Selasa, 30 Julai 2013
Selasa, 23 Julai 2013
KORBAN
Dalam kita melangkah…
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman…
Sabtu, 8 Jun 2013
Jangan Berdukacita
Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah
Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
Bersyukurlah
Penduduk dunia dianggarkan berjumlah 7 bilion. Lebih dari 30% penduduk dunia cuma memperoleh kurang dari USD 2 (RM 6) sehari.
Malaysia dianggarkan mempunyai 27 juta penduduk. Dan dari ramai-ramai penduduk dunia, Allah swt memilih kita untuk mempunyai pekerjaan, ada pendapatan tetap setiap bulan yang lebih dari RM 180 sebulan dan masih cukup makan, pakai serta ada tempat tinggal.
Kenapa?
Sila ucapkan alhamdulillah. Ada orang, akaun emel pun tiada. Apatah lagi nak mengomel-ngomel di laman sosial.
Sila tutup internet sebentar. Sebarkan kebaikan kepada orang lain.
Bayar zakat. Beri sedekah. Ajar ABC kepada anak-anak. Senyum kepada semua orang. Buang sampah yang kita jumpa di tengah jalan. Beri salam. Bagi pejalan kaki melintas dulu. Dan senarainya berterusan.
Nikmat Allah mana yang hendak kamu dustakan?
Malaysia dianggarkan mempunyai 27 juta penduduk. Dan dari ramai-ramai penduduk dunia, Allah swt memilih kita untuk mempunyai pekerjaan, ada pendapatan tetap setiap bulan yang lebih dari RM 180 sebulan dan masih cukup makan, pakai serta ada tempat tinggal.
Kenapa?
Sila ucapkan alhamdulillah. Ada orang, akaun emel pun tiada. Apatah lagi nak mengomel-ngomel di laman sosial.
Sila tutup internet sebentar. Sebarkan kebaikan kepada orang lain.
Bayar zakat. Beri sedekah. Ajar ABC kepada anak-anak. Senyum kepada semua orang. Buang sampah yang kita jumpa di tengah jalan. Beri salam. Bagi pejalan kaki melintas dulu. Dan senarainya berterusan.
Nikmat Allah mana yang hendak kamu dustakan?
Isnin, 6 Mei 2013
Keluar dari kemiskinan
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab,”Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.
Selasa, 30 April 2013
Cinta Tuhan
Berkata Ibnu 'Abbas radhiAllahu 'anhu bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:
"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaku ialah yang paling bertaqwa hatinya, suci kedua belah tangannya, tiada menyusahkan orang lain, dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari. Gunung-ganang akan berubah, namun dia tetap begitu juga. Dia mencintaiku dan mencintai orang yang mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.
"Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu? Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu, dan segala macam seksaanKu.
"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seseorang hamba yang menolong orang yang teraniaya, atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan Allah akan menetapkan kedua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."
(Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir)
Hikmah Bukan Bermakna Lemau
Abdul Mu’izz bin Muhammad
Sebuah gerakan Islam bertindak sebagai pengganti sementara kepada khilafah yang telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attarturk sejak 3 Mac 1924. Ia bukan muncul sekadar melepas batuk ditangga, sebaliknya sebuah gerakan Islam membawa agenda besar iaitu tarbiyyah, da’wah dan politik.
Dalam memastikan misi tersebut berjaya, gerakan perjuangan umat ini mesti memiliki sifat yang telah dianjurkan oleh al-Quran. Antaranya ialah ‘Hikmah’.
Definisi
Hikmah merupakan sifat utama bagi penyambung-penyambung tugas Rasulullah S.A.W. Tugas yang dimaksudkan ialah menegakkan Islam, memelihara Islam dan mentadbir dunia dengan Islam. Konsep hikmah telah dikemukan oleh al-Quran di dalam ayat berikut;
“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Dan bantahlah mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat pentunjuk” al-Nahl 125.
Hikmah selalunya dikaitkan dengan makna bijaksana. Imam Nawawi telah membahaskan maksud hikmah antaranya ialah melaksanakan kebenaran. Pada masa yang sama menyekat kebatilan.
Adapaun Imam Malik dan Imam Mujahid menegaskan bahawa hikmah tidak akan dapat dilaksanakan melainkan dengan kefahaman al-Quran dan syariat Islam yang menterjemahkan erti iman.
Manakala Ustaz Hamdi Hasan mendakwa bahawa para ulama’ telah bersepakat mendefinisikan hikmah dengan pengertian tindakan yang tepat pada masa dan ketikanya. Hikmah adalah tindakan yang berkesan.
Hikmah Bukan Lemau
Antara istilah Islam yang menjadi mangsa penyelewengan makna adalah ‘hikmah’. Sehingga ramai yang beranggapan bahawa tindakan hikmah itu sentiasa dengan lemah lembut tidak kena tempat.
Islam tidak pernah mengajar kita menjadi umat yang lemau. Islam tidak pernah mengasuh kita menjadi umat yang melakukan usaha sia-sia yang tidak berbekas kesan. Begitu juga Islam tidak pernah mensyariatkan kita menjadi umat yang tunduk memberikan laluan kepada kebatilan bermaharajalela, sedangkan kita selesa berzikir dan bertapa.
Jika dikaji, ajaran ‘melemaukan umat’ merupakan hasil penyerapan ajaran Kristian melalui kitab suntingan mereka, Bible. Di dalam Matthew 5:39 direkodkan ajaran:
“Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun menampar pipi kananmu, berilah juga pipi kirimu”
Begitu juga di dalam Luke 6:29 menyebutkan;
“Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berilah juga kepadanya pipimu yang lain. Dan barangsiapa yang mengambil jubahmu, biarkan juga ia mengambil bajumu”
Rupa-rupanya budaya tidak kisah dengan kezaliman dan pencabulan hak atas nama budi dan akhlak merupakan penyerapan ajaran songsang Kristian. Doktrin ini merupakan ajaran yang bercanggah dengan fitrah manusia. Mana mungkin manusia tidak mengendahkan hak mereka sendiri. Sebaliknya hanya mampu tersenyum membiarkan pengkhianatan melata. Ternyata hikmah yang diterjemahkan dengan lemah lembut tanpa batas merupakan satu ajaran Kristian yang telah tersebar luas di kalangan umat Islam.
Begitu juga ajaran Qadiani yang diasaskan oleh agen British yang bernama Ghulam Ahmad al-Qadiani. Selain mendakwa dirinya sebagai rasul akhir zaman, Ghulam Ahmad amat tekun menyesatkan umat Islam dengan memansuhkan syariat jihad kerana dakwanya jihad merupakan amalan yang bercanggah dengan nilai hikmah dan akhlak. Kesan daripada ajaran yang memandulkan umat itu, maka British dengan mudah terus menjajah India tanpa pertentangan berskala besar dari umat Islam.
Justeru kita perlu berhati-hati mengesan pencemaran fikrah dalam memahami konsep-konsep yang asalnya dikemukakan oleh Islam, namun giat diselewengkan maknanya oleh penjajah pemikiran.
Hikmah Adalah Tindakan Efektif
Islam merupakan agama yang menyediakan saluran kepada seluruh manusia melunaskan fitrah mereka. Antara fitrah manusia, pandai berkira berkenanan hak mereka. Oleh kerana itu, para ulama’ telah mendefiniskan hikmah dengan makna :
- Tindakan yang tepat pada masa dan ketikanya demi mempertahankan kebenaran serta menidakkan kebatilan.
- Bertindak balas ke atas kezaliman dan pengkhianatan.
Selepas ayat 125 Surah al-Nahl yang mengemukakan tentang konsep hikmah, Allah Taala terus menterjemahkan makna hikmah dengan ayat seterusnya :
“Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan apa yang telah mereka kenakan ke atas kamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang bersabar” al-Nahl 126.
Bukan setakat hikmah itu difahami dengan sikap lemah lembut, bahkan Allah mengkaitkan juga hikmah dengan tindakan mengenakan balasan yang setimpal. Ini bermakna lembut pada tempatnya hikmah. Begitu juga keras pada keadaannya pun hikmah. Soal utama hikmah adalah keberkesanaan sesuatu tindakan. Yang paling berkesan itulah hikmah.
Realiti
Kini umat Islam sedang berada di dalam zon perang pemikiran yang amat mencabar. Jika penentangan terhadap Islam dengan senjata, ramai yang akan mengenali pihak yang batil. Adapun realiti yang berlaku, umat Islam berdepan dengan tentangan halimunan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Wujud sebuah kuasa yang mencengkam. Kuasa itu yang menjadi tangan ghaib yang merosakkan manusia dan bumi. Demi berhadapan dengan ancaman penentangan terhadap Islam, Allah Taala telah berfirman;
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” al-Anfal 60
Di dalam ayat di atas, Allah berfirman soal kekuatan. Kekuatan sifatnya menguasai, mampu mempengaruhi keadaan serta berupaya mengenakan tekanan. Allah menggesa umat Islam agar mengenal pasti kekuatan yang ampuh sesuai untuk cabaran zaman yang dilalui. Seterusnya Allah memerintahkan agar bersiap siaga memperkasa kekuatan tersebut. Apabila umat Islam berjaya menyempurnakan perintah ayat ini, barulah gerakan mendaulatkan Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah.
Ada yang mengatakan kekuatan utama umat Islam adalah akademik. Namun jika dilihat berapa ramai ahli akademik yang ditipu oleh kuasa politik.
Ada yang mendakwa kekuatan utama umat Islam adalah ekonomi. Namun jika dilihat berapa ramai ahli perniagaan yang dikawal oleh kuasa politik.
Ada yang mendakwa kekuatan utama umat Islam adalah persenjataan. Namun jika dilihat setiap peperangan diatur percaturannya oleh kuasa politik.
Secara ringkas, bolehlah penulis menyimpulkan kekuatan yang perlu dibangunkan oleh umat Islam kini adalah kekuatan politik. Itulah senjata ghaib musuh Islam yang mencengkam manusia di zaman sekarang. Hal ini kerana segala onar yang berlaku ketika zaman perang pemikiran kini semuanya berpunca dari salah laku politik.
Di sini, bukanlah penulis menafikan kekuatan-kekuatan lain yang perlu disiap-siagakan. Sebaliknya penulis ingin mengajak pembaca sedar bahawa kekuatan utama yang menentukan percaturan gerakan kebatilan adalah politik. Oleh kerana itu apabila Allah Taala berfirman berkenaan hikmah seperti yang terkandung dalam ayat 125 surah al Nahl, Allah Taala turut menyatakan :
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” Fussilat 34
Al-Quran menggesa kita memilih jalan yang terbaik dengan makna cara yang paling memberi impak memenangkan Islam dan menundukkan kebathilan. Di zaman sekarang semua kebejatan berpunca dari politik. Maka umat Islam juga mesti memiliki kuasa politik untuk menyaingi kuasa politik bathil. Itulah jalan yang paling berkesan.
PAS Memilih Hikmah
PAS menegaskan di dalam perlembagaannya (fasal 6) bahawa antara usaha yang perlu digerakkan adalah memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara.
Pengisytiharan PAS memilih wadah politik membuktikan bahawa gerakan Islam ini sebagai organisasi yang matang berpijak di alam nyata. Bijak mengenal pasti kekuatan yang valid pada zaman ini. Realiti yang perlu difahami semua, untuk menidakkan segala bentuk kebathilan mestilah dengan kuasa politik. Politik adalah punca kebathilan, bahkan ia merupakan senjata utama yang digunakan oleh musuh di era perang pemikiran untuk melaksanakan segala agenda jahat.
Pendirian ini sesuai dengan penegasan Saidina Ali dan turut ditekankan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya berjudul al-Iqtisad Fi al-I’tiqad :
“Islam merupakan asas, manakala kekuasaan (politik) merupakan penjaga Islam. Apa-apa yang tiada asas akan runtuh. Dan apa-apa asas yang tiada penjaga akan hilang.”
Solusi
Umat Islam perlu kembali dengan serius mengamalkan sunnah Rasulullah SAW mendapatkan kuasa politik dengan mendirikan negara Islam yang menjamin kebajikan dan keadilan untuk semua. Gerakan ini bermula dari usaha melenyapkan kuasa pemerintah yang angkuh melakukan kezaliman dan penafian hak. Allah Taala berfirman;
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” al-Maidah 8
Rasulullah S.A.W mengajar kita bahawasanya Islam dipelihara dengan adanya kuasa pemerintahan. Bahkan keadilan syariat Islam hanya dapat dibuktikan setelah adanya kuasa. Itulah yang difahami dari penubuhan sejarah Negara Islam Madinah.
Justeru kita perlu memupuk akhlak Rasulullah S.A.W yang kian ditinggalkan iaitu apabila bertindak, memilih jalan yang paling berkesan. Apabila berjuang menegakkan Islam, perlu mengenal pasti kekuatan yang menggerunkan musuh. Maka yang paling berkesan itulah hikmah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...
.jpg)








