Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011



Firman Allah :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

Hari Raya Aidiladha atau ’Eid Ul-Adha atau dalam bahasa kita hari ini adalah Hari Raya Haji. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Aidiladha adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha 2011 di sambut pada hari Ahad, 6.11.2011.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan TakbirAidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke 10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Manakala hikmah dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Pada Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan berpuasa sebelum Solat hari raya.

Semoga ibadat korban yang menyerikan lagi suasana keceriaan Aidiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan umat Islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat.

Mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan sepanjang Hari Aidiladha diterima Allah. Amin.

Khamis, 27 Oktober 2011

Nilai Sekeping Hati

Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

kehidupan ini


Sesungguhnya hidup ini umpama pergiliran empat musim yang mnegisi hari hari insan. musim bunga yang sungguh indah dengan pelbagai kuntuman bunga yang pelbagai warna. Juga musim panas yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti...

Ketika itu, hidup jadi terisi, ceria dan bahagia.

Akan tetapi, bila tiba musim gugur yang menghilangkan keindahan warna pada alam...diganti pemandangan yang ada kalanya menggerunkan..pohon tanpa dedaunan, angin sejuk yang mulai menyucuk tubuh badan. Disusuli musim dingin yang membekukan rasa.

Ketika ini, suasana musim bunga dan panas berubah, bahagia sirna....rumahtangga dingin dari gurau senda, persahabatan dingin dari ambil berat...yang ada hanya mengambil kesempatan. Tiada aliran kasih mesra, tiada titisan simpati yang menghangatkan perhubungan.

Oleh itu, walau apa jua 'musim kehidupan' yang sedang dilalui, ingatlah...pada akhir segala-galanya, dengan berfikir positif serta mendahulukan sangka baik kepada TUHAN, seseorang itu mampu membina kekuatan dalamannya untuk mengurus impian masa depan.

Pelangi indah menyusul selepas gerimis tengahari...

Langit yang cerah akan tersingkap bila awan mendung berarak pergi....

Dengan semua itu, ciptalah musim - musim indah kehidupanmu kerana kita semua layak untuk menikmati bahagia !

Selagi kita bernafas, selagi itulah peluang diberikan pada kita oleh Yang Maha Esa. Justeru, hiduplah untuk terus menikmati kehidupan; 'empat musim' yang dianugerahkan sebagai ujian sebelum diadili di hari pembalasan.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Muamalat


JUAL BELI
Jual beli menurut bahasa ertinya menukarkan sesuatu dengan sesuatu, menurut syarak ertinya menukarkan harta dengan harta menurut cara2 tertentu (’aqad).
Firman Allah bermaksud : “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (surah Baqarah -275)
Sabda Rasullullah pula : Dari Rifaah b Rafi’ r.a : Bahawasanya Nabi saw ditanya : Pencarian apakah yang paling baik? Beliau menjawab : ” Ialah orang yang berkerja dengan tangannya, dan tiap-tiap jual beli yang bersih” (HR Al-Bazzar dan disahkan Hakim)
Rukun Jual Beli:
1. Penjual
2. Pembeli
3. Barang yang dijual
4. H a r g a
5. Ucapan ijab dan qabul (akad)
Syarat Penjual dan Pembeli:
1. Berakal - tidak sah jual beli yg dilakukan oleh orang gila
2. Dengan kehendaknya sendiri dan bukan dengan paksaan- (rela membeli dan rela menjual)
3. Keadaanya tidak membazir
4. Baligh - tidak sah jual beli kanak-kanak, cuma setengah ulama membenarkan kanak2 ini berjual beli barang2 yang kecil sahaja seperti gula2 dan yang sewaktu dengannya.
Semoga catatan ringkas dan mudah difahami ini dapat membantu para2 ushawan yang ingin memulakan perniagaan. Jika namanya perniagaan atau dlm b.inggeris nya bisnes mestilah kena ada rukun yg 5 di atas tadi. Jika perniagaan yang anda jalankan atau ingin ceburi tidak memiliki 5 rukun di atas “lu fikir le sendiri..”. Usahakan lah supaya berhenti dari meneruskan, menjalankan perniagaan itu.
Memang banyak perniagaan di luar sana yg kononnya perniagaan alaf baru, zaman melinium. Ada yang berani kata : “kita meniaga tak perlu jual barang” eh meniaga apa tu? meniaga angin ke? ye le …angin kan tk nampak. Saya menyarankan supaya sesiapa yang ingin memulakan perniagaan alaf baru ini pergilah rujuk ke blog ustaz zaharuddin kerana beliau lebih arif tentang bab ini.

TEMAN



‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ::

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH  ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim) 

*teman yang kurindui dan ingati...satu dalam jutaan, memberi kekuatan di saat kedukaan dan putus asa...penawar hati..menceriakan suasana,bersabar atas kelemahanku... may ALLAH bless her abadan abada~*

Bahagia


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Rabu, 26 Oktober 2011

Muammar Gaddafi


Kematian Kolonel Muammar Gaddafi terus menjadi perhatian dunia.Bagi penyokongnnya,beliau dijulang sebagai hero yang mampu membawa perubahan dan mempunyai suara yang lantang menentang Barat dan sekutunya.Namun bagi pihak yang menentangnya,beliau dianggap sebagai diktator yang kejam terhadap penentangnya.Segalanya telah berakhir pada Khamis lalu apabila beliau terkorban dalam pertempuran menentang pemberontakan rakyatnya.Disebalik kisah seorang lelaki yang sering mewarnai politik di dunia terdapat beberapa fakta menarik yang menjadikan nama beliau mempunyai keunikan tersendiri.

FAKTA MENARIK

  1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus kedalam akaun masing-masing.
  2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah.Bapa Gaddafi telah meninggal dunia tanpa mempunyai rumah dan Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk didalam khemah.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam usurusniaga
  4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah,haiwan ternakan dan benih secara percuma.
  5. Rakyat tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan elektrik
  6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.
  7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.
  8. Pasangan pengantin baru akan mendapat bayaran sekali berjumlah 600 dinnar sebagai insentif perkahwinan.
  9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kwangan tanpa dikenakan sebarang faedah.
  10. Sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelakkan rakyat negara itu bergantung kepada sumber asing.
  11. Rakyat negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.
  12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran di negara itu.
  13. Kadar celik huruf adalah 90%sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.

FAKTA MENARIK
  1. Gaddafi bertindak menghalau 30,000 penduduk Libya berketurunan Yahudi pada tahun 1969 dan merampas harta benda mereka.Kini mereka berusha memulihkan rumah ibadat mereka di Libya yang kebanyakannya telah dimusnahkan atau dijadikan masjid.
  2. Ketika menghadiri suatu mesyuarat di Rom,Gaddafi meminta disediakan 500 wanita berusia 18 hingga 35 tahun berketinggian melebihi 5 kaki.Mereka ini telah dimasukkan kedalam kereta limosin bewarna putih dan kemuadian diminta memelok agama Islam dan mereka dibekalkan dengan Al-Quran dan Buku Hijau.
  3. Beliau pernah menfailkan pertuduhan terhadap Switzeland di PBB,berikutan  tindakan negara itu menangkap anaknya Mutassim atau dikenali sebagai Hanibal atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja sebuah hotel.Beliau juga bertindak menutup syarikat negara itu di Libya,mengharamkan import dan membatalkan penerbangan serta menangkap ushawan Switzerland yang berada di negara itu.
  4. walaupun dikenali sebagai pemimpin diktator dan boleh mengarahkan pembebasan banduan dengan mudah,namun beliau bertindak membawa bulldozer meremph pintu pagar penjara di Tripoli dan membebaskan 400 banduan pada tahun 1988.


Kereta kesayangan Gaddafi yang digelar The Rocket Car dianggap sebagai kereta paling selamat dan mampi bergerak hingga ratusan kilometer dalam keadaan pancit


Bersama sekutu rapatnya,President Cuba,Fidel Castro

 Mesyuarat bersama bekas Presidet Rusia Vladimir Putin di dalam khemah ala masyarakat Badwi

Hanya tinggal kenangan,bergambar bersama pemimpin Arab dan Afrika

Gaddafi dikenali dengan pendirian tegas terhadap isu Israel dan membela nasib Palestine dan pemimpinnya Yaser Arafat


Dihormati dikalangan kawan dan lawan,ketika mengadakan pertemuan dengan president AS,Barrack ObamaBiarpun apapun gelaran terhadapnya,Gaddafi berjaya membina imejnya yang tersendiri yang menjadikan kawan dan lawan begitu menghormati mahupun gerun dengannya.


Dunia Islam kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai suara lantang menentang ketidakadilan dunia Barat,masihkah ada pemimpin lain yang mampu menandingi kehebatannya..?kezaliman mungkin hanya ciptaan penentang politiknya serta didalangi dunia barat.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post