Khamis, 27 Disember 2012

Banjir di kemaman

Antara gambar gambar keadaan banjir di Kemaman khususnya di kawsan bandar Chukai pada 25 Disember hingga 27 Disember 2012. Keadaan air pasang luar biasa antara penyebab berlakunya banjir dikawasan tersebut. 

Sehingga 27 Disember Kawasan Bukit Mentok menjadi tempat tertinggi di Kemaman terlibat dengan pemindahan. Seramai 1643 orang telah dipindahkan ke SMK Bukit Mentok setakat 27/12/2012 jam 1400.

Negeri Terengganu mencatatkan bilangan paling ramai iaitu seramai 8052 orang diikuti dengan negeri kelantan 6582 orang.

( Credit to all FB friend for Photos )

Kawasan perumahan Bukit Mentok. Kawasan yang paling teruk dilanda banjir bagi kawasan Chukai kemaman.

Taman Chukai Utama






Kawasan pasaraya Nirwana


Jalan Chukai Utama 



Bank Islam Chukai










Bank islam dan pasaraya Nirwana



Pemimpin yang berjiwa rakyat yang turun padang melawat mangsa banjir

Setakat petang 25/12 sebelum air mula perlahan lahan melimpah memenuhi kawasan tersebut

Rabu, 5 Disember 2012

Kenali hak anda semasa x-Ray

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa anda mempunyai hak untuk melindungi organ sensitif dalam tubuh badan sekiranya melakukan pemeriksaan x-ray. Kita mempunyai organ sensitif seperti thyroid dan organ pembiakan. Pendedahan secara berterusan organ sensitif tersebut kepada sinar-x akan memberi kesan buruk kepada sistem pembiakan. Ia mungkin menyebabkan penghasilan sperma atau ovum terbantut ataupun menjejaskan struktur DNA yang boleh membawa kecacatan kepada bayi. Jika anda mengandung, seharusnya anda memberitahu doktor dan mengelak dari terdedah kepada sinar-x kerana ia boleh menjejaskan kandungan anda.



Thyroid

Bagi melindungi bahagian thyroid, anda akan diberi pelindung thyroid. Anda boleh meminta daripada juru x-ray jika tidak dibekalkan dan sekiranya pemakaiannya tidak menjejaskan imej radiografi yang diambil. Gambar dibawah menunjukkan cara pemakaian pelindung thyroid.





Bahagian organ pembiakan anda merupakan bahagian yang paling penting untuk dilindungi. Anda berhak meminta untuk memakainya sekiranya tidak dibekalkan dan tidak mengganggu bahagian yang hendak dilakukan pemeriksaan x-ray. Cara pemakaianya adalah seperti di bawah.






Jika anda tidak menjalankan pemeriksaan sinar-x tetapi membantu orang yang akan melakukan pemeriksaan tersebut, seperti memegang bayi anda yang akan menjalani pemeriksaan sinar-x, maka anda perlu memakai baju pelindung yang dipanggil lead apron.




Semoga anda memahami tanggungjawab anda untuk melindungi organ anda khususnya kepada mereka yang akan melakukan medical check-up yang melibatkan sinar-x.

Alatan radiasi yang digunakan dihospital

Bila anda menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh dikesan dengan mata kasar, kebiasaannya anda akan diimbas menggunakan alat yang mengeluarkan sinar-x ataupun sinar gamma. Ataupun bila sel-sel tubuh anda berkembang sebagai sel kanser, maka anda akan dirawat menggunakan sinar-X yang bervoltan tinggi. Anda juga tidak terlepas dari terdedah kepada radiasi apabila melakukan pemeriksaan perubatan (medical check-up) melalui x-ray atau sinar-x.
Bahagian yang melibatkan penggunaan sumber radiasi dihospital untuk tujuan diagnos dan merawat sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian.

Radiologi (Radiology); untuk tujuan diagnostik atau mengenalpasti punca penyakit
Radioterapi (Radiotherapy): untuk tujuan merawat pesakit kanser
Perubatan Nuklear (Nuclear Medicine); untuk tujuan diagnostik


Alat-alat seperti CT-scan, General radiography atau mesin x-ray, Angioram, Floroskopi, Bone Densitometer merupakan alat yang menggunakan sinar-X (Sinaran mengion) di bahagian radiologi. Alat seperti MRI(Magnetic Resonance Imaging) dan ultrasound pula merupakan alat yang menggunakan sinaran tak mengion dibahagian radiologi sesebuah hospital. Anda tidak perlu risau kerana sinaran tak mengion tidak akan memberi kesan bahaya kepada tubuh badan kita.



CT-Scan X-ray Angiogram



Fluoroscopy MRI Ultrasound


Bahagian perubatan nuklear pula terdapat mesin yang mengesan sinar gamma daripada isotop yang diberi kepada pesakit. Alat ini dipanggil kamera gamma (gamma camera).



kamera gamma (gamma camera)


Linear Accelerator (Linac) ataupun dipanggil pemecut linear digunakan di bahagian radioterapi untuk merawat sel kanser dengan menembak sinar-x bervoltan tinggi ke kawasan sel kanser. Sinar-x yang mempunyai tenaga tinggi tersebut akan membakar dan membunuh sel-sel kanser.




LINAC


Diharap penerangan kali ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang penggunaan alat radiasi untuk tujuan perubatan di hospital.

Khamis, 11 Oktober 2012

Telefon dan kesan bialogi terhadap manusia

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:
Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

sumber : http://primedicare.com

Jumaat, 5 Oktober 2012

Unit Sinaran mengion


Pengukuran sinaran radioaktif dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray (Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1 joule yang diserap oleh 1 kg tisu.

Unit yang digunakan sebelum unit gray ialah rad atau rem.

Hubung kait antara unit gray dengan unit rad adalah 1 Gy bersamaan dengan 100 rad atau 100 rem untuk sinar X dan gama.

Alat umum yang digunakan untuk mengukur sinaran radioaktif ialah Pembilang Geiger-Mueler yang merupakan pengukur kepada pengionan yang berlaku apabila sinaran radioaktif memasuki alat pengukur.

Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.

Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan.

Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal.

Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.

Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran radioaktif.

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan.

Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.

Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.

Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran radioaktif.

Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Dedahan 

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.

Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.

Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear  perlu diharamkan.

Rabu, 3 Oktober 2012

Nuklear 2



nuklear
Kesan baik dan buruk nuklear yang pelbagai membuatkan kita berfikir yang nuklear ini mampu memberi impak samaada sebagai Tenaga Penjana atau Tenaga Pemusnah kepada dunia.
Malaysia perlu merancang pembangunan tenaga nuklearnya lebih berhati-hati setelah apa yang terjadi kepada reaktor janakuasa nuklear di Fukushima, Jepun. Perancangan perlu mengambil kira beberapa analisis dan faktor kegagalan reaktor Fukushima yang bermula pada 11 March 2011.
Tahap keselamatan untuk menempatkan pusat Janakuasa Nuklear adalah penting. Reaktor nuklear dilihat memerlukan sumber air yang banyak sebagai agen penyejukan. Maka kedudukan yang paling padan untuk janakuasa nuklear ini adalah berhampiran laut. Namun pengajaran yang diperolehi dari Fukushima, memerlukan kita betul-betul pasti yang reaktor tersebut dapat meminimumkan kesan bencana gempa dan tsunami jika mahu bertapak di kawasan pantai.
Walaupun Malaysia tidak mengalami bencana gempa dan tsunami yang besar. Namun kesannya telah pun kita rasai pada 26 Disember 2004, gempa 9.2 skala Richter yang bermula di perairan berhampiran Banda Acheh,Indonesia telah menghasilkan gelombang tsunami sehingga ke pantai Malaysia. Akibatnya, 68 kematian direkodkan dan banyak harta benda yang musnah. Tidak lupa juga angin ribut yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya pada musim tengkujuh. Insiden 26 Disember 1996, angin Ribut Greg dengan kelajuan 85 km/j yang melanda Sabah telah mengorbankan 238 nyawa.
Bencana alam serta kehilangan nyawa seperti ini sudah cukup mendatangkan implikasi besar kepada rakyat. Rakyat tidak mahu satu lagi bahana kehilangan nyawa akibat daripada pencemaran bahan radioaktif pula. Dengan ini ketahanan terhadap bencana adalah amat penting bagi pembinaan reaktor nuklear.
Selain itu sistem sokongan hendaklah sentiasa berkeadaan stabil dan direkabentuk untuk bertahan menghadapi bencana. Sistem simpanan bekalan tenaga elektrik dan sistem generator hendaklah ditempatkan pada kedudukan selamat serta bahan bakar untuk menggerakkan generator perlulah mencukupi untuk menjana selama lebih seminggu. Ini bermakna keselamatan bagi ruang simpanan bahan bakar seperti diesel juga perlu dititikberatkan.
Tahap keselamatan persekitaran hendaklah diambil kira dimana reaktor tersebut hendaklah selamat dari ancaman atau serangan. Serta operasi nuklear tersebut diharap tidak mengancam persekitaran sekelilingnya. Dengan ini latihan keselamatan perlu dilaksanakan sekerap mungkin, ini bukan hanya petugas reaktor tapi juga untuk seluruh rakyat.
Seperti sedia Maklum, rakyat sudah hanya tahu tentang bahaya nuklear dan kesan radioaktifnya, maka kerajaan perlu menghebahkan tentang kebaikan dan cara mengelak kesan buruknya.
Dari sudut perbelanjaan pula, anggaran kos pembinaan janakuasa nuklear pula adalah sebanyak RM9.75 billion dan mempunyai jangka hayat 50 hingga 70 tahun. Jangka hayat ini merupakan anggaran, kerana ada juga menganggarkan jangka hayatnya 100 tahun. Tapi perlu diingatkan bahawa RM9.75 billion merupakan kos pembinaan.
Chernobylold
Pusat nuklear Chernobyl yang masih tidak dilupuskan sepenuhnya
Kerajaan harus telus mendedahkan beberapa kos-kos lain yang perlu diambilkira. Seperti kos selenggaraan pusat janakuasa nuklear secara bulanan selama jangka hayat minimum 50 tahun, kos pelupusan sisa buangan bahan radioaktif setiap suku tahunan dan kos pelupusan pusat janakuasa yang telah tamat tempoh operasinya. Tapak nuklear bukan mudah untuk dilupuskan. Sehingga kini kesan radioaktif masih wujud di Chernobyl walaupun selepas 24 tahun. Disini bagaimana kerajaan ingin menanganinya.
Rakyat perlu ingat bahawa krisis tenaga elektrik akan berlaku lebih awal jika negara terus menerus begantung kepada bahan bakar fosil. Pertimbangan antara rakyat dan kerajaan adalah amat perlu dalam hal yang sebegini. Jika bukan nuklear apakah kita mempunyai kapasiti menjana elektrik dengan menggunakan tenaga angin atau tenaga solar. Adakah Malaysia ini panas sepanjang tahun? Adakah angin bertiup sepanjang tahun? Tenaga Alternatif patut menjadi topik penting negara, ianya patut termaktub dalam belanjawan negara setiap tahun bagi mencari resolusi kepada sumber bahan bakar gantian.

Nuklear


bomatom1
Senjata nuklear atau bom atom merupakan sejenis senjata pemusnah yang terhasil dari tindakbalas berangkai nuklear.
Senjata nuklear adalah hasil daripada "Manhattan Project". Iaitu sebuah projek pembangunan untuk bom nuklear yang pertama.
 Projek yang diketuai oleh ahli fizik, profesor J. Robert Oppenheimer ini merupakan kerjasamaAmerika Syarikat (A.S) dengan Canada dan United Kingdom. 
albert-einstein dgn JRobert
J. Robert Bersama Albert Einstein
Sebanyak USD20 billion telah di belanjakan untuk membiayai kos pembangunan bom nuklear yang pertama ini
1stTestCost

Untuk Maklumat pembaca terdapat dua jenis senjata bom nuklear:
nukleusBomAtom
"Nuclear Fission Bombs (Bom Atom)"
Dalam tindakbalas nuklear, setiap nukleus atom akan terbahagi kepada dua neutron.

nukleusBomHidrogen
"Nuclear Fusion Bombs (Bom Hidrogen)"
Dalam tindakbalas nuklear, setiap dua atom kecil dan isotop hidrogen akan bergabung menjadi atom yang lebih besar.

Ujian bom atom yang pertama telah di lakukan pada 16hb Julai 1945 di Socorro, New Mexico, A.S. Bom yang dikenali sebagai "Trinity" menghasilkan kuasa letupan bersamaan 20 Kiloton TNT. Ujian bom ini menunjukkan bermulanya era atom/nuklear.
Ujian Bom Hidrogen yang pertama telah di lakukan pada 1hb November 1952 di salah sebuah "Pulau Elugelab", di Republic Marshall Island. Kod "Ivy Mike" digunakan untuk operasi ini dan ujian ini telah menghasilkan tenaga letusan 10.4 Megaton TNT iaitu 750 kali ganda lebih kuat dari letusan Bom atom Hiroshima. Kuatnya letusan ini telah menyebabkan Pulau Elugelab HILANG dari peta dunia!
Elugelab pt1 Elugelab pt2
Gambar Kiri: Menunjukkan pulau Elugelab; Gambar Kanan: Menunjukkan Pulau Elugelab hilang selepas ujian bom hidrogen
Kejadian pada 6hb Ogos 1945 merupakan peristiwa kekal dalam ingatan warga dunia apabila Curtis LeMay, seorang Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat telah menetapkan tarikh tersebut untuk opearsi menjatuhkan Bom Atom di Hiroshima, Jepun. Letusan Bom Atom tersebut telah menyebabkan 140,000 nyawa terkorban. 
Little boy atomic bomb nuclear weapon
"Little Boy" digunakan dalam operasi pengeboman Hiroshima, Jepun
Kekuatan Bom "Little Boy"
  • 13 Kiloton TNT (13,000 Ton)
  • Keluasan Radius 1.6 kilometer letusan terbentuk
  • dan 12km persegi luas kemusnahan bandar Hiroshima 
FatMan
"Fat Man" digunakan dalam operasi pengeboman Nagasaki, Jepun
Kekuatan Bom "Fat Man"
  • 21 Kiloton TNT (21,000 Ton)
  • Keluasan Radius 1.9 Kilometer letusan terbentuk
  • dan 6.7 kilometer persegi kemusnahan bandar Nagasaki.
**Mengapa kesan kuasa letusan Bom di Nagasaki tidak seteruk di Hiroshima?
Ini kerana pada hari ia digugurkan keadaan ruang udara Nagasaki diliputi awan yang tebal dan bom tersebut telah dijatuhkan tersasar dari lokasi yang ditetapkan. Ada juga mengatakan bahawa keadaan muka bumi Nagasaki yang berbukit-bukau telah meminimumkan kesan kemusnahan bom tersebut.

Sehingga kini hanya dua bom atom "little boy" dan "fat man" sahaja yang digunakan dalam peperangan.
Rekod ujian bom atom terbesar yang pernah dilakukan oleh Amerika adalah melalui kod operasi "Bravo". Di mana hasil ujian mendapati bom atom tersebut menghasilkan tenaga 15 Megaton TNT (bersamaan 15 juta Ton TNT).
Dari sumber risikan lain, Soviet Union telah berjaya menghasilkan bom paling berkuasa dengan kekuatan 50 Megaton TNT. Bom yang dikenali sebagai "Tsar Bomba" ini telah diuji pada 30hb Oktober 1961, dan didakwa mampu meranapkan kawasan berkeluasan 35 kilometer radius!
kekuatanBom
Gambaran perbandingan kesan keluasan kemusnahan antara Bom Atom "Tsar Bomba" dan "Little Boy" jika digugurkan di tengah kota Kuala Lumpur. Minta dijauhkan!
bezakekuatanBom

Dari tahun 1945 sehingga 1990an, Amerika Syarikat telah membina 67,500 peluru berpandu nuklear. Ini bersamaan lebih kurang 1,500 unit senjata nuklear telah di hasilkan setahun.
Simpanan senjata nuklear negara-negara di dunia.
US
Amerika Syarikat
  • 2,126 unit peluru berpandu kegunaan strategik
  • 500 unit peluru berpandu kegunaan taktikal
  • 6,700 unit rizab peluru berpandu


Rusia
Rusia
  • 2,787 unit peluru berpandu kegunaan strategik
  • 2,000 unit peluru berpandu kegunaan taktikal
  • 8,000 unit rizab peluru berpandu

Perancis: - 350 peluru berpandu 
China:- 200 unit peluru berpandu
Israel:- 200 unit peluru berpandu
UK:- 160 unit peluru berpandu
India:- 100 unit peluru berpandu
Pakistan:- 90 unit peluru berpandu
Dari jumlah pemilikan senjata nuklear A.S tadi. Sebanyak 11 buah bom nuklear telah hilang tanpa di kesan.
11nuke

INFO Dari :Jurnal malaysia

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post