Sabtu, 27 November 2021
Jangan Pernah Mengalah
Selasa, 23 November 2021
Hibah bagaimana berfungsi
Ahad, 21 November 2021
KESAN JIKA TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL
Takaful atau pelan perlindungan masih lagi menjadi topik sensitif untuk dikupaskan memandangkan mentaliti masyarakat terhadap Takaful masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Statistik pun mengatakan Hanya 44% Rakyat Malaysia Ada Takaful.
“Tak mampu lah..” dan “Nanti dulu lah..” merupakan alasan utama.
Sebenarnya, terdapat banyak keburukan tiada Takaful yang perlu anda risaukan. Biarpun yakin 100% takkan ada apa-apa penyakit pada kemudian hari, apakah anda percaya bahawa malang itu tidak berbau?
Jadi apakah yang akan terjadi jika kita tiada perlindungan Takaful?
#1 Tiada Perlindungan Masa Hadapan
Dari mana datangnya wang yang banyak untuk kita biayai kos rawatan suatu hari nanti?
#2 Lebih Berisiko Ketika Bekerja
Kenapa ada orang yang kerja membanting tulang demi sesuap nasi walaupun kerjanya amat berat? Tanpa pekerjaan, dia tidak dapat menyara keluarganya.
Biarpun kerja tersebut berisiko tinggi, tetapi dia tetap rajin dan bekerja kuat. Risiko berbaloi dengan pelan perlindungan yang telah diambil olehnya, sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku padanya, waris dan anaknya tetap terjamin.
Keburukan tiada Takaful adalah risiko kerja menjadi lebih tinggi.
#3 Mengikut Sejarah Keluarga
Sekiranya sejarah keluarga kita mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan tidak berapa elok, jangan teragak-agak untuk mengambil Takaful. Kemungkinan kesihatan kita juga bakal mengikut sejarah keluarga, siapa tahu masa akan datang bagaimana?
Pilihlah polisi Takaful yang benar-benar memberi perlindungan bagi situasi sebegini.
#4 Tiada ‘Backup’ Kewangan
Ada Takaful yang menekankan konsep simpanan dan pelaburan, di mana mereka akan membayar kita semula berdasarkan jumlah yang kita carum setiap bulan. Ada juga Takaful yang tiada elemen simpanan atau pelaburan.
Sekiranya tiada Takaful, kita mungkin berdepan dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan dan hanya berharap kepada duit simpanan dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
#5 Tiada Manfaat Kepada Waris
Sudahlah miskin harta, tinggalkan waris dalam kesusahan pula.
Keburukan tiada Takaful adalah waris tidak mendapat apa-apa manfaat apabila kita sudah tiada lagi. Kasihan kepada mereka yang terpaksa menggantikan tempat anda untuk mencari rezeki.
Itulah yang akan terjadi jika kita tiada Takaful. Jangan risau, kita masih mampu mengubahnya.
#6 Tidak Mampu Biaya Kos Perubatan Susulan
Apabila kita mengalami kemalangan atau kesakitan, pastinya memerlukan rawatan susulan. Apa akan jadi jika tiada Takaful? Kita terpaksa bayar sendiri 100%.Kita terpaksa memikirkan cara untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan susulan. Ada Takaful yang menawarkan pembiayaan bagi rawatan susulan untuk beberapa kali. Ini pastinya akan memudahkan urusan anda.
#7 Tiada Keyakinan Diri dan Tiada Aset
Sebenarnya, mengambil pelan perlindungan atau Takaful adalah satu tiket untuk kita menjadi lebih yakin. Takaful boleh dikatakan aset perlindungan hayat untuk diri kita.
Rugi bagi mereka yang tidak fikir secara jauh dan matang. Mereka yang ada Takaful ni kira golongan yang bijak dan berfikiran jauh.
#8 Jauh Daripada Peluang Jana Pendapatan
Perasan tak, orang yang ada Takaful ini pasti mempunyai kesedaran dan pandai menasihati orang. Ini kerana sikap mereka yang menyedari kepentingan Takaful.
Jika kita mempunyai ciri-ciri Takaful Advisor yang baik, apa kata kita jana pendapatan sampingan dengan mempromosikan Takaful secara part time kepada rakan-rakan dan ahli keluarga?
Sambil bagi kesederan, dapat juga buat pendapatan sampingan.
Tidak ada satu kerugian pun jika kita mulakan dengan mengambil perlindungan Takaful yang sesuai hari ini juga!
Nak fahamkan lagi keburukan kalau tak ada Takaful? Cuba tanya dekat seorang balu.
Sabtu, 20 November 2021
TIP TAKAFUL : KELEBIHAN MELABUR DALAM TAKAFUL
Hubungi saya
HIBAH takaful Kenapa Mesti Ada
Jumaat, 17 September 2021
Kepentingan Ilmu
Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memuliakan manusia dengan kekuatan tubuh badan maupun ketegapannya dan tidak pula Allah s.w.t memuliakan seseorang dengan ketampanan paras rupanya dan ketinggian tubuh badannya. Akan tetapi Allah s.w.t memuliakan manusia kerana akalnya. Allah s.w.t mengurniakan kepada manusia akal untuk memakmurkan bumi ini dan untuk mengabdikan diri mrereka kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Namun kemampuan akal terbatas untuk memikirkan semua perkara yang ada dan untuk mengenali Allah s.w.t. Walaupun akal itu dikurniakan Allah dengan kekuatan kefahaman dan pengetahuan namun ia tetap lemah kecuali dengan panduan daripada Allah s.w.t.
Di dalam menghiasi anugerah Allah ini, ketinggian ilmulah merupakan sebaik-baik perhiasannya . Jika setiap sesuatu perkara mempunyai kunci, maka kunci bagi akal adalah ilmu. Tanpa ilmu manusia tidak mampu mengenal dan mengetahui tujuan sebenar ia diciptakan. Tanpa ilmu juga manusia tidak dapat mengenal siapakah Pencipta mereka. Maka manusia memerlukan ilmu untuk mengenal Allah dan untuk beribadat kepadaNya.
Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan orang-orang yang mempunyai ilmu dengan mereka yang mendapat petunjuk. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 7:
Ertinya: Dan tidaklah mengingati Allah kecuali mereka yang mempunyai akal.
Begitu juga banyak hadith-hadith Rasulullah mengenai keutamaan ilmu dan ulama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Keutamaan orang alim keatas seorang abid seperti keutamaanku ke atas orang-orang yang dekat diantara kamu".
Ini adalah kerana ilmu itu jika disaingkan dengan keimanan, akan membawa seseorang kepada tahap ketaqwaan dan keimanaan yang lebih tinggi lagi. Renungkanlah firman Allah s.w.t yang berbunyi:
Yang bermaksud: "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.". (Surah Faathir ayat 28.)
Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa ulama lah yang paling tunduk dan taat kepada Allah. Mereka dapat melihat dan memahami kebesaran Allah s.w.t melalui ilmu mereka. Dengan pemahaman dan penghayatan terhadap kebesaran Allah s.w.t itulah akan membuatkan mereka lebih takut kepada Allah dan secara langsung meningkatkan ketaqwaan mereka.
Di dalam Islam, tidak ada ibadah yang lebih baik dari menuntut ilmu. Kerana ibadah dengan ilmu adalah lebih baik dari ibadah tanpa ilmu. Mereka yang menuntut ilmu dianggap berjuang dalam jalan Allah. Mereka yang menuntut ilmu dihormati oleh sekelian makhluk. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi :
Ertinya: Kelebihan orang mukmin yang alim atas mukmin yang rajin beribadah adalah tujuh puluh kali ganda.
Keutamaan ulama bukan hanya setakat ketika mereka hidup di dunia ini, malah setelah mereka pergi meninggalkan dunia ini jasa mereka tetap dikenang. Jika kita lihat peristiwa pengebumian para shuhada Uhud, apabila mereka dikebumikan secara berdua-dua, Rasulullah mengutamakan orang yang paling berilmu di antara mereka . Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : "Siapakah orang yang lebih mengetahui kitab Allah? Sahabat menjawab : "Ini ya Rasulullah". Maka mayat tersebut didahulukan daripada yang lain, kemudian diletakkan ke dalam liang lahad.
Begitu juga, selepas berlalunya abad lebih dari seribu tahun , manusia masih lagi menyebut tentang ulama-ulama besar yang telah pun menghabiskan masa mereka mengarang ratusan buku di dalam kehidupan mereka . Walaupun mereka sudah lama meninggalkan dunia ini, namun begitu nama-nama mereka tetap terpahat sehingga hari ini kerana ilmu yang mereka tinggalkan. Ulama lah yang membangkitkan tamadun ilmu Islam.
Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Mujaadilah ayat 11 yang berbunyi :
Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu: Berlapang-lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan (tempat) untukmu. Dan apabila dikatakan: Berdirilah kamu, maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi Ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Sekian, Wassalam..
Rabu, 1 Julai 2020
HUKUM KENAKAN CAJ APABILA PENYEWA TAMAT KONTRAK LEBIH AWAL.
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...







