Rabu, 3 Oktober 2012

Ukuran Radiasi

Jika anda mengatakan bahawa radiasi itu adalah bahan kimia, sisa radioaktif, nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran. Anda sebenarnya tidak memahami sepenuhnya mengenai radiasi. Untuk lebih jelas sila baca artikel "Apa Itu Radiasi?". 

Jika anda sudah fahami konsep radiasi. Sekarang persoalan baru pula timbul, iaitu berapakah tahap radiasi yang kita terima sekarang ini? Bagaimana mengukurnya? Bagaimana menentukan samada tahap bahaya dan selamat?




Mari kita lihat unit-unit ukuran radiasi yang digunakan bergantung kepada aspek radiasi. Antaranya ialah unit curie (Ci), unit becquerel (Bq), unit rad, unit gray (Gy), unit rem dansievert (SV).

Bagi mengukur radiasi yang dikeluarkan atau dipancarkan oleh bahan beradioaktif, unit curie (Ci) atau becquerel (Bq) digunakan.

Untuk mengukur kuantiti tenaga tersimpan dalam tisu manusia yang disebabkan oleh radiasi, unit rad atau unit gray (Gy) diguna pakai.

Manakala, unit rem dan sievert (SV) pula digunakan bagi mengukur risiko biologi yang terdedah kepada radiasi. Iaitu ukuran tahap risiko bagi individu untuk terjejas kesihatannya selepas terdedah kepada radiasi.



Pisang yang anda makan turut mengandungi elemen radiasi mikro

Menyebut semua jenis unit ukuran ini sudah cukup memeningkan pembaca. Sebabnya, mana satu yang patut digunakan?

Pada dasarnya semua boleh digunakan.

Namun, mengikut sistem penyeragaman antarabangsa (SI). Unit yang digunakan adalahbecquerel (Ci), gray (Gy) dan sievert (Sv).

Tapi penekanan akan diberikan kepada, ukuran tahap radiasi yang mampu menjejaskan kesihatan manusia. Maka unit sievert (Sv) adalah paling sesuai dalam huraian seterusnya.

Unit sievert (Sv) inilah digunakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia dalam mengukur tahap radiasi terhadap penduduk dan ianya telah dipecahkan kepada unit yang lebih kecil iaitu:

1 sievert (Sv) = 1000 miliSievert (mSv)
1 miliSievert (mSv) = 1000 microSievert (μSv)



Carta Penerimaan Radiasi

Partikel radiasi ini amat halus untuk dikesan, maka pecahan unit yang lebih kecil ini dapat memberikan bacaan tahap radiasi dengan lebih tepat dan jitu.

Anda akan lebih kerap menemui unit-unit Sv, mSv dan μSv ini di dalam setiap laporan AELB dan IAEA.

Menurut kajian, had pendedahan radiasi untuk orang ramai yang diterima-pakai adalah 1 miliSievert setahun (1 mSv / tahun). Ini bersamaan dengan 0.001 Sv / tahun atau 1000 μSv / tahun.

Perlu diingatkan bahawa had yang dinyatakan turut bergantung kepada kedudukan geografi "individu" dan "situasi" yang mana penerimaan radiasi boleh melebihi 1 mSv / tahun (Pengecualian kepada Gas Radon). Had efektif terbabit boleh meningkat dari lebih 1 mSv / tahun kepada > 5 mSv / tahun. Situasi begini diklafikasikan sebagai amat "JARANG" berlaku.

Jadual dibawah menunjukkan pendedahan radiasi berdasarkan aktiviti dilakukan dalam setahun:



Jadual dibawah menunjukkan lain-lain situasi yang mendatangkan radiasi:

Radiasi




Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas di fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran.

Ia berkait rapat dengan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal yang pernah berlaku seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru Fukushima juga di Jepun.
Tidak kira apa jua cerita baru tentang radiasi timbul kita hanya akan memahami radiasi dari sudut begitu sahaja.

Bukankah lebih baik jika kita dapat mengkaji lebih mendalam mengenai radiasi ini sebelum kita menggelabah tak tentu pasal.

Konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas dari apa yang kita jangkakan. Anda pasti akan berfikir kembali apabila selesai membaca artikel ini. Untuk permulaan, radiasi tidak hanya berasal dari nuklear.

Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta. Malah lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga elektrik dan telefon.

Jadi dari mana radiasi ini datang?

Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber iaitu semulajadi danciptaan manusia.

Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas, permukaan bumi dan tubuh badan manusia.

Semua kehidupan di muka bumi ini sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Antara sumber utamanya adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi.



Kuatnya radiasi ini adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan kekuatan magnetik bumi di sesebuah kawasan.

Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan bahan radiasi yang boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran, buah-buahan atau tumbuhan liar).

Ini bererti tanah yang anda pijak setiap hari dan air yang anda minum sejak kecil mengandungi elemen radiasi.



Ia turut menggambarkan bahawa radiasi ini telah wujud sebelum dinosaur menguasai bumi jutaan tahun lampau.

Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14, Plumbum-210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Tahap kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah bebeza di antara satu sama lain.

Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan tahun dahulu juga mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup melebihi seratus tahun.



Seterusnya radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan boleh di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan.

Radiasi awam ini adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita sekarang seperti rokok, televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon bimbit, tablet, ketuhar mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau lalu lintas, kamera dan lain-lain.



Manakala radiasi pekerjaan adalah mereka yang melakukan kerja yang berkaitan dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear, kilang kimia, pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan elektrik, kajian nuklear dan sebagainya.

Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia malah ia adalah sebahagian dari diri kita. Namun tahap radiasi tersebut masih di tahap mikro di mana tidak membahayakan manusia.

Bagi mengelakkan lebihan radiasi agensi-agensi pemantauan akan lebih kerap melakukan ujikaji di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan para pekerja tidak melebihi had pendedahan radiasi yang telah ditetapkan.

Sekarang anda tahu apa itu radiasi, kini anda sepatutnya tahu yang sebahagian daripada kesan radiasi sudah pun anda terima ketika membaca artikel ini.
Info:

Potassium digunakan sebagai bahan pembinaan jana elektrik solar, fotografi, mercun, mancis dan pewarna tekstil.

Karbon digunakan untuk tujuan kajian perubatan untuk pesakit diabetes, gout dna anemia. Ia turut digunakan untuk mengukur usia sesuatu fosil atau bahan organik.

Plumbum digunakan dalam pembuatan bateri, campuran pada besi dan sebagainya.

Tiga elemen radiasi di atas menunjukkan kegunaanya secara meluas dalam industri pembuatan, kajian dan perubatan tapi bahan yang sama juga berada dalam badan kita.

Jumaat, 21 September 2012

Ujian


Dalam kita melangkah…

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana…

Mungkin air mata tika itu hadir kerana…

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,

Semoga tabah dan tetapkan iman…

Berjihadlah

Berjihadlah

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi


Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

masa dan nikmat

Masa kita sedih..masa itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan

Masa kita sakit..masa itulah kita merasai nikmatnya kesihatan

Masa kita sunyi tanpa teman..masa itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan

Bila kita menutup mata untuk selama2nya..waktu itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan

“Don’t be a greater fool.”

1. Harga rumah dikatakan semakin mahal.
2. Jika dibandingkan harga yang lama dan purata gaji di Malaysia.
3. Namun bagi orang Singapura, rumah RM 1.5m belum sampai sejuta dollar.
4. Maka, harga rumah jadi murah dari perspektif tersebut.
5. Kita tidak memerlukan rumah. Kita memerlukan kediaman. Kediaman ini dapat kita beli atau sewa.
6. Jika disebabkan harga semakin naik dan kita belum mampu beli rumah, maka kita adapilihan untuk meneyewa. Biarlah mereka yang berduit berhutang dengan bank, membayar cukai kepada kerajaan dan membayar servis peguam.
7. Biarkan mereka yang mampu ini terus menyebabkan harga rumah naik, naik dan naik. Sampai satu hari mereka sedar tiada siapa lagi yang mampu beli dengan harga yang mereka mahu jual.
8. Harga rumah yang semakin menaik membantu orang miskin. Lagi tinggi harga rumah, lagi banyak cukai yang kerajaan kutip. Lagi banyak cukai yang kerajaan dapat, lagi ramai orang mendapat manfaat.
9. Lagi tinggi harga rumah, penjual semakin kaya raya. Itu rezeki mereka sekarang. Dah untung kena bayar cukai dan zakat. Baru berkat.
10. Bila dah untung besar, jumlah bayaran zakat pun makin besar. Apa yang tak bagusnya kalau orang makin banyak berzakat sebab dah untung?
11. Apa yang tidak baik untuk kita (sebab belum mampu beli rumah lagi) mungkin baik untuk orang lain (orang miskin yang mendapat bantuan kerajaan). Mungkin Allah swt nak bagi kita rumah yang lebih baik dengan harga yang lebih rumah.
12. Iaitu bila orang yang mampu hari ini akhirnya sedar tiada siapa mahu beli rumah yang mereka mahu jual, komitmen mereka dengan bank pun barangkali telah sampai ke peringkat maksimum, maka bila ‘tersedak’ mereka terpaksa jual rumah dengan harga yang lebih rendah.
13. Setiap perkara di dunia ada turun naik dia. 10 tahun dulu, tiada siapa jangka BN akan hilang banyak negeri. Entah-entah PRU 13 BN hilang kuasa di peringkat persekutuan juga. Begitu juga dengan harga rumah. Sampai masanya jatuh lah dia.
14. Maruah kita tak terjejas sedikit pun kalau tak dapat beli rumah sekarang. Itu maksudnya kita ada peluang tambah simpanan dengan lebih banyak. Persepsi sahaja yang kata rumah kediaman itu adalah aset. Apalah guna beli rumah jika hutang dengan bank semakin bertambah. Hutang beli rumah satu. Hutang renovation rumah lagi.
15. Bersabarlah. Bak kata orang bijak pandai Jawa, “Don’t be a greater fool.”

Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Aidul Fitri


Ya Allah
Jadikan Ramadhan yang telah berlalu pergi
Meninggalkan bersamanya bibik bibik iman dan takwa
Yang telah kau kurniakan kepada kami semua
Moga menjadi bekalan kepada kami mengharungi hidup didunia
Yang penuh fana dan noda

Ya Allah
Jadikan syawal yang hadir
Memupuk semangat UKHWAH & RAHMAH sesama kami
Menjadi titik bersatunya hati hati kami dalam mentaati suruhan dan ajaran-mu
Meninggalkan segala larangan & kemurkaan mu
Moga menjadi pemangkin untuk kami terus hidup dibawah naungan islam
Yang kau redhai
Amin.. Ya Robbal`alamin…

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post