kawalan Pergerakan ...

- harga minyak jatuh sehingga RM1.30 se liter
- Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
- Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
- Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan.
- Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
- Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 
- Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
- Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
- Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 
- Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
- Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
- Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
- Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
- Taman permainan kanak - kanak ditutup.
- Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
- Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
- Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
- Rak - rak di kedai menjadi kosong.
- Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
- Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
- Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
- Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
- Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
- Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
- Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
- Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
- Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
- " Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita akan sembuh bersama"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covie-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020

Kenapa saya tulis status ini?

Kerana , satu hari nanti ,status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post